10:27 PM

Ramadhan 2009

Picture from Google

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Tak sangka dah Ramadhan balik, yelah sejak kes ramadhan lepas.Sesiapa yang baca blog ni dulu mesti tau kes apa.Walau apa pun, benda dah lepas dijadikan pengajaran.
Hidup satu perjalanan,bukan destinasi...teruskan.
Selamat berpuasa semua, jangan ponteng2 yer.

2:30 AM

Konvo

Aku nak ucap TAHNIAH!! kat adik aku, Nabila sebab dah habis belajar.Semalam konvokesyen kat MMU Cyberjaya.Gambar nanti upload..tak center sangat pagi2 buta ni..huhu

10:48 PM

Setengah tahun

Diam tak diam, rupanya dah setengah tahun aku dengan Ijam bertunang.Macam -macam dugaan orang bertunang ni.Kalau tak bergaduh memang tak sah,konflik memanjang.

Walaupun bergaduh,persiapan kahwin kena jalan jugak.Dah bulan tujuh ni ,banyak benda nak kena follow up.Cari barang tu,cari barang ni.Jumpa orang tu,jumpa orang ni.Penat memang penat tapi nak tak nak kena buat jugak.Cuba tak tensen2,kalau tensen gak pegi makan Tako Tao..hehe.

Alhamdulillah setakat ni masih ikut track.Tak berkesempatan nak update selalu tapi kalau ada masa nanti aku buat satu entri khas untuk persiapan je.

APA YANG PENTING...KERJASAMA...wonderpets hehe..

2:00 PM

Kad Kredit

Kad kredit memang dah jadi trend orang muda sekarang.Mentaliti orang zaman sekarang dah set,kalau ada kad kredit maknanya orang tu banyak duit.Walaupun hakikatnya kita berhutang guna kad plastik tu.

Ada baik dan buruk kad kredit ni tapi yang lebih penting keselamatan maklumat dalam kad tu sendiri.Hati-hatilah bila nak bagi maklumat atas kad kredit tu sebab banyak kes pengguna rasa tertipu terutama orang yang baru berjinak nak guna sebab tak nak bertanya.

Kebanyakan kes bermula dari panggilan telefon dan sekarang popular untuk:

  • jual kad diskaun
  • pakej percutian

Peliknya macam mana syarikat tu dapat nama dengan nombor telefon pengguna.Lagi best bila orang tu baru ambil kad, baru aktifkan terus dapat call untuk promote macam-macam.Kalau rasa tak yakin dengan syarikat tu janganlah terus bagi info kad tu walaupun nombor kad dengan tarikh luput.Maklumat tu dah cukup untuk syarikat tu caj dalam kad kredit.Akhir bulan dapat penyata,baru nak menggagau.Setakat caj seringgit dua boleh lagi,tapi kalau dah beratus-ratus macam mana.Lu pikirlah sendiri - pinjam trademark Nabil.

Jadi,berhati-hati ye kawan-kawan yang pakai kad kredit.

(^_^)v

p/s:Selalunya cakap tak ada kad kredit untuk elak benda macam ni & setakat ni berjaya :)

10:00 AM

Waffle.Makanan tu jadi idaman Nazreen sejak minggu lepas sampai tak terkira berapa kali dia telan air liur kalau teringat.Dia bukannya nak waffle yang biasa-biasa tapi waffle A&W, yang ada topping aiskrim.

Kali pertama Nazreen makan waffle A&W ni dengan Lela kat depan Amcorp Mall.Selalunya kat A&W famous rut beer float je tapi tak sangka waffle dia pun best.Agak besar dan susah nak habis walaupun makan dua orang, inikan pulak nak lantak sorang.
Demi menunaikan hajat yang dah ke tahap kempunan ni,Nazreen buat la dinner date dengan Ijam.Dah ready nak shoot nih,sekali mak Ijam call suruh beli satay sebab hari ni birthday adik dia.Punya la sengal pulak Ijam ni sampai boleh lupa birthday adik sendiri.
Selera Nazreen jadi terbantut.Ijam disuruh balik oleh tunangnya demi kesejahteraan keluarga.Senyuman terukir dibibir walaupun hati kesedihan.Adakah Nazreen dalam penafian??Mulut konon rela tapi hati merana.
Takpelah Nazreen,lain kali boleh makan.Esok ke..Lusa ke.
Takkan lari A&W dikejar (sambil menelan air liur)
(^_^)v