Wednesday, January 30, 2008

Tiket bas

Tadi aku pergi Puduraya nak cari tiket ke JB.Punyalah lama tak jejak situ tapi keadaan sama je dari dulu sampai sekarang.Penuh orang + penuh asap.Otak aku nak tuju kaunter Transnasional je tapi tengah-tengah jalan ada akak ni tanya nak pergi mana.

Jujur je aku cakap nak pergi JB sekian-sekian tarikh & nak tau berapa akak tu cakap harga tiket? RM40!
Hah?! Terbeliak dan ternganga sekejap aku dengar harga tu.Biar betul akak ni,setahu aku pergi JB dalam RM25 je.Giler2 mark up akak ni.Alasan dia sebab banyak tiket habis raya cina ni.

Aku tak puas hati pergi usha kaunter lain & akhirnya aku jumpa satu kaunter ni.Harga tiket baru RM27 je, non-stop & VIP lagi.Suka aku dapat beli tiket tu,siap bayar dengan muka tersenyum :)

Nak keluar dari situ aku lalu tempat akak mark up tu dengan muka berlagak cuma tak tayang tiket je.Haha..

Saturday, January 26, 2008

Mat motor & aweknya

Nak cerita satu kes masa aku amik adik aku balik kerja kat KTM.Kitorang naik motor je sebab petang2 jalan sesak.Aku dengan seluar pendek,adik aku pulak pakai baju kurung.Dia punya selak sampai naik atas peha.

Masa berhenti dekat traffic light,aku perasan ada motor lain kat sebelah.Dari lirik mata aku agak dua-dua laki.Nak usha lebih2 tak berani jadi kontrol lawa je la..hehe.Bila lampu dah hijau,motor tu ikut belakang kitorang tapi macam nak masuk simpang kiri.Aku pulak jalan terus je.

Tiba-tiba aku perasan motor tu ada kat belakang balik & jalan seiring.Bila aku toleh kanan,aku nampak orang belakang motor tu tengah cubit orang depan.Ler..awek dia rupanya.Kena cubit mamat tu sebab usha kitorang.Hahaha..

Terus mamat tu pecut,mungkin sebab malu kot.Aku dengan adik aku bantai gelak.Tu kot yang jadi bila selak kain sampai peha.

Thursday, January 24, 2008

Masak

Bosan betul hari ni sampai tak tau nak buat apa.Tiba-tiba aku rasa nak masak,tah mana datang rajin pun aku tak tau.Aku memang suka makan tapi bab masak sangatlah malas.Nak masak poyo memang pandai sangat la,so goreng sayur campur dgn nasi goreng je la.


Orang kata kalau masak dengan hati yang ikhlas masakan akan jadi sedap walau sebenarnya tak sedap..hehe.Aku tak tau la betul ke tak tapi aku rasa sedap je masakan aku.Mungkin aku masak sebab mood tengah gembira.


Owh..nasi goreng tu takde nama,aku cuma panggil dia nasi goreng belasah.Janji boleh makan.

Biasalah kalau orang tak selalu masuk dapur,hasilnya dapur tu jadi kemas.Ni la dapur kemas aku..




Ni hasil masakan..nyum nyum

Sha & Wani

Aku nak ucapkan selamat hari jadi kat 2 member baik aku,Wani & Sha yg sambut besday ke-26 semalam ngan hari ni.Aku kenal dorang sejak zaman matriks Kuala Pilah lagi sampai ke UM.Dan akhirnya duk satu umah kat Pantai Dalam 2 tahun.

Ada sorang lagi,Shima.Besday dia 1/1 tapi lupa nak wish.Kepada korang semua,semoga panjang umur,murah rezeki & cepat jodoh (untuk Wani dgn Shima je sbb Sha dah kahwin).

Tuesday, January 22, 2008

Isnin

Hari ni bermula dengan malas & mengantuk, pergi kelas pun lambat.
Diorang tengah bincang soalan assignment.Cakap pasal assignment ni,semester ni ada tiga aku kena siapkan.Masa pulak agak terhad,sebulan je.

Habis kelas kena bawa balik buku yang baru sampai dari seberang laut.Tiga buku yang tebal siap dengan kotak.Dalam otak dah mencongak2 macam mana nak bawak naik motor.Letak kat bakul ke..easybox ke..pegang ke..

Akhirnya dalam kemengantukan aku berjaya jugak bawak buku2 tu balik rumah.Bawak je lebih,kerja tak buat pun.

Kena mula jugak ni..tangguh2 bahaya.

Sunday, January 20, 2008

Selamat Pengantin Baru

Buat pertama kalinya dalam tahun 2008 ni aku pergi majlis kahwin.Ni majlis kahwin member yang aku kenal masa aku kerja Jusco dulu.Dia ni gila-gila punya perangai tapi memang best kawan dengan dia.Kepada Frecila & Faizul, tahniah aku ucapkan.Semoga kekal hingga ke akhir hayat.Sebagai kenangan,aku letak gambar diorang bersanding.










Saturday, January 19, 2008

Baru

Tahun baru..azam baru..blog baru...just started

p/s:kalau nak baca yang lama,klik sini http://reenapro.blogs.friendster.com/