Friday, February 29, 2008

Family tree

Aku dalam proses mengusahakan family tree aku.Tujuan aku buat benda ni sebab nak kenal keluarga sendiri yang bercabang-cabang.Terlalu ramai sampai dah tak kenal.Bila dah siap,aku akan bagi url.Jadi kepada sesiapa yang rasa dia tu keluarga aku,pergilah jenguk ye.Ni la rupa family tree tu.

url akan update nanti :)

Wednesday, February 27, 2008

Assignment

Hari ni segala beban hilang bila aku hantar assignment.Kalau dah nama pun student, mana boleh lari dari assignment.Dengan tak tidur malam, tak makan, tak mandi semata-mata nak siapkan kerja tu.Sampai sakit kepala jugak la.Dating pun tak, tu la namanya pengorbanan..hehe

Yang penting aku dah free untuk sementara sebelum beban lagi satu & yang terakhir datang, apa lagi kalau bukan exam.Boleh la aku buat kerja part time tapi aku nak buat yang ni dulu esok.
Plan untuk esok, ganti tidur zZZzZZ...

Tuesday, February 19, 2008

Mari teka

Soalan: Binatang apa yang sekejap hitam, sekejap putih?

Jawapan: Penguin yang berguling-guling.

Komen: Hahaha..lawak giler :)


Soalan: Nombor apa yang paling orang tak suka?

Jawapan: Nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya.Terima kasih.

Komen: Soalan yang lojik

Sumber: Soalan dari Saiful Apek

Thursday, February 14, 2008

Motor Satria Perkasa Hitam

Lepas balik kelas pergi jumpa seorang member,pangkat akak la.Dia nak tunjuk motor baru dia.Aku ingatkan motor kapcai biasa je, sekali macam motor satria perkasa hitam.Giler ganas akak ni.Aku nak mintak dia bawak jalan2 pun takut.Jadi ambil gambar je la hehe..






Tuesday, February 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Win

Sebelum ni aku ada bagitau aku naik bas pergi JB.Sebabnya ex-housemate aku kahwin.Nama dia Win.Dua tahun tinggal serumah dengan Win ni.Kalau tak kenal dia mesti ingat dia ni sombong,tapi sebenarnya gila-gila.Selalu tumpang kereta Wira dia pergi kelas sebab dia je yang ada kereta.
Sepanjang duduk serumah dengan Win,macam-macam kisah cinta dia kitorang tahu.Yang sedih,kelakar,gembira,bercinta dari zaman sekolah,bercinta dengan lelaki muda.Tapi akhirnya berkahwin dengan orang yang aku tak disangka langsung.Tu la jodoh namanya.Comel jugak suami dia..hehe Win jangan marah,aku puji ni.

Masa ni jugak aku dapat tengok anak Farid.Nama anak dia Adriani,mata bulat comel giler la.Lepas ni anak Dilla pulak bakal tengok dunia.Dah empat orang dalam rumah tu yang kahwin,tinggal lagi lima.Rosma,Tim,Wani,Shima & aku.Kalau ikut teori Wani,lepas ni giliran Shima,tengok je la kalau teori tu betul.

Dah alang-alang ada kat JB,kitorang pergi ronda,tempat pertama kitorang pergi UTM Skudai.Aakhirnya aku dapat jugak masuk UTM walaupun macam tah hapa2 je padahal abang aku belajar kat sana dulu tapi sekalipun aku tak pernah jejak.
Lepas tu pergi Danga Bay,takde apa sangat pun kat situ.Macam fun fair,untuk budak2 atau famili ok la.Beli barang sikit dah tu balik sebab nak bersiap balik KL malam tu.Bas pukul 12 tengah malam dan dijangka sampai pukul 4 pagi..huhu.

Apa pun,selamat pengantin baru Win dan suami,Adiey & kakak Win sekali sebab diorang sanding sama-sama.

p/s:Aku demam bila sampai KL,terpaksa ponteng kelas.

update:Gambar Win sanding & cuti2 ku..

Camping kat PD

Tahun Baru Cina lepas aku pergi bercuti kat PD,yang bestnya aku bercamping.Dah lama sangat aku tak main khemah-khemah ni.Terakhir pun masa matriks naik Gunung Angsi tahun 2000.
Tapi jalan teramatlah sesak kat PD tu.Semua orang nak mandi laut agaknya Tahun Baru Cina ni.Memang orang ramai giler termasuklah kitorang yang berkereta-kereta.

Selain camping,kitorang buat BBQ sekali.Bila dah kenyang apa lagi,terjun laut la.Tinggal kat sana dua hari satu malam je,macam tak puas.Tapi nak buat macam mana sebab ada yang kena kerja.Aku pulak kena naik bas pukul 5 petang nak pergi JB.Kenapa pergi JB?Nanti aku bagitau kat entri yang lain.

update
Gambar yang dijanjikan.Ada lagi tapi atas sebab2 keselamatan, tak dapat la nak papar kat sini.Simpan sendiri je..hehe





Aku paling suka gambar akhir,siap tunggu sebab pemandangan dia cantik sangat.Harap2 dapat cuti macam ni lagi :)

Sunday, February 03, 2008

Faizah 02-02-08

Walaupun lambat entri ni(patutnya semalam), aku nak ucap jugak selamat harijadi yang ke-26 pada kakak ipar aku.Semalam sambut makan ayam golek, hari ni makan kek pulak.Ni jelah kakak ipar aku.Agak gila-gila tapi baik.Hehe puji lebih..

Hanya kerana kata

Seorang teman yang agak baik dengan aku semakin berubah.Dia tak tegur malah pandang pun tidak.Mulanya aku ingat perasaan aku je atau mungkin dia ada masalah tapi keadaan ni berlarutan.Aku cuma perhatikan je dari jauh sebab dengan orang lain dia tak macam tu.Aku fikir banyak kali sama ada pernah buat salah ke sampai macam tu sekali dia ignore aku.
Akhirnya semalam baru aku tahu sebab-sebab dia jauhkan diri dari aku,hanya kerana kecil hati dengan kata-kata aku.Ayat yang aku sendiri pun tak ingat dan langsung takde niat nak sakitkan hati.Selama ni aku fikir sebelum bercakap tapi tak sangka dalam aku berhati-hati pun masih ada yang terasa.
Mungkin lepas ni kitorang tak boleh jadi macam dulu.Masing-masing dengan hal masing-masing,kalau berbincang pun benda yang serius je.Cuma apa yang aku kesalkan benda ni dah jadi lebih sebulan dan selama tu jugak dia simpan.Tapi takpelah,sekurang-kurangnya dia lega dapat luahkan dan aku tahu apa kesalahan aku.
Betul la kata orang, memang susah nak puaskan hati orang lain.Yang penting jaga hati sendiri dulu.Hadapi la dengan senyuman :)
Entri ni hanya luahan aku.Pada sesiapa yang baca,jangan terasa pulak.