Monday, March 31, 2008

Nadhrah's Birthday

Selamat harijadi yang ke-14 untuk Nadhrah,adik bongsu aku.Jangan nakal-nakal ok.

update:Tak sangka dia suka giler dgn hadiah tu..sampai sayang nak makan..
ish ish..meh aku makan la.. :D

Nama Bayi

Sebab makin ramai baby 2008 nak keluar so aku buat la entri ni.Saja mengisi masa lapang hehe..

1. Batrisya - Perempuan [Parents:Roihan,nama ayah aku tak tau]
2. Adam Naufal - Lelaki [Parents:Golok(nama samaran) & Jannah]
3. Luth Mikael - Lelaki [Parents:Azman & Diyana]

siapa2 yg baru dpt baby bgtau nama dia kat sini eh..leh buat koleksi.

Thursday, March 27, 2008

Gores & Menang?..No Thanks

Sibuk2 cari parking aku nampak ulat gores & menang.Alamak,kena parking jauh la pulak.Tak kisah la jalan jauh sikit dari mengadap ulat tuh.Bayar parking terus jalan laju2 masuk Selayang Mall.Tak jumpa la pulak apa yang aku cari dalam mall tu.

Takpe la,masuk Mydin pulak la.Dari taknak beli apa2 sampai tinggal 2,3 ringgit je duit aku.Shopping kan terapi untuk wanita hehe..

Okey,dah siap bayar.Tengok kiri tengok kanan,ulat takde.Jalan laju2 sambil tengok belakang,tengok kiri kanan sampai dah boleh pusing 360 darjah kepala ni.Line clear..fuhh

'Cit cit' bukak kereta,masuk TIBA-TIBA "Kak,tunggu kejap kak"..Arghh!!..cepat2 tutup pintu terus lock.'Tok,tok' (bunyi ketuk cermin tingkap) "sekejap je kak,tengok dulu kak"..Aku geleng2 start enjin terus blah.Dalam hati dah menyumpah,"bongok la,apsal aku tak nampak tadi,dari mana dia muncul..".Brader,saya tak mau gores,saya tak mau menang.Terima kasih!

Monday, March 24, 2008

Kerjaya ke cinta?

Susahnya nak buat pilihan.Kalau pilih kerjaya,dapat duit boleh hidup tapi kalau pilih cinta gembira.Ni lah konflik yang aku hadapi cuma bukan aku yang kena buat pilihan.Dia kena pilih samada aku atau kerja dia.Dia tak cakap terus tapi dari layanan aku dah paham.

Sedihnya rasa,macam terpinggir pun ada tapi nak buat macam mana.Aku kena terima dan belajar sesuaikan diri dengan keadaan ni.Untuk masa depan kitorang?Entah la..mungkin.Perhubungan tu masih ada tapi malap sikit (kena tukar bulb baru kot), dah jarang spend time sama-sama.Telefon dgn sms pun dah jarang.

Tadi jumpa dia,konon nak tunjuk rambut baru.Tapi dah tak teruja sebab dia ada kerja.Balik sorang2,tersangkut dalam jem,dapat penat dgn lapar je hari ni.Dulu kerja 50%,aku 50%.Sekarang kerja 80% aku 20% je.Bertahan je la,harap2 lepas ni ok.

Friday, March 21, 2008

Muka aku bentuk apa?

Bila duduk rumah lama2 memang boleh jadi lembap sampai dah tak tau nak buat apa.Jadi aku pun terpikir la nak potong rambut konon2 untuk refresh diri yang semakin lembap tapi tak tau style apa.Surf la kat internet style rambut yang best, yang sesuai dengan aku.

Nak potong rambut pun nak kena tengok muka gak rupanya.Tak pernah tau pun aku sebab selama ni aku main potong ikut suka je,tak pernah pikir sesuai ke dengan bentuk muka,tak nampak bulat ke.Janji potong..hehe.

So, jom tengok muka aku bentuk apa.Mula2 kena tarik atau ikat semua rambut ke belakang.Lepas tu tengok kat cermin.Kalau malas ambil lipstick lepas tu lukis muka kat cermin tu.Dahi aku lagi lebar dari pipi & dagu aku tajam ke bawah.Lebih kurang macam ni tapi dagu tu tumpul sikit hehe.Taulah aku yang bentuk muka aku heart,selama ni selalu ingat bulat.Mungkin sebab pipi tembam kot haha..

Jangan kata rambut,bulu kening pun kena ikut bentuk muka gak.Ish ish..
Rambut apa sesuai untuk muka ni?Rambut bob ok gak..lalala..
Nak tau bentuk muka korang?Klik sini http://www.eyebrowz.com/faceshape.htm

Monday, March 17, 2008

Bulan sakit

Dah lama tak menulis..kalau online pun cuma check email & baca blog orang.Ni semua pasal sakit,dari demam ke batuk lepas tu selsema.Sekarang ni kena ulser mulut pulak.Hadui..seksa betul kalau sakit ni lagi2 kalau jenis yang susah nak sakit macam aku.Tengah tahan sakit ni sebab letak garam kat ulser tu.Macam nak melompat je bila garam bersatu dengan ulser..huhu.

Sekarang ni pun tengah study week jadi boleh la aku berehat dan bermalas-malasan.Boleh melayan semua cerita yang ada.Heroes,House,Bella,Sindarella,ANTM,American Idol,movie2 pelik kat Kirana...layan jer.Hehe..