Monday, April 28, 2008

Nazreen tak suka bila naik motor:

1. Kena simbah dengan air bila driver yang tak berapa nak bermoral bawak kereta yang tak berapa nak mewah lalu kat lopak.Dah pakai cantik2 sekali kena mandi pulak..

2. Bila tengah jam, kena lalu antara kereta2 yang tengah beratur atas jalan.Boleh pulak ada bangkai atas jalan tu..dah berkecai siap ada bau lagi.Perghh..boleh kembang tekak..

3. Tengah bawak motor sambil gembira menyanyi sorang2, ada pulak driver lori dengan gembiranya jugak meludah tanpa tengok kiri kanan.Sipi je nak kena, ada sekali tu kena kat nombor plat depan.Kalau kena rider, mau rodok aje lori tuh.

Tapi Nazreen tetap naik motor sebab dia boleh jimat duit minyak & tak payah nak tension dalam jam (^_^)

Saturday, April 26, 2008

..hari terakhir..

Jumaat ~ Hari akhir aku sebagai receptionist yang hebat (kunun).. huhu.Semua bos takde kat ofis, ada yang meeting, training.Call dengan customer pun tak ramai so lepak2 je.Tengahari kak Lela belanja makan McD..yeyey




Dah tu sesi amik gambar..dengan kak Lela & adik dia.


Dapat lagi lolipop dari Mr Nantha..dia ingat aku budak2 kot..hehe
Macam tak sedih je entry ni kan..mungkin sebab aku rasa akan jumpa diorang lagi kot :)


Have a great weekend everybody!

Friday, April 25, 2008

..hari kedua terakhir..

Sunyi je ari ni..macam bosan gak la tapi buat kerja macam biasa.Takde apa yang best jadi kat ofis tapi masa balik tah hapa-hapa sikit.Aku singgah nak isi minyak kat Shell.Turun je dari motor sorang pekerja luar negara(pln) tegur baju aku.Baju tu lain sikit dari baju kurung biasa sebab atas macam cheongsam, bawah pulak kain songket.

pln: Local wear?
aku: Yes.
pln: Very rare I see.
aku: Ok. (sambil isi minyak..malas betul nak layan)
pln: Are u Muslim?
aku: Yes..why? (ingatkan dah abes..boleh pulak dia sambung borak)
pln: Your name Nazreen.
aku: Erk.. (camner boleh tau nama aku pulak nih?)
pln: Tunjuk kat road tax.
aku: Owh..(^_^) (rupanya sticker ada nama aku kat situ, ampes jer)
pln: You staying here? (lorh..sambung lagi ke?)
aku: No.
pln: Next time u come here to fill ur gas. We can talk more.
aku: (^_^) (eh..suka2 je suh aku datang lagi.Nak ngorat ke? perasan hehe..)



Start enjin terus blah walaupun aku mengalami kesukaran naik motor tu depan dia sebab kain sangkut.Gelabah punya pasal la ni.

Thursday, April 24, 2008

..hari ketiga terakhir..

Lagi tiga hari sebelum aku abes kontrak.Macam sedih pulak sebab dah hepi kat situ tapi nak buat camner.Tiba-tiba dapat lolipop dari Mr Nantha..macam tau je aku nak sedih...macam budak2 pun ada..kasi gula2 kalo nangis..hehe


Petang ada event untuk reseller kat meeting room so ada makan-makan.Aku ngan kak Lela ambik bahagian walaupun takde kena mengena haha..Jawab call dengan tangan pegang satay, mulut penuh ayam..huhu..tak senonoh tul..


Orang yang datang tak ramai, banyak giler makanan tak abes.Sume orang menapau termasuk aku hehe..


Gambar iklan..hehe.Tangan kak lela yang suka pakai cincin besar.

Monday, April 21, 2008

M.A.L.A.N.G kah hariku?

Aku tak tau nak cakap hari ni best ke tak sebab permulaan hari ni sangat la tidak seronok. Pagi2 nak isi minyak motor aku terpijak najis menatang apa tah..Apa punya adab la menatang tu main buang suka2 ati dia jer.Penuh bakul motor aku dengan sumpah seranah.

Sampai kat ofis agak lambat tapi kak Lela ceria je tengok muka aku.Mesti dia risau aku tak datang sebab memang tak cukup tangan kalau sorang..Sampai tengahari takde apa sangat.Kerja macam biasa..suka2..borak2..

Dah nak balik ada pulak hal lain..haish..

Resit nak claim makanan masa meeting minggu lepas dah hilang.Sapa punya kerja?..AKU..

Kelam kabut mencari siap korek tong sampah tapi tak jumpa gak.Peluh2 dah aku sebab cuak.Nasib baik kak Lela ada,dia pergi mintak resit baru kat tokey kedai makan tu.

Masa nak balik pulak dah hujan..aku tunggu reda sikit baru gerak.Kalau boleh nak gerak cepat sebab dah janji dengan seseorang kat Damansara.Punya la yakin sempat sampai tapi akhirnya kecundang..huhu..

Hujan makin lebat kat LDP, aku dah basah abes so tak jadi singgah jumpa orang tu.Terus balik umah & yang menjadikan hari aku semakin best = AKU TAKDE KUNCI UMAH & TAKDE ORANG KAT UMAH...uwaaa!

Aku lupa nak amik dari akak ipar aku pagi tadi..maka tercongok la aku kat luar umah dalam kebasahan,kesejukan dan kelaparan.Jiran aku k.yan ngan tokcik offer masuk umah tapi segan la dengan baju basah2.Lepak je kat luar sampai la abang aku balik.

Hari ni hari malang aku ke?

Sunday, April 20, 2008

Dinner @ Bagan Lalang

Lepas plan Sabtu sangkut sebab jem kat Sg. Besi..akhirnya malam semalam sampai jugak ke Bagan Lalang. Ni semua semata-mata nak makan seafood.. kepah, kerang, bawal, pepahat memacam lagi la.. Memang sedap..nyum nyum

Balik umah terus flat..perut tak pulak flat..huhu..
update: gambar dah terang




Wednesday, April 16, 2008

Minggu tuah

Minggu ni macam best jer keje..dari Isnin sampai la ari ni.Takde tensen2..semua pun sporting.

Isnin : Kak Lela mood dia happy semacam, buat lawak je keje dia walaupun busy skit pagi tu.Secara tak langsung effect mood aku jugak ari tu.Macam2 cerita dengan dia..pasal Pocong 2 la..filem Tamil la..

Dah petang sikit aku dapat call dari staff, dia marah kitorang pasal bagi direct line kat customer padahal aku tak tau benda pun.Aku nak pass call tu kat kak Lela tapi dia tak mau so dengar je dia bebel.Bila kak Lela tau aku kena marah,dia sound balik staff tu sebab memang bukan kitorang yang bagi.Habis je sound,dia ketawa sebab dia memang tak suka staff tu,staff tu pun takut kot dgn dia.Aku pun ketawa sebab ada orang back up aku..syoknyer


Selasa : Ari yang ok jer..tak berapa busy.Dah petang sikit sorang staff dtg bawak hadiah utk kitorang.Nak tau apa?




Bos kasi voucher KFC, menyengih je muka aku ngan kak Lela.Rezeki terpijak betul..malam tu jugak pegi tebus.Nyum nyum..

Rabu : Hari ni aku bawak kek batik gi keje.Dah lama giler tak buat kek tu, nasib baik jadi.Aku offer kak Lela ngan staff lain.Sume kata sedap, siap tak percaya aku yang buat..ampeh jer.Tapi aku gembira sebab sume suka.Tak sempat amik gambar..sold out..hehe

Pastu beli perfume baru (abg order) Bvlgari Extreme.Dapat separuh harga utk original punya..aku pun ngah plan nak angkat 1.Bau apa yang best eh..aku baru belajar perfume2 nih..



Dah nak balik..aktiviti kak Lela macam biasa..main game hehe..

Ada sorang makcik cleaner Indon ni lawak skit sbb dia punya cakap pelik2.Tido jadi mentido la.Mmg ketawa la kalo layan dia.Hari ni dia suh aku jgn pakai kemelayuan (baju kurung) sebab nampak tua..kecik ati aku..huhu..

Takpe la..esok dah janji dgn kak Lela nak pakai kebaya..hehe..

Harap2 esok pun best.. (^_^)

Saturday, April 12, 2008

Check kualiti handphone

Meh la kita check handphone yang kita pakai buatan apa sebab kualiti dia lain-lain.

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:


1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15 Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x


IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 2 or 2 , 0 this means your cell phone was assembled in Emirates which is very Bad quality

IF the Seventh & Eighth digits are 0, 8 or 8, 0 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 1 or 1, 0 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 0, 0 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 1, 3 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health

aku punya 0,0...maknanya betul la ACTION jual original :)

Wednesday, April 09, 2008

Kejam..sadis..

update: Aku dapat cerita lain kata dalam video ni Lina Joy yang murtad tu.Tak tau la yang mana betul.

Masa kat ofis, Kak Lela dpt satu email (lupa nak tulis kat sini receptionist 2 orang) pasal minah merempit kena belasah. Memang kejam video tu sampai aku terjerit,macam nak menangis pun ada.Nasib baik tak ada ramai orang masa tu. Aku kongsi video tu kat sini.

video

Petikan dari email tu:

ada yg kata kejadian ni di Indonesia
Manusia jenis apa mereka nie..... Tiada akal agaknyer........ Inila akibatnyer apabila iblis dh menguasai roh dan jiwa!!
Astagfirullahal'azim..........Ya Allah,Ampunkan kami.............
terbaru ni... aku ader tengok 1 video dak pompuan kena belasah sampaimati... .kisahnyer yg aku dengar larr... dak pompuan (minah rempit) ni meragut nganboy dier...tp aku ingat dier kena tarik n jatuh dari moto..then dibelasah sekumpulanlelaki...siap kene pijak2... tu x kisah lagii..ni siap kena hentak ngan batu blok!!!!! kalau mat rempit tu aku x kisahlar...ni pompuan siot..maner simpati org kiter!!!!!!!!!!!!aku tau larrr... .dier wat salah ngan mragut...per salah klu dibelasah jer then antar ker balai...ni nak hentak sampai mati ?

Tuesday, April 08, 2008

Makan jom!

Hari kedua aku kerja,takde apa sangat nak cerita.Nanti ada cerita best baru aku update.

Tapi nak cerita pasal semalam.Aku dah janji dengan dia nak dinner sama lepas kerja.Mulanya malas nak pergi sebab penat & jauh tapi bila dia cakap nak ajak makan satu tempat best & dia belanja,aku pun on je lah.Hehe..belanja2 mana boleh tolak kan.(padahal aku dalam Program Pengawalan Makanan a.k.a diet)

tunggu makanan pun sempat posing

Dia bawak aku pergi Bangi nak makan western food.Selalunya aku pergi Kg. Baru je kalau nak makan western2 ni.Nama restoran ni VillageView, tak tau nak view apa sebab dah malam & tempat tu ala2 dalam hutan.Tak kisah la hutan ke janji makanan sedap.

Kitorang order chicken chop goreng & grill.Besar jugak la chicken chop yang goreng tu tapi yang grill tu memang sedap..nyum nyum.Selalu aku yang tak habis makan,dia tolong habiskan tapi yang ni aku boleh habis pulak.Sedap sebab lapar ke atau orang belanja ek?Hehe..Tapi berbaloi la pergi sana walaupun lepas tu perut aku yang jalan dulu.


muka gembira dapat makan (^_^)


erk! tak sempat nak senyum
p/s:Entri ni dipengaruhi oleh blog Ziana & Lily yang suka tulis pasal tempat makan best :P

Thursday, April 03, 2008

Aku menjadi receptionist yang hebat..

Semalam hari akhir aku exam.Balik je rumah terus update jadual baru kat ejen kerja aku,Ms Wong sebab bulan ni 3 minggu aku free.Daripada aku duduk rumah tengok AF tiap-tiap hari, baik aku kerja.Dapat jugak duit lagipun bulan ni kopak sikit la sebab kena bayar road tax kereta.

Tengah sedap tidur pagi ni Ms.Wong call nak bagi job.Ni mesti dah baca email aku.Dia offer kerja receptionist untuk 3 minggu tu gaji 1k.Erm nak amik ke tak yer sebab selalunya aku cover kerja orang je jadi recept ni.Tu pun 1 hari je, mana pernah lama2.Aku pun mencongak dalam bilik termenung berbaloi ke tak amik job tu.Selalu sehari RM50 kalau kerja 3 minggu dapat RM750 je tapi yang ni dapat RM1000.Amik je la, bukan susah pun kerja.Tapi yang peliknya agensi ni suka bagi aku jadi recept,aku ada bakat terpendam ke?Hehe..

'Ms Wong,ok saya kerja.Isnin start kan?' Minggu depan dah kena start kerja maknanya ada 2 hari je nak berjinggo.Yeyey..

Wednesday, April 02, 2008

Dia telah blank.

Dia bangun lambat tapi mandi lama,konon-konon nak segarkan muka mengantuk dia tu.
Dia start enjin moto dan terus pecut sambil memakai baju kurung.
Sepanjang perjalanan dia asyik menyumpah orang2 atas jalanraya tak pandai bawa kereta padahal dia main selit jer.
Dah sampai tempat nak ambil periksa tapi dia tak tau periksa tu kat mana sebab lupa tengok jadual.
Dia call kawan dia sambil berjalan & memegang nota untuk dibaca saat2 akhir.
Dia naik lift, tekan butang dan sampai tingkat 4.
Dia berjalan ke satu dewan.Dari luar dia dah rasa kesejukan air cond dewan tu.
Dia masuk tapi tak ingat langkah kaki mana dulu.
Dia nampak kawan2 lain, mereka tegur rambut baru dia tapi dia sengih je.
Dia duduk kat satu meja.Dah ada kertas soalan atas meja tu.
Dia tiba-tiba gabra dan ‘kapoof’..dia macam blur atau blank.Dua-dua agaknya.
Dia tak ingat apa dia baca semalam, kelmarin & masa dia berjalan tadi.
Dia tanya member depan tapi dapat satu jawapan je.
Dia cuba jawab sebab dia rasa dah baca tapi kenapa tak keluar dari otak dia.Kena virus ke otak dia?
Atau otak dia tengah defragmenting?
Dia menjadi konfius dan terus berangan.Tengok orang depan,orang kanan.Tengok dewan..’cantik jugak dewan ni’..
Dia meroaming lagi..dia nampak pekerja pembinaan tengah buat kerja.Kesiannya kena keja panas-panas.
Eh..dah nak pukul 11?Ada sejam lebih je?Dia sangat panik dan terus menulis perkara merapu dan buat formula sendiri.
Dia harap orang Australia tu boleh paham apa dia tulis.
Dia pun hantar kertas tu dengan muka yang masih blur.

Apa aku buat dengan internet & kenapa?

Masa mula-mula kenal internet,aku cuma tau chat guna IRC je sebab tu yang glamour.Sekarang guna untuk apa yer..hmm..jom aku senaraikan.

1) www.yahoo.com messenger,tengok member2 yang online & kalau2 ada email baru.
2)www.friendster.com kot2 ada komen..hehe.Ni la tempat aku dapat cari balik kwn2 sekolah, matriks, universiti,kwn2 kerja, sepupu sepapat.
3) www.nazreenhamran.blogspot.com kalau nak update blog sendiri atau baca blog orang lain
4) www.myspace.com saja daftar sebab mcm best tengok adik2 ada mespes.Tak boleh tutup akaun sebab banyak kenangan.
5) www.maybank2u.com.my nak check gaji kerja part time..floating 2 hari?sabar nazreen
6) www.cimbclicks.com.my nak check elaun yang selalu lambat masuk..kena potong?tu la..ponteng kelas siapa suruh
7) www.google.com untuk cari resipi, petua, bahan untuk assignment
8) www.gmail.com email lagi satu tapi jarang pakai
9) www.finsia.edu.au website untuk aku check result assignment & exam.Submit assignment pun kat web ni...takde peluang nak rayu2 tambah markah..sebab marker jauh nun di sana huhu
10) www.youtube.com tengok video mengarut yang kelakar..geli mat..

Ni antara link2 yang wajib aku masuk kalau duk depan pc.Kenapa aku buat entri ni?Sebab tengah blur.