Friday, May 30, 2008

Hepi di pagi Jumaat

Selamat pagi :)

Hari ni Jumaat, esok cuti :)

Semalam bos call, ari ni dapat gaji :)

Ingatkan dapat minggu depan, tapi rupanya hari ni :)

Mungkin tak banyak, sebab baru keje 10 hari :)

Tapi, tak kisah la.. aku suka hari ni :)

Monday, May 26, 2008

Kompilasi hari minggu

Dari Jumaat sampai Ahad hidup aku penuh dengan aktiviti. Dah la Jumaat tu last day Ailun, satu-satunya kawan aku kat ofis.Dalam 8 jam tu lah dia nak sumbat aku dengan segala keje dia sampai naik pening.Tapi terpaksa la dia buat macam tu, kalo tak menggagau aku nanti.

Tengahari dia belanja makan rojak ngan cendol.Sedap betul biler orang belanja kan..hehe.Paling best dia bagi lolipop yang sangat besar siap boleh tutup muka sendiri.

Tapi aku rasa syukur sangat sebab Ailun ni baik & sabar ajar aku yang boleh tahan keBLURan nya huhu.

PDA tu sajer je interframe.Part of keje aku,godek2 benda tu.

Sabtu pulak pergi Bangi, jemputan kahwin dari ex-officemate,Czarina masa buat telemarketing dulu. Aku jemput Intan kat Wangsa Maju baru gerak pergi Kajang ambik Ijam.Tapi bole pulak sesat,dekat sejam baru sampai sana.Nasib baik la nak cari rumah pengantin tak susah.

Czarina ni lembut je orangnya.Dia kahwin dengan mualaf, nama suami pun lebih kurang macam dia,Czarif.Macam sweet je.

Cantik sangat dia dengan baju kaler turqouise dan lagi best biler kaler baju aku macam ikut tema dia.Dah macam sedara pihak perempuan pulak.

Ahad, pergi Mid Valley jumpa bekas pelajar PNB hehe.Plan yang macam main-main je tapi akhirnya jadi best.

Walaupun 6 orang je yang muncul tapi memang hepi. Sume pakat main bowling walaupun separuh tak pernah main.Kes redah jer la ni.

Dah penat main, lepak pulak kat mapley.Duk borak2, ketawa tak hengat.Ikhwan yang pakai sweater tu suka loyar buruk tapi layan jer.

Pukul 5 gerak masuk Mid balik ikut Lela ngan Zura shopping.Ikhwan dah blah dulu tapi Irwan ngan Khairul ngekor je,sian pulak aku tengok.Pukul 7 lebih baru masing2 gerak balik.Penat memang penat tapi hati gumbira :)

Thursday, May 22, 2008

Jemput makan..

Hari ni ada janji lagi tapi dengan lelaki pulak.Lelaki..? Jeng jeng..

Aku kenal dia masa buat part time kat HP.Kalau ada baca entry Tinggal Kenangan aku ada sebut pasal mamat yang ngadu kat aku perfume meletup dalam motor.Ni la orangnya..comey je hehe.Nama dia Hendra..pelik & unik.


Dah puas ngadu, ari ni dia belanja aku makan pulak.Musykil kenapa dia belanja makan?Sebab dia dah janji tapi patutnya teh tarik ngan roti canai.Alih2 dapat nasi..hehe. Borak-borak sambil tunggu makanan sampai.

Aih..tido pulak dia.Tau la penat & lapar giler.Oit..bangun..makanan dah sampai.Makan jom..


Si comey nak kawen

Lepas habis kerja, singgah KL Sentral jumpa Elia, kawan tempat kerja lama.Dia ni kecik je..comey pulak tu..dah nak kawen pun Isnin ni.Kenapa Isnin?Aku pun tak tau..



Tapi tak dapat jumpa lama sebab dia ada hal.Lagipun memang singgah untuk jumpa sebelum dia jadi bini orang & ambik kad jemputan je walaupun tentu-tentu tak pergi sebab hari Isnin la kan.Lepak kat Warong Kita, minum-minum, borak-borak, ambil gambar pastu balik.

Masa nak balik teringat yang kat rumah takde makanan untuk sarapan esok.Singgah kat Jusco jap..kononnya pergi market je tapi tah camner kaki ni pergi kat Ladies Department pulak.Eh..50%? 70%? Tengah sale ke? Alar..tak gaji lagi.


Tunggu je la bulan depan.


hati Nazreen: kenapa la petang je aku sakit kepala?

Wednesday, May 21, 2008

Aku dah keje..

Semalam hari pertama kerja,tak tau macam mana nak terangkan perasaan dan keadaan sebab memang luar dari jangkaan. Jadi IT support tapi pada masa yang sama kena buat benda lain.Makanya Nazreen adalah IT support cum customer service cum admin cum receptionist.Ngeh ngeh..

Ofis kecik jer,setakat ni ada aku ngan Ailun tapi dia dah nak berhenti.Minggu ni dia last, semua kerja aku kena ambil alih.Punya la banyak input sampai sakit kepala.Bos selalu takde, agak bosan la sebab 2 orang je tapi kena bertahan. Bulan depan ada orang masuk lagi.Nasib baik boleh ym..pasang lagu kuat2.

Agak-agak berapa lama aku boleh tahan kerja ni?Kena positif, bina tapak yang kukuh baru boleh fikir kerja lain.Betul..?


Nota: Suka pc aku sebab monitor dia sangat besar..yeehii

Monday, May 19, 2008

Selamat Hari Wesak

Kepada yang menyambut perayaan Wesak, Selamat Hari Wesak aku ucapkan.

Yang kena kerja masa cuti ni, selamat bekerja ye.Jangan tensen-tensen..gaji double kan.. :)

Aku pun kena kerja gak cuti ni..jadi tutor tak bertauliah.

Jumpa lagi..sayonara.

Saturday, May 17, 2008

Tinggal kenangan

Cukup setahun aku belajar kat PNB & Khamis hari terakhir batch aku kat sana.Daripada 40 orang yang ikut program tu sampailah tinggal 14 orang je.Habis je program, salam2,peluk2..minta maaf sume cuma takde la drama sangat macam dalam AF.

Ni jelah tanda aku sebagai student PNB sebab tag kena pulang balik tapi tali dia aku amik hehe..



Esoknya aku ada 2 interview.


Interview


Jumaat, ada 2 interview, 2 waktu berbeza, 2 lokasi berbeza, 2 syarikat berbeza.Tapi hari aku tak berjalan lancar sangat atas sebab2 yang tidak dikenalpasti huhu..Malas nak tulis ayat panjang, pandai2 la buat ayat sendiri.

Pagi - 8.30 - PJ - 25km -tertinggal buku nota - tak tau interview dgn siapa - call rumah - interview ok - 60% dapat - lapar + ngantuk - balik rumah - makan & tido - ada call, dapat kerja - hold.


Petang - 3.00 - Kerinchi - lupa tgk berapa jauh - jalan pakai kasut tinggi - konon ayu - kasut makan kaki - singgah beli plaster - cari duit dalam beg - panik, tak jumpa purse - tinggal kat rumah lagi - plaster mahal, 50 sen satu - jumpa syiling cukup singgit - cari ofis - interview- macam dapat - minyak motor 'E'nough - singgah ofis abah pinjam duit - hehe.


Lagi satu citer, masa aku kerja kat HP aku ada kenal sorang mamat ni.Dia jual perfume.Kawan akak ipar aku ada la order satu.Semalam dia nak bagi kat orang tu lepas sembahyang Jumaat tapi dia call aku mengadu dia dah rugi.


Rupanya perfume tu meletup dalam easy box masa dia sembahyang sebab panas sangat.Kesian ada nak ketawa pun ada sebab dia cakap biler jalan je..bau semerbak.Hahaha..


Petang pegi lagi Taman Metropolitan dengan adik aku.Beriya sangat dia nak main layang-layang.Aku tukang amik gambar je la.


Thursday, May 15, 2008

Cuci mata

Kalau baca tajuk, mesti dah pikir lain..hehe

Apa la..ni bukan cuci tak baik.Ni cuci dengan melihat keindahan & kehijauan.

Petang tadi aku pergi Taman Metropolitan kat Selayang.Dah lama sangat tak pergi sana, dulu rajin la main layang-layang.Tapi dah terputus talinya jadi tak main lagi.

Konon nak joging tapi stamina tak cukup (alasan hehe) jadi jalan je la.Ok gak jalan-jalan ni..boleh layan mata.Memang sejuk je tengok hijau-hijau ni.


Ada satu bukit tu curam, aku tak pernah naik.Teruja punya pasal, daki je lah..cantik jugak dari atas ni.
Aku dapat snap gambar yang best masa turun dari bukit.Memang tergamam mula-mula tapi terus keluarkan phone ambik gambar sorang brader ni turun bukit guna tangan.Dah ler bukit tu curam, terkedek-kedek dia turun tapi memang kuat la tangan dia.Auntie depan tu dah buat muka risau, takut tergolek kena dia kot hehe.


Kaki pancing pun ramai lepak situ.Muka masing-masing tekun tunggu ikan makan umpan.Ingat nak lepak tengok dorang mancing tapi dah nak senja, kena balik.Ada masa nak datang lagi..tenangkan fikiran :)

Sapa nak join?

Nota: Hari minggu memang penuh.Layang-layang pun penuh kat langit.

Wednesday, May 14, 2008

Kesian motorku

Alkisah nak jadi cerita masa ondaway nak hantar adik aku, Nabila balik umah, boleh pulak kain kurung dia tersangkut kat rantai motor aku.

Ni semua gara-gara dia duduk ala perempuan melayu terakhir.Konon sopan ler sekali amik kau..melekat kain kat rantai.Langsung takleh gerak motor tu..tuan punya kain pun tak boleh gerak.Dah ler berhenti tepi jalan yang suram lagi muram.Seram jer..

Panik..panik.Aku pun tiba2 bertukar menjadi penarik kain.Lupa pulak nak bagitau yang adik aku kena bukak kain tu & dia menyeksi di tepi jalan...hehe.

Tarik punya tarik..hah!..berlubang-lubang kain tuh.Memang tak dapat diselamatkan lagi.Dah clear takde lagi kain kat rantai tu kitorang terus balik.

Tapi aku rasa motor tu merajuk la sebab bila aku nak balik umah boleh pulak dia pancit.Mungkin lepas tarik kain yang tersangkut, aku tak tengok keadaan dia.Tu yang protes tu.Alahai motorku..


Nota:Gambar kain koyak ada kat sini.
Update: Tiub tayar dah reput rupanya.Ponteng kelas ari ni :D

Tuesday, May 13, 2008

Anggur

Takde kena mengena langsung tajuk dengan apa yang aku nak tulis. Tapi hari ni letih..sebabnya kena menghapdet aku punya resume yang dah basi. Yelah pulak, setahun tak berusik. Belajar dah nak habis, sekarang masa untuk cari kerja tetap.Takkan asik nak buat part time jer.

Tapi macam nak bela cacing la..sesuai ke? Hurm..

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari IBU

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu seluruh dunia & khas kepada Pn Normah Bahazim ibu pada 5 orang anak yang comel-comel belaka (masa kecik jer).

Mama, anyah sayang mama.Kitorang semua sayang mama.Kalau tak caya..tanyalah kitorang hehe.Pagi2 bangun dah peluk cium dia walaupun tak mandi lagi.Itulah mak..anak dia busuk pun dia sanggup tahan.

Saturday, May 10, 2008

Derma darah...cemas

Dengan penuh semangat aku nekad nak derma darah untuk kali ke-8.Macam satu ketagihan pulak.Bangun pagi, jemput adik-adik aku,hantar akak ipar pergi kolej & terus ke destinasi,Pusat Darah Negara.

Sampai kat sana,prosedur macam biasa..kena isi borang..timbang berat badan..buat ujian darah & jumpa doktor buat interview sikit.Pastu masuk bilik derma darah.Ramai pulak orang ari ni..bertambah semangat aku.Eskot aku 3 orang pun ikut..kunun nak tengok aku derma tapi sebab ramai sangat,nurse suh dorang lepak kafe.

Semua takde masalah..cari urat senang..darah laju je keluar.Sambil2 tu borak ngan pakcik sebelah yang dah derma darah 300 kali.Pehh..VIP pakcik nih..semua orang pun dia kenal.Mesin dah bunyi..darah dah penuh..nurse datang cabut jarum & suruh rehat.Tak lama lepas tu aku rasa kepala berat..muka nurse dah kabur2..rasa nak muntah pun ada.Isy..napa ni?

Aku tersandar kat katil..pejam mata.Kepala sejuk semacam tapi badan dah peluh2.Tahan dalam 10 minit tapi tak cakap kat nurse aku pening.Bila agak2 macam dah ok..baru cakap kat nurse aku pening tadi.Terus dia suruh aku baring dulu..kaki atas..kepala kat bawah.Masa tu aku yakin dah ok..bangun sendiri terus pergi kafe.Kesian pulak eskot 3 orang tu tunggu lama.Dapat sandwich, nasi lemak & milo..eskot pun dapat makan sebab lapar tunggu aku.

Baru 2 kali gigit sandwich tu kepala dah berat balik.Peluh memang tak ingat..terbaring kat meja.Nurse dah kelam kabut..cemas cemas..panggil doktor.Kena papah masuk balik bilik derma darah tu.Memang dah macam orang sakit aku masa tu.Aku kena baring macam tadi..kaki atas kepala bawah..nak kasi darah pegi kat kepala.Doktor datang...tanya nama semua macam aku ni dah hilang ingatan je.Tapi sebab dia comey aku pun jawab dengan muka tak sakit hehe.Rupanya tekanan darah aku rendah sikit.Setengah jam baring..doktor datang check balik & kata aku dah nampak ok, boleh balik.

Tapi ni la first time aku kena macam tu sepanjang aku derma darah.Memang cuak jugak la masa tu namun ketagihan itu masih ada.Aku pun nak jadi VIP macam pakcik tu.

*lepas derma darah,aku pergi mid valley...haish..tak sedar diri lagi tu :D

Monday, May 05, 2008

Part time lagi

Tak sudah2 aku ni kerja part time..kerja betul tah biler pulak. Kali ni buat part time data entry kat MSD.Mengadap pc berjam-jam..naik juling mata tapi kalo chatting tak pulak juling hehe..

Kena update data sales rep sebab diorang buat salah tapi taknak betulkan.Tu yang panggil temp staff buat kerja tu.Kelaparan aku buat benda tu.Ajak kak Zura lunch sama, alih2 dia nak belanja..rezeki. :)

Singgah jap kat 7E, budak pompuan yg jadi cashier tu tanya camner rambut aku boleh bulat je.Dia kata nak potong macam rambut aku tapi takut rambut tu melentik keluar.Aku tak tau nak jawab apa sebab dah mmg rambut aku cmtu.Padahal dalam hati jawab "sebab pakai helmet,rambut ikut bolat" haha..Siap tanya aku pakai sikat apa..tak tahan.. Kak Zura dah ngekek kat sebelah.Tapi aku jawab jugak "selalu sikat masuk dalam" sambil bayar, senyum & keluar.

Ondaway balik aku menyimpang ke Uptown sebab nak cari kedai Wondermilk. Pusing punya pusing lebih setengah jam tak jugak jumpa.Letih punya pasal terus balik dengan hati yang kuciwa.

Pastu ngadu kat Lily tak jumpa kedai tu.Rupanya aku memang dah lalu tapi tak perasan je..haish..bikin panas la.Takpe..esok pergi carik lagi.Harap2 dapat jumpa kedai tu.

*kak Zura adalah ejen kerja2 part time saya.Agensi dia depan MSD tu je.
*tulisan warna perpel = kata nama khas :)

Sunday, May 04, 2008

Akhirnya jumpa bila dia kahwin..

Hari ni ada jemputan kahwin dari member Myspace,Amir.Aku tak pernah jumpa dia sebelum ni..borak depan pc jer.Ijam pun aku bawak sebab Amir kenal tapi melalui gambar je.

Memang tak sangka lebih setahun jugak berkawan dengan dia ni.Dari kisah dia ngorat sampai la dia kahwin dengan isteri dia tu.
Masa pengantin tengah berarak..aku diri kat tepi je.Nak test dia cam aku ke tak.Nampak je muka aku dia macam terkejut tapi senyum :) Hehe..dia cam rupanya.Isteri dia sangat comey..



Haruslah ambil gambar sebagai bukti.Walaupun Ijam dah peluh2 kepanasan, dia sanggup tunggu sebab bukan selalu dapat jumpa Amir.Terima kasih daun keladi, lain kali pergi umah orang kawen lagi (^_^).

Friday, May 02, 2008

Senyum pengubat duka

Semalam hari yang tak berapa best sebab aku tak dapat apa yang aku jangka akan dapat.Mungkin sebab kebodohan diri sendiri atau memang nasib..aku pun tak tau.Tapi yang pasti semua tu disebabkan salah komunikasi.Down jugak la sekejap.Malas la nak sedih2 lagi pasal tu..life goes on..kena gembirakan diri sendiri.Aktiviti sepanjang minggu:

Ahad lepas pergi PD ikut family Ijam.Saja jalan2 tenangkan fikiran, seronok dapat tengok laut luas.Pantai dia cantik..suka sangat & cuaca pun ok.Malas nak mandi je sebab air dah surut.

Kemaruk bergambar tepi pantai..hehe

Makan memang tak ingat la sebab banyak giler mak dia masak & tentu la sedap.Puji neh..hehe.. Makcik, nanti ajak saya lagi ye.

Selasa.Yang ni pulak gambar dalam kelas.Kitorang buat farewell untuk sorang member,Ita sebab dia dapat kerja kat LHDN.Dengan baik hatinya Mr.KZ belanja satu kelas makan nasi beriyani.


Delivery sampai depan pintu kelas..memang best la.Tapi makin kurang budak kelas neh.Takpe la..dah nak habis pun.

Ita:Semoga berjaya dengan kerjaya baru.Kalau aku dah kaya nanti janganlah carik aku..hehe

Credit to my lil sis yg tolong edit 2 gbr kat atas.Tenkiu :)

Thursday, May 01, 2008

Selamat Hari Pekerja!

Untuk semua pekerja2..selamat hari pekerja..!
Rehat puas2 hari ni ek :)