Monday, June 23, 2008

Outstation pertama

Ni citer minggu lepas.Sebab malas, takde masa nak update jadi kosong jap blog ni.Tak sampai sebulan aku kerja, dah kena kerja luar.Seronok memang seronok lagi2 biler outstation kat Genting tapi penatnya tak payah citer la.Malas nak citer panjang, tengok gambar je la.

muka gembira naik keta kabel

Lela, Me & Ijam..abes angkut kwn2 sbb x ckup staff..

kabus + sejuk..trrr..trrr

gayat tapi best

first day..sampai2 terus bukak booth

peace (^_^)v

lepak coffee bean..giler kecik cawan..

2nd day..dengan geng sempoi booth sebelah

conference MAA

birthday girl..sambut kat Genting :)

last day..


ondaway balik

beratnya beg..tapi muka sengih

bye bye First World

Dah sampai.
Tamat sudah Outstation ku.

Thursday, June 19, 2008

Mana entri..

Minggu lepas sibuk,outstation.
Tak sempat nak update.
Minggu ni masuk ofis,pun sibuk gak.
Hujung minggu la update,lepas ganti tido.
Huwargghhh...~

Tuesday, June 10, 2008

Jakun & teruja

Ni cerita minggu lepas.Jumaat tu aku balik umah mak aku sebab esoknya ada plan ngan adiks.Sampai je umah aku terus jakun sebab ada benda baru.Memang semangat poyo mencuba benda tu.Jakun tak hengat.
Ni lah bendanya.Basikal pakai dalam umah.Syok gak benda ni sampai naik sengal urat aku.Nampak sangat tak selalu senam hehe.

Esoknya aku bawak rombongan anak pakcik Hamran gi Sunway Lagoon untuk Roxy Summer Splash.Punya la ramai orang sampai huru hara jadinya.Siap ada polis jaga takut ada rusuhan.Tapi memang ramai yang bengang dengan penganjur.

Macam mana la orang tak bengang.Dah la sampai awal, beratur punya baik sekali orang yang datang lagi lambat dapat masuk dulu.Hangin la orang yang menunggu lebih 2 jam kat luar tu (termasuk aku).



Bayangkan dari pukul 11 lebih tunggu, pukul 2 lebih baru dapat masuk, tu pun kena berebut.Ada la yang putus selipar, koyak beg.Kalau ikut hati aku, nak balik je tapi sebab adik2 punya pasal, tahan je la.As long dorang enjoy..aku pun enjoy.


penonton yang tengok kekecohan

Lagi satu citer pagi Ahad.Tengah rileks baca paper bapak aku suh amik adik balik tusyen.Takde la jauh sangat pun tempat tu, dalam 20 minit je naik keta.Aku pun selamba je capai kunci keta terus blah.Tak bawak I/C, lesen atau hp cuma pakai baju tido ngan kain batik.Memang selamba.

Masa balik boleh pulak ada road block.Kena tahan ke tepi sebab aku tak pakai tali pinggang.Ampeh betol.

Polis tu mintak I/C, aku kata takde.Mintak lesen pulak, pun aku takde."Sume tak bawak encik."Dia dah nak keluar saman, aku pun buat muka sedih tapi macam tak jadi je sebab lebih ke muka tak mandi.

Punya la dia pikir nak kuar saman ke tak.Alih2 dia kasi lepas sambil bagi nasihat yang membina haha..

otak Nazreen: Adakah kerana muka tak mandi ataupun kain batik jadi penyejuk hati Encik Polis?

Monday, June 09, 2008

Kudaku kuat makan

Balik kerja tadi, aku tengok kuda aku dah tahap kebulur.Aku pun singgah la Petronas nak beli makanan dia.Alang2 kasi makan biar sampai penuh kan.Aku bagi la sepuluh hengget kat brader kaunter tu, lepas tu isi makanan dia.

Biasanya 5 hengget je kalau penuh.Aku tuang..dah lepas nombor 6,tuang lagi sampai nombor 7..eh bila nak penuh ni?Kuatnya makan.Sekali 8 hengget daa.Sejak harga minyak naik ni la 1st time aku isi.

Lagi mahal dari harga makanan tuan dia.Nasib baik la aku isi 2 kali seminggu je.Nasib baik jugak la dia tu kuda je.Apa pun, kudaku tetap berjasa.Haha..poyonyer.

Isnin isnin..

Banyak benda nak cerita pasal Sabtu ngan Ahad tapi cerita pasal pagi ni dulu la.
Pagi Isnin, sekolah dah mula.Semua orang sibuk bangun pagi termasuk la abang ngan akak ipar aku.
Aku bermalas-malasan lagi atas katil.Malas nak berebut bilik air ngan dorang.Lagipun masuk kerja lambat.
Dalam 7.30 dorang dah gerak pi kerja.Aku pun bangun & bersiap.
Dah ready nak keluar rumah ni, capai kunci motor & rumah.
Sekali..pintu tak boleh bukak.Tengok balik kunci tu..rupanya kunci lain.Kalau tengok sekali je memang macam kunci aku.
"Ni mesti kunci sekolah abang aku"..hati aku cakap.
Telefon dia..memang sah dia salah amik kunci.Dia kata nanti dia hantar.
Tunggu punya tunggu.Dia call balik suh aku keluar ikut pintu belakang sebab dia lambat.
Terpaksa la aku guna cara alternatif tu & nasib baik gate tak kunci.
Kalau tak maunya aku angkat motor aku panjat gate.Boleh ker? Hahaha..

Wednesday, June 04, 2008

Tolong faham

Aku memang complicated. Otak aku memang tak pernah berhenti.
Kalau fikir satu benda, memang aku fikir abes-abes.
Benda yang simple pun aku boleh pikir sampai jadi complicated.
Aku dah ada plan sampai hujung tahun ni. Walaupun plan jangka pendek tapi ni lah permulaan untuk plan jangka panjang aku.
Tapi kenapa tak boleh faham. Aku kena serius dengan hidup aku sekarang.
Aku tau hidup tak boleh sempurna, mesti ada yang kurang.
Tapi aku nak kurangkan ketaksempurnaan tu.
Aku sanggup berkorban demi plan tu.
Tolonglah faham.

Down 2

Boleh jadi bengong duk sorang kat ofis ni.

Tak jumpa orang, tak cakap dengan orang.

Asik cakap dengan diri sendiri je.

Biler la nak ada orang lain selain Nazreen kat sini.

Bos cepatla balik.Takyah la cuti lama-lama.

Nak tido dalam ofis pun takde feel.

Camner tuh.

3 hari lagi sebelum Sabtu.

Cepatla Sabtu.

Tak sabar neh.

Tuesday, June 03, 2008

Down

I don't know what happened to me right now.
I don't feel happy neither sad.
I think I have to make myself busy to stop my brain thinking negative about all things.
I need to get back my mood.
I need to smile again.
God, please help.

Monday, June 02, 2008

Teringin

Teringinnya nak makan kerepek pedas.

Teringinnya nak minum rut bir A&W ngan eskrem vanila.

Alangkah nikmatnya dapat dua2 ni.

Kata perut Nazreen di tengahari yang sunyi.

Sunday, June 01, 2008

Jom Heboh

Semalam pegi Jom Heboh kat Bukit Jalil dengan Ijam.Dari zaman Sure Heboh sampai la ke Jom Heboh, ni la first time aku pegi.

Punyala ramai orang kat KTM ngan Star LRT.Berhimpit pulak dalam train tengahari buta, memang cari pasal sendiri.Sampai sana dah pening2 lalat sebab umat manusia yang ramai dengan booth yang banyak.

Tak kisah la tu, sebab aku pun cuma nak tengok apa yang best sangat kat Jom Heboh tu.Tak plan pun nak shopping ke apa.

Tadi aku cakap tak nak shopping eh? Hehe..nampaknya kena betulkan balik kenyataan palsu tu berdasarkan gambar di bawah.



Tah apa aku beli pun aku tak tau.Main rembat je.

Mungkin sebab semua orang kat sana bawak beg comey Mister Potato tu.Mungkin teruja sebab tengok orang2 yang rakus membeli dan menghangkut segala barang yang dorang jual.Mungkin sebab stok kat rumah dah abes,jadi borong sakan.Mungkin sebab jurujual kat sana hensem2 dan cun2 belaka.

Arghh..banyaknya mungkin tapi yang pasti segala mungkin tu dah tak berguna.Aku harus restructure semula bajet bulan ni. Topi kertas pun aku beli..haha. Apa keheynya yop?

Comey gak topi ni ek.Penat..penat..

p/s: ada gambar lain tapi kat phone Ijam.Nanti rajin aku upload.