Monday, July 28, 2008

Wanita Bulan Julai

Kek..nyum nyum..Sempena bulan Julai, aku nak ucapkan selamat harijadi untuk 3 wanita penting dalam famili. Tiga-tiga pun nak lahir bulan sama.

Pn. Normah a.k.a Mama
07/07/55

Nabila 09/07/88

Najwa - 26/07/92
Sabtu lepas ada makan2 kat umah makcik kat Shah Alam.Saja pegi tengok rumah yang baru dia sewa sambil sambut besday Najwa.

Memang kenyang yang amat sangat. Dah tertido pun boleh bangun makan balik. Sampai umah pukul 3 pagi, memang dah tak pikir apa. Bantal, katil..ZzZzzZ

Friday, July 18, 2008

Jumaat ini

Dah Jumaat dah..esok cuti, lusa pun cuti.
Apa nak buat ye hujung minggu ni?
Dia ajak balik kampung makan durian.
Bukan kampung aku tapi kampung dia :)
Semata-mata makan durian.
Hurm..
Tengah musim durian ke sekarang?
Bukan musim SALE ke? Hehe..
Apa pun selamat berhujung minggu semua.
Kalau yang kena kerja tu, tak dapek den nak nolong.
Chao~

Thursday, July 17, 2008

Pagi yang menyeramkan

Mesti rasa pelik apa kena mengena gambar kereta kancil ni dengan tajuk kan.
Pagi tadi aku keluar rumah awal sebab dah 2 hari datang ofis lambat. Aku bawak motor macam biasa.

Walaupun kereta banyak, tapi satu Kancil ni betul2 buat aku terkejut. Seram sejuk jugak aku rasa sebab masa ikut belakang kereta tu aku tak nampak pemandu. Biasanya kalau dari belakang kita boleh nampak kepala orang yang bawak. Tiba-tiba aku teringat cerita hantu pasal kereta takde pemandu.

Dengan rasa terkejutnya aku potong Kancil tu sebab nak pastikan betul ke takde pemandu. Yelah, mana ada hantu keluar pagi2 kan, time org semua sibuk nak pergi kerja pulak tu. Aku pun tekan minyak & lalu sebelah Kancil tu sambil pandang sebelah kanan.

Rupa-rupanya memang ada pemandu. Sorang makcik tapi dia kecik je sebab tu aku tak nampak kepala dia dari belakang. Dia pun macam susah je kena panjangkan leher tengok depan. Kesian pulak makcik tu sebab aku ingat dia hantu.

Moralnya, jangan tengok cerita hantu kat Kirana sampai terbawa-bawa.

Wednesday, July 02, 2008

Lawak tapi sedih

Lama pulak rasanya aku tak update blog ni.Kalau yang rajin baca,maaf ler kena tunggu lama.Ofis tengah buat minor renovation,penulis blog pulak tak berapa sihat sebab asik sedut habuk je.

Tapi pagi 1 Julai 2008 memang jadi hari bersejarah buat aku, bak kata pepatah 'Sudah jatuh ditimpa tangga bergolek-golek'.Siap tambah pepatah tu sebabnya entri ni panjang..hehe.

Alkisah pertama..
Pagi tadi keluar rumah awal dalam pukul 8.Awal la tuh sebab selalunya 8.15 baru gerak.Dalam kepala dah pikir sempat nak isi minyak,sempat sampai kat ofis 8.30,sempat kakak ipar (KI) aku sampai ofis sebelum pukul 9.

Baru 5 minit gerak, motor dah rasa berat semacam pastu gegar2.Tayar takde angin rupanya.Aku pun singgah BP, isi angin & minyak sekali.Dengan senang hatinya aku pecut laju sebab timing dah lari.

Sampai kat Jln Duta aku dah rasa berat balik.Ingatkan pasal naik bukit tapi biler naik motor dah jadi macam naik kuda, aku dah agak mesti tayar flat balik ni.Mesti bocor punyalah.Aku bawak giler perlahan dengan harapan sempat sampai Bangsar.Nak mintak tolong abah.Kepala memang pikir nak jumpa abah je.

Masa berhenti kat traffic light, aku tengok tayar memang dah teruk.Tiub sampai terkeluar.Aku cakap kat KI kena jalan kaki ni sampai Bangsar.Tetiba aku dengar suara orang panggil.Sekali aku angkat muka, abah kat sebelah.Haha..macam drama pulak tapi memang kebetulan.

Terus aku ngadu pasal tayar bocor & plan nak letak motor kat ofis dia.Masa tu jugak aku suruh KI aku naik ngan abah sampai LRT Bangsar.Aku ikut perlahan je dari belakang.Dah hantar KI aku kat Bangsar, abah suruh tukar motor sebab nak hantar repair kat area ofis dia.Aku pun bawak la motor abah pegi kerja.

Alkisah kedua..
Sampai kat ofis serentak dengan Yew Sin, budak baru.Beriya la aku seluk beg nak amik kunci tapi tak jumpa.Adoi..kunci tertinggal kat rumah.Yew Sin ingat aku buat lawak pintu, dia pulak cari dalam beg aku, selongkar sumer tapi tak jumpa gak.

Telefon bos cakap nak balik rumah amik kunci sebab dia memang datang lambat, ada meeting.Aku ajak Yew Sin ikut sekali.Kesian pulak biar dia tunggu kat luar sorang2.Nasib baik dia tak kisah naik motor ngan aku.

Alkisah ketiga..
Perjalanan dari ofis ke Kepong rasa macam jauh sangat.Dalam hati nak sampai cepat, amik kunci pastu balik ofis.Lagi sikit je nak sampai rumah tetiba motor hilang balance.Aku ingat aku langgar batu ke, Yew Sin bergelek kat belakang ke.Bila check rupanya tayar belakang flat...diulang ye tayar belakang flat, untuk kali kedua pada pagi yang sama, rider yang sama.

Rasa macam nak jerit jer tapi sabar.Aku pun tolak la motor Kris tu tapi perghh beratnya, orang yang menolak je lah tau.Tak sampai 50 meter tolak aku dah tak larat sampai terlepas motor tu jatuh kat jalan.Nasib baik takde kereta kat belakang.Datang la satu brader tolong angkat motor tu sebab aku memang dah tak larat.

Lepas angkat dia terus gerak, nak tolong lebih pun tak boleh sebab pancit. Dia tolong angkat pun dah kira baik. Gilir-gilir aku ngan Yew Sin tolak motor tu nak pergi bengkel tapi tak gerak jauh pun.Berat punya pasal.Pastu call abah bagitau pasal motor tu & cakap nak hantar repair.

Tetiba brader tadi patah balik :) Dia kata kesian tengok pompuan tolak motor.Dia tanya apa dia boleh tolong.Aku mintak dia bawak orang dari bengkel datang tengok motor.Dia pun ok, siap pesan kitorang jangan pergi mana2.Takut kitorang hilang agaknya.

Dia datang balik bagitau kena jugak bawak motor pergi bengkel.Dia suruh aku naik motor dia, biar dia bawak motor pancit.Aku ikut je belakang dia tapi memang kelakar giler dia naik motor tu.Terkedek-kedek.Dia cakap macam berdangdut duduk atas motor tu..haha.

Akhirnya sampai jugak kat bengkel.Dawai kecik punya pasal,terbang RM15 tukar tiub.Aku citer la kat brader tu yang ni kali kedua motor aku bawak pancit pagi ni, boleh tak dia suruh aku mandi bunga.Konon2 tolak bala..ampeh betol.

Dah siap repair, aku cakap tima kasih kat brader tu siap amik nombor telefon :) Nak belanja dia minum lain kali sebab tolong.Balik rumah, amik kunci & terus pegi ofis.Pukul 11 lebih baru sampai.Lagi satu citer, sorang lagi ofis mate aku terpaksa tidur kat luar sebab takde kunci nak masuk..hahaha..memang kesian.

KI aku punya la gelak biler aku citer.Balik umah dia citer pulak ngan abang aku.Dia kata lawak tapi sedih.Memang tak boleh lupa la benda ni jadi kat aku tapi bila ingat balik memang sengih sorang2.

Pesanan: Esok kena pastikan kunci ofis tak tinggal lagi.