Wednesday, September 24, 2008

23 Ramadhan dalam sejarah

23 Ramadhan/23 September 2008

Untuk pertama kali dalam hidup aku mengalami kejadian yang bagi impak besar kat aku.Tak pernah terpikir langsung aku akan kena.Selama ni punya la berhati-hati, selalu nasihat orang lain tapi akhirnya aku sendiri kecundang.

Aku dengan member pergi satu bandar nak jumpa klien.Sampai kat sana,klien tu bagitau dia ada hal, nak mintak tangguh sejam dua.Disebabkan masa agak panjang & takde appoinment lain kitorang amik keputusan nak buat Blitz.

Penat jugak la turun naik tangga.Dah setel 1 blok, kitorang pun jalan ke arah blok lain.Masa tengah jalan,ada satu motor lalu sambil pandang kitorang.Aku tak syak apa2 sebab gaya macam student.

Tiba-tiba motor tu datang dari tepi nak lalu depan kitorang.Aku rasa pelik & terdetik benda buruk,terus pegang kuat handbag & tak sampai 2 saat ****** yang duduk kat belakang tarik handbag aku.Aku sempat tarik tapi sebab tak cukup kuat, terpaksa la aku lepaskan je.Menjerit pun tak keluar suara sebab tergamam.

Member aku cuba kejar tapi tak dapat.Aku pun tak salahkan dia sebab kaki dia cedera, tak boleh lari.Tapi aku jadi bengong kejap la sebab terkejut.Antara percaya tak percaya lepas tu nangis.Dah tenang sikit, aku ajak dia cari beg tu,kot2 dorang campak tepi jalan lepas amik barang kat dalam.Pusing punya pusing takde jugak.

Pergi balai buat report.Boleh tak lepas buat report kena buat pengesahan & bayar RM2.Helo!!..aku dah kena ragut, mana ada duit!!Nasib baik ada member.Punya la lama aku kena tunggu Sarjan yang nak soal siasat sebab dia kena setel 4 kes pecah rumah.Adoyai..bulan2 puasa ni la macam2 jadi.

Fobia tak hilang lagi terutama bila dengar bunyi motor lalu (padahal sendiri pun naik motor).Apapun aku bersyukur sangat sebab takde cedera apa2 cuma ralat sikit sebab barang2 penting semua dalam beg.Nak call klien nak cancel appoinment pun tak boleh sebab takde contact number & handphone.

Kepada sesiapa yang baca, tolonglah berhati-hati & selalu ingatkan orang2 tersayang.Kadang-kadang kita selalu berhati-hati tapi sekali kita lalai..masa tu la kita kena.Sekarang ni semua orang sibuk shopping raya tapi jangan lupa ada jugak yang sibuk cari peluang.

Chao..

Wednesday, September 17, 2008

Karipap


Sempena bulan Ramadhan ni, aku dah berniat tak nak membazir lagi2 bila cakap pasal makanan.Biasa la kalau dah pergi Pasar Ramadhan tu, rambang mata..semua pun nak.
Kali ni nak cerita pasal karipap sebab tajuk pun KARIPAP.Tadi pergi cari makanan yang sempoi je.Beli murtabak ngan karipap untuk starter.Main dish ayam masak merah(nasi beli kat mamak sebab nak menumpang meja ngan kerusi).Air tebu segar dari mesin untuk hilang dahaga.
Azan pun berkumandang.Teguk air tebu sekali dah tu terus ngap karipap.Pehh...dalam hati pikir siapa yang buat karipap ni ek.Rasa dia tak macam karipap biasa tapi luar biasa, dengan inti daging kari.Mesti susah nak buat karipap ni, nenek aku pun tak pandai buat karipap perisa ni.
Sangatlah luar biasa rasanya sampai aku pikir dua tiga kali nak habiskan seketul.Padahal ada lagi 3 ketul menanti.Nasib la Ijam ada tolong habiskan.Itu pun dengan muka kelat seksi dia makan.
Pesanan untuk yang berkenaan:
Wahai peniaga sebulan,kot ye pun nak buat duit takkan la sampai macam tu sekali korang jual.Kitorang dah la tak nak membazir tapi kalau makanan dah tak rasa makanan, macam mana kitorang nak habiskan.Kan dah membazir namanya.

Monday, September 08, 2008

Berkurun

Berkurun aku tinggalkan blog ni dengan tak update, tak baca, bukak pun tak. Sampai ada yang cakap blog ni dah berhantu huhu..nasib baik bulan pose.Nak tulis apa pun tak tau sebab banyak sangat cerita backdated.
Cerita pasal baby la sebab ada 2 baby baru untuk masuk list BABY 2008. Ni pun baby kawan2 je, mana aku kenal kalau nak cerita semua baby.
Ok..baby yang pertama.Aku tak ingat nama penuh dia tapi ada Batrisha. Lahir bulan tujuh..(kot).Hehe.. Batrisha ni banyak ikut muka ayah dia.Jom layan gambar Batrisha.


Ni lagi satu baby.Anak merdeka sebab lahir 31 Ogos 2008.Mohd Raid Hakim Bin Rashid.Nama je baru lahir tapi punya la besar macam dah 2 bulan. Masa lahir pun berat dah 4.5kg.


Sangat suka minum susu & berak.Hehe..Comey nye budak ni, nak anak sendiri belum rezeki.
Entri pertama Nama Bayi 2008