Saturday, March 21, 2009

Maybank Card

Setelah setengah tahun aku hilang kad ATM Maybank sebab kes ragut, baru semalam aku buat ganti.Rasanya macam lama sangat aku nak buat kad baru tapi masa cuti la berkesempatan.Nasib baik 6 bulan je,kalau setahun baru nak ganti tak tahu nak cakap apa la.Selama ni aku guna Maybank2u je untuk bayar bil dengan pinjaman.Keluarkan duit memang susah sikit la sebab takde kad.Sama ada aku pindah akaun abang,adik atau tak keluarkan langsung.Selamat jugak macam tu sebab tak gatal tangan nak pergi mesin ATM.

Orang lain semua dah tukar debit Visa Maybank, aku baru terhegeh buat.Walaupun kena bayar RM12 tapi aku tak kisah sebab kad tu cantik..hehe.. dan macam biasa kalau jumpa pegawai Maybank,mesti buat marketing.Suruh beli insurans la,ambil loan ke.Aku pun dengan muka tak bersalah tolak je offer tu.

Sarapan

Hari ni bangun tidur perut dah lapar.Bila dah sorang je kat rumah,takkan nak masak jadi adalah baiknya aku pergi cari makanan.Sambil mandi terbayang nasi lemak dengan ayam masak merah Kak Mas.Tapi amatlah mengecewakan bila sampai kat kedai,nasi dah habis sebab dah pukul 10.Gila sold out nasi lemak Kak Mas nih.

Aku pun gerak pergi Restoran Abas, nak makan roti canai.Punyalah season kedai mamak ni sebab daripada aku sekolah rendah sampai sekarang bisnes maintain je.Lagi satu sebab kedai ni bungkus makanan pakai suratkhabar.Sekarang ni kan banyak kedai makan guna polisterine putih yang tulis 'JASA' atau kertas coklat je.Mana nak pakai suratkhabar ni semua.

Sampai kedai tu kepala aku dah tak fikir roti canai tapi nasi beriani..haha.Peliknya Abas ni sebab nasi beriani dia tak buat banyak.Satu bekas yang muat letak lauk tu je.Tak sampai pukul 12 mesti nasi tu dah habis.Aku pun gatal la tanya dah siap ke belum.Bila dia kata ada,bersinar-sinar mataku.Rembat satu bawak balik rumah, makan depan TV..giler layan.

Oklah , perut dah kenyang.Nak keluar pergi ofis & setelkan apa yang patut.

Selingan:Pagi tadi aku terima SMS dari sorang kawan,bagitau hubungan 4 tahun dia & bf kandas tengah jalan.Walhal minggu lepas patutnya rombongan merisik datang.Walaupun dia cakap redha tapi aku tau dia sedih giler.I'm always here if u need my shoulder to cry on dear :(

Monday, March 09, 2009

1st Time Ever

08 Mac 2009, Ampang - Sejak sekian lama jadi pengunjung tetap blog Lily akhirnya aku jumpa jugak dia in person.Itu pun sebab dia kahwin :)



Mula-mula macam segan jugak tapi poyo pun ada sebab tak pernah jumpa blogger lain.Biasanya kalau sorang2 ,kemungkinan untuk aku blur adalah tinggi so aku pun bawak Ijam.Bak kata Lily 'amik berkat' hehe.Walaupun sampai agak lambat tapi majlis memang happening.



Jumpa jugak dengan Ziana,sangat sweet & tinggi.Kena jungkit nak peluk cium dia.Tapi yang tak best takde gambar dengan dia.Macam mana la boleh tak teringat nak amik gambar..ish..nyesal pulak.
Kongsi dengan korang gambar semalam walaupun seketul dua je.


Tahniah Lily & EA...Selamat Pengantin Baru!!

Lepas majlis Lily,sempat singgah kat sini..hehe

p/s:Bulan ni tiap2 minggu ada jemputan..kasi kacau aku punya diet jerk..haha..