Monday, March 29, 2010

Kebetulan

Aku berkawan dengan Ijam hampir 3 tahun sebelum kitorang putuskan untuk menjadi pasangan yang sah. Masa kitorang bercinta, tak pernah pun berlaku kebetulan2 yang tak pernah dijangka tapi dalam proses nak kahwin, banyak pulak.

Bermula masa perkenalan antara keluarga, berborak punya borak sampai keluar cerita Pak Ngah aku kawan baik Pak Teh Ijam masa dalam polis cuma Pak Teh dia bersara awal. Jadi, lama la dorang ni tak berjumpa. Memula aku macam percaya tak percaya sebab mungkin nama sama tapi bila dorang jumpa masa kitorang bertunang, dah macam Jejak Kasih pulak. Dalam hati aku, keciknya dunia.

Hari nak nikah, tengah sibuk & berdebar menunggu pengantin lelaki dalam masjid, boleh pulak wedding planner, Hana aku kenal dengan sepupu aku, Zaireen. Rupanya dorang ni kakak angkat-adik angkat masa sekolah kat Klang. Masa yang sama jugak kebetulan pakcik aku jumpa Baizura, assistant Hana. Geng sama2 masa jamming. Kebetulan lagi.

Ahad lepas Khairul kawan Ijam yang jadi pengapit kitorang kahwin, majlis belah lelaki. Aku tak dapat pergi sebab kerja, so Ijam pergi sorang jelah. Masa kat ofis, Ijam bagitau pakcik aku sekeluarga ada kat sana. Aik, kebetulan lagi ke? Korek punya korek, pakcik aku dengan bapak Khairul satu geng masa pergi Haji.

Rasa macam kecik je dunia ni bila asyik kebetulan. Pusing punya pusing, jumpa orang yang sama jugak. Ada kebetulan yang baru ke?

Thursday, March 18, 2010

** unhappy **

Something happened. Unpleasant. Unhappy with it.
Face it. Deal with it.
Learn from mistake.
*Sigh*

Tuesday, March 16, 2010

Masak-masak

Hari minggu lepas aku cuba masak balik lepas merajuk tak nak masak lagi. Perempuan kan cepat kecik hati kalau suami kata masakan tak sedap. Tapi memikirkan ayam banyak dalam peti sejuk, udang tak berusik & letih menyalin resipi dari member kat ofis, baik aku masak.

Goreng ayam,potong bawang,tumbuk lada hitam, gedebak gedebuk siap lah masak. Nampak macam sedap, bau pun boleh tahan (tak boleh blah puji diri sendiri).

Kitorang pun makan la..nyap nyum nyum..aku pun tanya 'abang nak nasi lagi?'...
Ijam..'Rasa macam dah kenyang' (sambil ambik lagi seketul ayam)
Aku.. 'Ok' .. Sambung makan..nyap nyum nyum..tetiba
Ijam..'Tambah sikit nasi..sikit je'
Aku.. 'Meh..' (hati dah senyum)..sambung makan lagi..nyap nyum nyum .. pastu
Ijam.. 'Lagi sikit nasi'

Aku dah rasa cukup kenyang masa ni sambil tuang nasi. Tiga kali tambah tu...hoorey. Walaupun aku takde la pandai masak sangat tapi memang suka giler lah. Bertambah semangat nak masak lepas ni.

Sunday, March 14, 2010

Pagi Ahad

Ahad...Ini jelah hari aku nak rehat tapi banyak pulak benda nak buat hari ni. Basuh baju,kemas rumah,masak..ERK!..aku cakap masak eh. Ilmu memasak tak cukup lagi ni,Ijam suruh berguru dengan mak.Nanti saya jumpa mak ye bang.

Dalam mamai baru bangun tido,aku on laptop terus bukak email ngan Facebook. Dua tiga kali aku baca mesej yang aku dapat. Title 'Mama nak add'...isi 'add cepat okey' daripada Normah Bahazin. Terkujat! Terkejut!

Sejak bila mama pandai guna Facebook ni. Selalunya nak pakai handphone pun mintak kitorang tolong. Pikir positif Nazreen, mak kau dah advanced. Silap2 lepas ni guna Twitter pulak. Ok mama, saya sudah add kamu (^_*)

p/s:Normah = ibu kandung Nazreen cum mak mertua Ijam.

Saturday, March 13, 2010

Tahniah..



Tahniah Najwa! Ni adik aku yang kedua,baru je lepas ambik keputusan SPM. Banyak jugak A dia dapat, kiranya setakat ni dia paling terer antara kitorang. Yang aku musykil tu, dalam duk main Cafe World..Fishville..bole jugak score. Gempak lah.

Hadiah..err.nanti tuntut ngan abang Ijam ye.

Sunday, March 07, 2010

Wajah Baru

Tengah bosan2 tengok blog ni,tetiba terfikir nak tukar layout.Asyik kaler biru je..tukar hijau pulak la.

Lepas tu mengada pulak nak tukar nama..maka sekarang ni dengan rasminya blog ni tukar wajah..taraaaa.

Ok la..nak cuci mata.
Nanti sambung.