Sunday, April 25, 2010

Perlu itu

Lama giler aku tak kemas rumah secara poyo, paling cikai pun sapu lantai je. Minggu ni ada la kesempatan nak kemas betul2. Perghh..rumah kecik je tapi habuk giler tebal. Apa yang aku musykil tu aku duk tingkat 13, patutnya rumah susah nak berhabuk kan (abaikan rumah tak kemas dekat sebulan yer).

Maka terus datang idea nak beli vakum, yelah lap sapu lap sapu, ada jugak habuk tu. Baik telan je semua. Dah alang2 nak cari vakum, kena cari DVD player jugak sebabnya kalau bosan boleh layan movie. Rumah kitorang takde Astro ye sebab jarang tengok tv. Channel yang ada pun cuma TV1,Tv2 ngan Tv3 yang hidup segan mati takmo. Haa..kena cari arial jugak ni..mana tau boleh dapat channel lain (yelah sebab takde Astro kan).


Tetiba terpikir pasal blender, eh aku takde blender lagi rupanya. Macam nak cari satu jugak la, boleh buat jus buah. Eh..kenapa aku rasa list aku ni makin panjang..kehkeh. Perempuan lepas kahwin memang macam ni ke?

*pic from Google

Thursday, April 15, 2010

Gelagat orang muda

Aku tengah turun tangga nak balik rumah, terserempak dengan dua lelaki. Mulanya ikut je lah dorang turun tangga, sekali boleh pulak dorang toleh dan tegur 'Hi, rumah saya kat tingkat bawah' kata laki pertama sambil sengih. 'Awak tinggal kat mana?'...laki kedua pulak tanya. Aku cuma senyum dan pintas dorang sambil ketawa.

Aku memang tak boleh marah sebab dorang sangat cute tapi aku rasa nak gelak guling2 sebab dorang budak lagi. Bukan budak sekolah tapi budak yang sangat budak ok..tadika pun tak lepas. Betul la budak2 sekarang advance giler, akak ni pun ko nak ngorat. Ciri-ciri kasanova terserlah dik oi tapi akak dah kahwin la dik. Suami akak pun muda & comey, kita kawan2 je la ye. Haha..perasannya aku.

Wednesday, April 14, 2010

Jalan Baru

Sesapa yang tinggal kat Bandar Tun Razak atau Bandar Sri Permaisuri, aku nak bagitau jalan baru dah bukak. Ikut susur kiri, lalu bawah ikut terowong, tak payah berebut kat roundabout lagi.Yahuuu...suka giler!

Tapi ni untuk yang ikut jalan KL la, yang ikut tol 50sen (tak ingat nama highway) memang tak jumpa la. Yang peliknya jalan makin banyak, sesaknya takde pulak kurang. Kalau kaki aku gumuk sebelah, memang jammed sebabnya (nak buek camno, drive manual je). Itu je nak bagitau, daa.

Tuesday, April 13, 2010

Cuti buat apa?

Aku sengaja amik cuti 2 hari untuk setelkan kerja2 yang memang tak boleh setel Sabtu ngan Ahad. Bila dihitung2, banyak pulak nak kena buat - road tax, bank, shopping, bank, sijil nikah, shopping lagi. Tapi hari Isnin bermula dengan agak awal , tengah seronok mimpi rempit dengan Adnan tiba2 Ijam kejutkan aku dengan suara sedih. Aku yang blur tanya la kenapa, rupanya dia jatuh kat depan bilik air. Masa tu mcm nak ketawa, tapi bila dia ckp sakit sangat aku pulak yang panik.

Nak pergi cari klinik yang bukak 24 jam tapi Ijam suruh sapu minyak angin je, dah siang nanti baru pergi klinik. Duk la aku tercongok kat tepi tengok dia tido meniarap, nak tido balik tak berani takut apa2 jadi.

Pukul 10 baru pergi jumpa doktor, nasib baik la takde apa2 yang serius cuma tisu je cedera sikit. Dapat MC sehari & tak yakin nak tinggalkan dia sorang2 kat rumah, aku angkut Ijam pergi setelkan kerja2 aku. Akhirnya, separuh siap .. takpe Selasa ada lagi.

Hari terakhir cuti, Ijam dah ok sikit. Berkeras nak pergi kerja walaupun bos dia suruh rehat lagi sehari. Bergerak la sorang meronda KL cari Kompleks Pusat Islam. Sebelum keluar rumah beriya Google cari tempat tu, ikut Jalan Parlimen lalu Tasik Perdana, Planetarium, Taman Burung semua..end up kat depan Masjid Negara je. Menyumpah diri sendiri dalam hati, buek abeh minyak den yo. Takpe la, janji aku dah amik sijil nikah.

Penutup cuti2 Nazreen --> SOGO. Yihuuu...jom rewards diri sendiri. Penat2 kerja, kena bagi habuan dan satu purse sudah angkut. Aku sungguh gembira dengan cuti ini. Bila nak cuti lagi yer..

*tetiba teringat kejadian masa nak pergi Sogo. Aku tengah berjalan, nampak ada 3 perempuan nak lintas jalan. Kereta yang lalu teragak2 nak berhenti ke tak..alih2 perempuan tu lambai tangan suruh kereta tu lalu dulu. Selalunya driver yang suruh orang lintas dulu tapi ni dah terbalik. Aku gelak sorang2 sambil membebel lepas tu.

Friday, April 09, 2010

Mr & Mrs Zamhaire - Aksi Sengal & Kawan-kawan

Lokasi: Dewan Pusat Komuniti Menjalara
Tarikh: 12 Disember 2009

*Kalau tengok gambar kahwin, mesti posing formal. Sesekali kena jugak aksi bebas.Enjoy!



Mak andam yang garang tapi sengal
Hana & Baizura

Famili yang sporting

Famili Ijam pun sporting

Adik Ipar - Erin

Pakcik , Makcik & Sepupu Nazreen

Pakcik , Makcik & Sepupu Ijam

Lily & Hubby

Ex PNBi - Ermiza

UM - Win & Wanie

Ex-SMKM
Aida,Hazam,Nik,Raman,Shree,Raihana & Liyana

Raihana, Liyana & Aida

Jiran Fauziah & Famili

Ex PNBi - Lela & Azura

3-1-4 (UM)
Dilla & Famili, Shima, Tim, Rosma

UM - Tim, Dilla, Rosma, Wanie, Win & Shima
(aku , Sha dgn Farid je takde)

Ex PNBi - Ikhwan

Office mate - Kak Nurul

Ex PNBi - Ita & Friend

Ex Jusco - Nisa, Huda, Zai & Sister

*terima kasih semua sudi hadir
last part : outdoor...tunggu

Tuesday, April 06, 2010

Mr & Mrs Zamhaire - Sanding

Lokasi: Dewan Pusat Komuniti Menjalara
Tarikh: 12 Disember 2009

*Entri ni agak panjang sebab banyak sangat gambar

Sesi make over..


Tangan makwe andam

Pedih..huhu

Haip..jangan intai






Upacara menepung tawar
* yang menepung tawar mak ayah & pakcik makcik




















Sedap ayam golek ni..tapi tak dapat makan banyak
Dessert kat bawah ni sedap sangaaat




Mari berkenalan dengan keluarga kami

Keluarga Nazreen

Keluarga Ijam

Atok & Wan

Pakcik Combat & Makcik Wawa

Wan Acik & Wan

Sedara belah abah

Pak Ngah & Mak Ngah

Sepupu - Izyan & Zul

Arwah Wan Labu

Tok Uda & makcik2 muda

Mak Nani

Kita minum lagi

Bunga yang jadi rebutan

*Nanti upload gambar yang sengal pulak