Saturday, May 29, 2010

Lega ke?

Sejak 4 hari lepas demam aku tak elok, aku pikir baik check dengan doktor takut ada apa-apa yang lagi serius. Dalam kepala otak pikir H1N1 je sebab tengok simptom lebih kurang. Hatiku cuak takde siapa yang tau.

Aku pergi sorang je sebab Ijam keje. Ramai la pulak kat klinik, laku betul klinik ni mesti banyak untung (eh menyimpang pulak). Register lepas tu tunggu nama kena panggil, mau setengah jam aku tunggu.

'Nazreen Hamran' panggil sorang perempuan. Aku ingatkan staff yang panggil sekali doktor daa. First time aku pegi klinik doktor panggil nama patient sendiri. Respek la doktor ni, giler rajin. Doktor suspek aku kena denggi sebab demam lama tapi alhamdulillah demam biasa je. Lepas tu aku tanya doktor kenapa dah 2 bulan period aku macam bengong. Bukan darah tapi lebih kepada 'stain', macam tak keluar habis pun ye jugak.

Doktor : Awak mengandung ke?
Aku : Tak..baru abes period.
Doktor : Tak semestinya sebab kalau keguguran pun boleh jadi macam tu.
Aku : (tergamam terus sebab tak expect ayat tu yang akan keluar..KEGUGURAN?? )
Doktor : Nak buat urine test?
Aku : (angguk laju2)

*amik botol-masuk toilet-otak pusing-hantar botol-tunggu & tunggu-nama kena panggil-jeng jeng*

Doktor : Awak tak mengandung. Takde apa-apa. Nanti saya bagi ubat.
Aku : Phewww (eh aku lega sebab tak mengandung ke sebab tak keguguran?)
Terima kasih doktor.

Amik ubat terus balik. Nak kena menenangkan diri lepas dapat soalan tak tercapai akal tuh. Aku rasa aku lega tak mengandung, bukan sebab aku tak nak mengandung. Siapa la yang taknak anak kan. Tapi yelah nak keguguran macam mana kalau tak mengandung. Aku tak tau apa reaksi, perasaan aku tadi kalau doktor tu bagitau benda lain. Alhamdulillah takde benda serius. InsyaAllah ada rezeki Allah akan bagi.

Thursday, May 27, 2010

Bebel

'Asyik membebel je,rimas la'
Selalu dengar ayat ni kan. Siapa yang suka cakap macam ni ye? Lelaki.

Orang lelaki suka cakap perempuan suka membebel tapi dorang tau tak kenapa? Lelaki yang betul-betul rapat dengan aku cuma Ijam, abah ngan abang. Apa yang aku perasan dorang ni susah sikit nak dengar cakap perempuan. Yelah dorang kan ada ego, apa barang dengar nasihat dari kaum Hawa ni padahal nasihat tu yang paling bernas beb.

Biler dah kena tegur, kita harapkan dorang takde la buat lagi benda yang sama tapi macam aku cakap la, mana nak layan teguran tuh. Aku selalu tegur Ijam pasal rokok, kalau boleh nak dia berhenti terus. Siap psiko kan dia ' Abang sampai hati ke tinggalkan orang'. Konon ada effect dihati. Jangan harap la.

Aku bukan jenis suka membebel, kadang2 kena tegur jugak. Kalau tegur sekali tak dengar, takpe lagi tapi kalau dah berkali-kali kena tegur mana boleh tahan. Dorang pulak cakap kita asyik membebel. Memang la penat dengar orang ulang2 benda sama tapi dorang tak pikir orang yang duk mengulang tu pun penat jugak. Nasib baik la air liur free.

Ingat aku ni takde keje lain ke selain nak bebel..list-to-do tu menunggu je dan bebel not listed at all . Aku nak berfikiran positif la pasal bebel ni, nak anggap dia macam satu terapi untuk orang perempuan release tension ala-ala shopping therapy. Sakit jiwa la Ijam lepas ni..haha. Kalau tak nak kena bebel sila dengar cakap bini ye.

Monday, May 17, 2010

$$ : sapa handle?


Sebelum kahwin mesti banyak benda yang akan dibincangkan antara pasangan. Selain sibuk bincang nak buat tema & kaler apa masa majlis, mesti ada selit pasal kewangan lepas kawen. Gaduh2 sapa nak jadi menteri kewangan. Macam aku dengan Ijam, biasanya kitorang buat table talk sebulan sekali. Yelah masing2 keje bukan ada masa sangat nak jumpa selalu, kalau jumpa pun setakat nak manja2 lepas rindu hehe.

Antara aku dengan Ijam, aku lebih cenderung ke arah jimat dan menyimpan. Ijam pulak tak payah cakap la, memang boros. Bukan nak puji diri sendiri tapi kitorang memang kontra la. Aku memang details pasal duit, siap ada buku catit semua spending. Adik aku pernah perli pasal buku tu sebab beli air singgit pun aku catit (tandas 20sen tah ada ke tak)

Aku tak pasti sapa pengaruh sampai aku buat macam tu tapi memang terbawak perangai tu lepas kawen. Semua kena catit dari sewa rumah, bil api air, resit pegi Tesco, orang hutang aku, aku hutang orang..segalanya la aku simpan. Aku ni pelupa tu pasal kena simpan rekod. Ijam dah paham pe'el aku, maka aku la menteri kewangan yang tak bertauliah.

Rata2 memang perempuan yang jenis saving. Lelaki pun saving gak tapi time nak kawen je lah (sapa laki tak setuju sila cabut bulu). Memang dorang takkan fikir nak save, biler dah nak ada komitmen baru la terhegeh-hegeh cari buku bank. Perempuan jugak yang kena jadi akauntan tak bertauliah, pegangkan buku,tanya gaji tiap bulan nak pastikan dorang simpan duit. Sanggup tak mintak benda2 ngarut tau, semata2 nak melaksanakan impian perkahwinan dengan dorang...oppss bukan mengungkit cuma terkenang.

Sebenarnya tak kisah pun siapa yang handle sebab nama pun suami isteri kenalah berkongsi dan tak boleh serahkan bulat-bulat kat satu pihak je. Yang sebelah lagi pun kena amik tau jugak. Cakap memang senang kan tapi duit adalah benda yang serius, kalau tak takdenya kes putus sedara pasal duit. Duit memang tak boleh beli kebahagiaan tapi akan bertambah bahagia bila banyak duit..haha..sila setuju dengan aku.

Saturday, May 15, 2010

Terasa hatikah dia?

Sejak Ijam duduk kat Batang Kali, lokasi aku ada 2 je - Cheras & Menjalara. Lepas kahwin, kitorang menyewa kat Cheras kononnya tengah2 antara rumah parents dia dan parents aku. Permulaan yang baik untuk berlaku adil kan.

Kalau nak diikutkan, Menjalara lagi dekat kalau nak pergi ofis aku. Sebab tu aku lepak sana sehari dua dalam seminggu, boleh jugak borak2 ngan mama, abah & adik2 aku. Lagipun bosan giler kalau duduk kat Cheras tu sorang.

Semalam aku call Ijam nak tanya dia balik biler.
Aku : Balik biler?
Ijam: Malam ni. Ada kat mana?
Aku : Umah kita, Cheras.
Ijam: Owh, tak balik Kajang?
Aku : Tak.
Ijam: Erm ok (suara macam lain)

Macam terasa je aku tak balik sana. Aku mengaku memang jarang balik Kajang sorang, kalau balik pun dengan dia. Bukan aku tak sudi tapi Kajang agak jauh dari tempat keje, mau sejam nak sampai ofis, aku pulak masuk pukul 7.30 pagi. Lepas tu kadang2 mak bahasakan diri dia 'acik' bila borak dengan aku (mungkin lupa dah ada menantu tapi ada sikit kecik hati). Mungkin jugak aku lebih selesa dengan keluarga sendiri walaupun aku kena terima hakikat yang keluarga Ijam dah jadi keluarga aku jugak.

Insya Allah aku akan balik Kajang jenguk mak abah minggu depan sebab dah tak payah OT. (^_^)v

Friday, May 14, 2010

Akak..jaga beg tu

Aku risau kalau tengok ada perempuan yang berjalan lenggang kangkung pegang handbag. Kalau kepit betul2 takpe la, ni membuai2 pulak beg tu. Aku bukan apa, cuma tak nak benda yang pernah jadi kat aku kena dekat orang lain. Tu semua kerana kelalaian dan tak peka pada sekeliling.

Macam petang tadi balik keje, aku lalu jalan biasa lepas tu ternampak sorang akak ni jalan dengan cerianya (happy dapat balik kampung kot) pegang handbag ngan paper bag, bag tu terarah ke jalan. Dari jauh aku nampak akak ni berjalan & terus terdetik benda tak elok dalam kepala aku 'kalau nak rembat ni senang je, dah la sini sunyi'.

Dalam masa yang sama aku berkira2 nak bukak tingkap dan sound akak tu untuk alihkan beg tu ke tangan sebelah kiri. Tapi sedar2 je aku dah melepasi dia. Rasa bersalah giler kalau jadi sesuatu kat dia. Kenapa aku tak jerit je tadi? Kenapa aku takde keberanian nak tegur akak tu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ni la masalahnya, kita nampak tapi tak tegur, dengar tapi buat2 pekak. Perangai kebanyakan orang (termasuk aku), tau nak mengamuk dan salahkan orang lain je bila benda dah jadi. Masa aku kena dulu, aku trauma sikit. Tak berani pakai handbag, dah tu sume orang aku nasihat hati-hati masa pegang beg. Aku siap sound mak aku yang suka pegang beg ala2 mak datin (dia tak tau apa jadi kat aku, kalau tau mungkin dia terima nasihat aku dengan rela hati).

Kepekaan aku tak lama, kadang2 aku lalai jugak. Ijam lah yang selalu remind aku kalau keluar berdua, kalau dia takde sapa nak remind. Nampak macam kecik je peranan untuk bagi reminder tapi sebenarnya impak dia besar. Manusia memang cepat lupa, sebab tu kena saling mengingatkan antara satu sama lain. Kepada akak tadi, saya harap akak tak apa2 & pulang ke rumah dengan selamat.

**aku harap aku lebih berani untuk tegur kalau jumpa lagi org macam akak tadi**

Tuesday, May 11, 2010

Seksi?

Ahad lepas aku ada baca satu artikel dalam Mastika pasal sorang perempuan yang kena rogol beramai2. Punca dia kena rogol sebab suka pakai seksi, kiranya minah ni memang jenis minat baju tak cukup kain. Mak dia selalu nasihat supaya tak pakai seksi, siap takut2 kan konon kena rogol dengan mat rempit nanti. Minah ni pulak degil giler babeng, tak ikut nasihat mak. Asyik payung orang tengok aset dia, last2 jadi mangsa mat rempit (masin betul mulut mak dia). Tapi masa dia kena, pakaian dia agak sopan. Mungkin dah lama kena target.

Bila baca benda2 macam ni, aku jadi takut. Bukan takut nak pakai seksi tapi lelaki kalau dah tak boleh tahan nafsu, tak pakai seksi pun boleh asalkan dorang dapat lepas hajat tanpa mengira nenek ke budak ke (merujuk artikel Ustaz Zaharudin). Mengenangkan aku ada 3 adik perempuan, risaunya hati ni. Janganlah ada perkara buruk macam ni berlaku kat keluarga aku.

Aku pulak kadang2 teringin nak pakai skirt tapi sebab ada parut ekzos masa umur 6 tahun (tulah degil cakap mama, kan dah parut kaki tu, camner nak mintak hantaran tinggi..) maka takdelah aku nak pakai skirt. Lagipun kaki macam kayu balak, seksi tang mananya. Mungkin itu hikmahnya parut tu tak hilang sampai sekarang, supaya aku tak seksi (ayat penyedap hati hehe).

Bagi aku seksi tu subjektif, tak semestinya dari pakaian. Suara, lirikan mata, bibir pun orang boleh tafsir sebagai seksi, mengikut pahaman dorang la. Apa pun yang penting kena pandai jaga diri dan maruah.

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day

Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia terutama Mama, Normah Bt Bahazim yang giler bersabar dengan 5 anak dia yang perangai tak hengat. Walaupun Mama suka bagi teori yang kadang2 tak munasabah dan nasihat yang tak jemu diulang, kitorang tetap sayang Mama.

We always love to argue with you!

Dan untuk Mak, Siti Awa Bt Pawi terima kasih kerana melahirkan, membesarkan insan yang comey yang akhirnya jadi suami saya dan terima Nazreen yang comey jugak sebagai menantu.

Menantu pertama tuh...kembang jap

Current Obsession


Semenjak dua menjak ni aku suka sangat baca blog orang lain, kira bloghop la. Macam teruja baca kisah diorang yang boleh buat aku berangan, buat aku ketawa dan buat aku berfikir. Antara hiburan aku kala ini sejak Ijam dah duduk jauh. Nak tengok tv, takde cerita yang menarik, DVD pun takde yang baru maka blog la jadi santapan aku.

Obsession ni jugak yang membantutkan aku untuk buat kerja rumah. Ada sekali tu aku sempat sidai sehelai je seluar, sebakul lagi tinggal macam tu je sebab nak baca blog..memang tak masuk akal. Apa yang diorang dah letak kat blog sampai aku boleh jadi macam ni..ada baca2 ke? (boleh ke manderem blog??)

Aku suka baca penulisan dorang yang bagi aku ada isi dan info, lebih2 lagi yang dah kahwin dan ada anak. Terasa nak terjun dalam dunia dorang dan alami apa yang dorang rasa. Yang peliknya blog orang lain aku rajin baca, blog sendiri malas update. Sebenarnya banyak benda nak tulis tapi aku ni sangat reserved orangnya (baru perasan / mengaku) sampai kadang2 tu terbantut nak post. Aku kena filter dulu sebelum tulisan aku jadi bahan bacaan orang lain. Apapun aku suka baca blog yang satu ni..nak sambung baca la.

pic from Google

Sunday, May 09, 2010

Oh budak baru

Aku tak pernah rasa nak cerita pasal ofis atau budak2 ofis tapi disebabkan seorang ni, naik semangat aku nak menulis. Dia baru je masuk tapi aku rasa memang ramai yang kenal dia, cepat betul dia popular. Rasanya gosip artis kurang sebab asik gosip pasal dia jer.

Popular budak ni bukanlah sebab dia hensem, bukan sebab dia ngorat sume awek kat ofis atau dia pernah masuk ujibakat AF tapi sebab dia buat semua orang menyampah dengan dia. Nama melayu kampung je tapi nama panggilan A*** ala2 omputih. Kononnya masa sekolah dulu rupa dia sama dengan sorang ahli boyband America (puas aku cari tang mana sama..dok ado).

Kerja Customer Service kena la attend customer tapi dia ni macam tak paham kerja dia. Kalau ada customer yang sama sekolah atau dekat dengan alamat rumah dia, mesti dia ajak borak macam ala2 jejak kasih. Woi kalau nak ajak borak lepas kerja le der..q berlambak nih!

Dia suka nak buat mesra dengan orang, macam dah kenal lama giler tapi tak kena gaya. Apa perasaan korang kalo tengah makan roti canai tiba2 ada suara kat belakang cakap 'Uii..sedapnya!' Terbantut selera nak makan, dalam hati dah menyumpah 'kau kenapa, nak sikit cakap je lah tapi tak hingin aku bagi'. Bukan setakat roti canai, aku makan jambu singgit tu pun dia cakap camtu, senang citer pantang nampak orang makan la.

Member aku 'N' lagi bengang sebab dia dapat kek coklat yang memang sedap, kitorang kongsi la makan. Macam biasa dia kuarkan ayat keramat dia tu 'Uii..sedapnya!'. Aku dengan N buat bodo je sebab malas nak layan, dah tau perangai dia. Tetiba dia bangun pegi tempat kitorang 'Kak N, macam sedap je nak rasa sikit bole?' Tergamam aku ngan N, dia amik sepotong terus ngap 'Erm sedap, sama macam saya beli minggu lepas' dah tu balik tempat dia. Ko dah makan minggu lepas lagi mau cakap nak rasa ke...sengal.

p/s: Aku rasa kena sambung pasal dia lain kali, macam banyak je nak tulis..ni baru part aku dengan N.

Saturday, May 08, 2010

pre-Mother's Day


Aku tengah duk sorang2 kat rumah memikirkan apa nak buat sempena Mother's Day ni, nak pulak aku dah ada dua - mama & mak. Ijam dah ada plan dengan abang dia esok untuk mak, tapi aku langsung takde idea untuk mama aku, memang mati kutu la.Kena bincang dengan abang & adik2 aku ni. Surprise apa nak bagi ye?

Takdo kojo

Masa Ijam takde, aku lepak umah parents aku. Tengah bosan2 tetiba datang mood sengal. Maka keluarlah posing2 macam ni dan buat aku gembira..haha.

Sengal sudah kaming

Rambut baru yang tak payah sikat

Mungkin aku rindu dia


p/s: Tima kasih balik semalam...happy mood (^_^)

Wednesday, May 05, 2010

Di sini, Di sana

Cukup 3 hari aku tak balik rumah, hari ni aku jejak semula ke sini. Sunyi je tak macam 3 hari lepas.Bosan je balik keje tengok rumah kosong, takde kawan nak borak2. Cukup 3 hari jugak aku tak jumpa Ijam. Aku kat sini, dia kat sana. Ni semua sebab Ijam dah duduk jauh, kat Batang Kali nun. Mulai minggu ni dia dah kena duduk sana, dah jarang balik. Kalau balik pun mungkin 2 kali seminggu. Penghubung kami cuma SMS atau call jer.

Kadang2 aku tertanya kenapalah dia kena keje kat sana tapi siapalah aku untuk mempersoalkan sumber rezeki dia kan. Apa pun aku kena bersabar sebab perkahwinan memerlukan banyak pengorbanan. Ada je yang duk jauh dengan suami macam orang yang kahwin dengan tentera. Kiranya kes aku ni takdelah teruk sangat.

Ijam ondaway balik hari ni..sukanya!