Tuesday, June 29, 2010

Tak boleh fokus.

Makin dekat nak bercuti ni, makin malas rasanya nak pergi kerja. Mood cuti tu dah datang walaupun sikit-sikit tapi mulalah nak sepelet. Kejap-kejap pergi tandas la, buat-buat tanya soalan la. Jasad ada kat ofis tapi jiwa melayang tah kemana.

Dalam masa yang sama jugak keadaan agak sibuk kat ofis. Semua sibuk berkemas nak pindah tingkat atas yang baru renovate. Dah la bagi notis untuk pindah agak singkat, operasi dah kena mula Sabtu ni. Nak taknak aku kena siap kemas hari Jumaat.

Tak boleh fokus nih. Berangan dah terlebih-lebih. Baik aku buat senarai aktiviti masa cuti nanti.
Out.

Monday, June 28, 2010

Misi pencarian kamera...


Hehe..

Gambar ni guna kamera baru. Ok tak? Best sebab boleh close-up. Sangat teruja, tak sabar nak cuti sebab tekanan kat ofis makin bertambah. Kena lari dar anasir-anasir bangang tu. Penyebab darah tinggi je. Huh!

Kamera ni harga dia atas sikit dari bajet aku. Yup lari bajet tapi berbaloi. Nak kata ciri dia canggih manggih tak jugak tapi banyak features dia yang aku suka.

Walaupun bukan DSLR tapi tetap suka sebab dia brand Nikon. Ijam pun suka. Kami sama-sama suka. Suka sangat..!!! Haha..

Oopps..tak boleh ketawa galak-galak nanti menangis.
Tenang...tenang. Jom klik-klik.

Saturday, June 26, 2010

Misi pencarian kamera

Aku sekarang dalam misi mencari kamera sebab bulan depan nak bercuti. Tapi tak sampai seminggu lagi dah nak bulan depan. Ada yang tanya kenapa nak beli, pinjam jelah. Bukannya tak boleh pinjam kamera tapi rasa macam tak best nak posing poyo-poyo lagipun nak pinjam seminggu, segan la nak pinjam lama-lama. Maka aku pun melancarkan 'Misi 14 hari mencari kamera' (macam nama filem pulak).
Masa SALE tu dah usha dan berkenan dengan kamera Nikon Coolpix S620 (sila rujuk gambar diatas hehe),comel dan suka features dalam kamera ni. Harga pulak macam reasonable sebab bawah bajet aku. Dah macam nak angkat tapi Ijam kata tengok kamera lain dulu. Kot-kot ada yang lagi best & murah. Ok fine. Hajat terbantut di situ.

Ahad lepas pergi Low Yat usha lagi. Kali ni pergi dengan abang aku je sebab Ijam kerja. Merempit la kitorang walaupun takde aksi Superman. Sampai kat sana aku teruskan misi mencari kamera yang sama tapi hancur luluh hati ni sebab amoi cun (salesgirl Nikon) kata model yang aku cari tu model lama, 2 tahun lepas punya model. Aduh..giler backdated aku ni.

Amoi cun tu propose model lain Coolpix S8000, kira replace model untuk model yang aku cari. Agak cun & teruja sebab ciri yang aku nak lebih kurang sama tapi harga je lain. Otak tengah mencongak-congak bajet sekali abang aku suruh usha yang lain.

Bab usha mengusha dengan dia ni memang tak tahan sebab abang aku lagi cerewet dari aku. Sebenarnya sangat cerewet sebab aku pernah ikut dia pergi cari tv untuk mak aku. Dari Carrefour Kepong, pergi Carrefour Wangsa Maju, pergi Carrefour Cheras untuk tengok tv sahaja..ulangan SAHAJA. Padahal model yang sama, harga sama tapi dia sanggup tawaf semua tempat & alih-alih beli kat Kepong je. Sakit jiwa.Balik cerita kamera. Sebab dia dah sanggup teman aku pergi Low Yat, kitorang pun pergi usha lagi. Sampai satu kedai ni, mamat ni pulak propose kamera brand Samsung. Memula aku malas nak tengok sangat sebab hati dah melekat kat Nikon tapi bila test gambar sume, macam best jugak kamera Samsung ni. Argh sudah..aku pening.

Akhirnya aku tak beli pun kamera. Ingat nak sambung misi minggu ni. Kamera mana lagi best ek? Jangan la suruh aku beli DSLR, memang den tak mampu.

notakamera : Atas motor abang aku tanya, perasan tak mamat tadi muka macam siapa? Aku cakap macam Lee Chong Wei. Pastu kitorang gelak giler2 sebab memang muka dia sebijik macam Dato Lee Chong Wei.

Saturday, June 19, 2010

Penafian itu perit

Alami tapi tak percaya, masih buat-buat biasa

Nak buat pemeriksaan tapi tak berani

Ada peluang sahkan walaupun tak dicari

Keputusan diterima tapi masih menghindari

Luahan, satu cara berkongsi



Keadaan dalam penafian, peritnya dirasakan

Haih...kalau difikir-fikir boleh jadi tekanan

Apa kata merancang satu percutian

Untuk bagi ketenangan

Oh lupa akan ke suatu tempat bulan depan

Wednesday, June 16, 2010

LBS..marilah mengulas

Akhirnya Isnin lepas aku tercapai hasrat nak tengok cerita Lagenda Budak Setan. Semangat berkobar sampai sanggup tukar jadual semata-mata nak balik awal. Dan aku mengheret officemate aku sekali..hehe.Malas nak intro panjang, jom kita komen.
  • Pelakon dia semua cantik-cantik, mekap, baju semua cantik TAPI berlakon macam kayu, takde jiwa.
  • Aku rasa cerita ni patutnya romantik & jiwang habis TAPI macam cerita komedi tak jadi. Dorang memang nak buat komedi romantik kot, aku je yang taktau
  • Scenery dia memang best giler, cantik sangat TAPI plot dia pun memang kucar kacir sangat
  • Kasyah nampak matured dengan rambut dreadlock TAPI macam jadi budak sekolah balik lepas buang rambut tu
  • Dorang ada sebut nama kawan-kawan Kasyah TAPI aku lagi ingat nama Cikgu Loga dari nama geng setan, memang tempelan je watak kawan Kasyah tu
  • Skrip memang skema, bahasa buku, tak natural TAPI kita boleh belajar cakap bahasa dengan betul dan sopan seperti 'ada sesuatu tersekat di liang pernafasan' atau 'nak mintak kerja yang belum diisi tu ye'
  • Aku dah duduk nak concentrate mengadap skrin TAPI tetiba ada bau kaki (ops menyelit sikit)
  • Dah lah feel tak sampai TAPI nak masuk jugak lawak-lawak tandas..haish
  • Aku betul-betul tak paham macam mana sorang perempuan boleh bagitau rahsia dah terlanjur dengan selamba kat tempat awam yang semua orang boleh dengar jugak TAPI lepas tu buat muka selamba sambung borak-borak. Serius aku tak paham.
  • Rasa macam nak mengiayakan kata adik aku cerita Melayu taraf DVD je TAPI nak buat macam mana, aku dah tengok pun kat wayang. Tu sebab aku mengulas disini.Cukuplah komen aku.
Pendek cerita, filem ni tak seindah yang diharapkan & jujur aku kecewa. TAPI akhir filem tu ada tulis 'TAMAT BAHAGIAN 1' maknanya ada sambungan la yer.

Best lagi tengok cerita Karate Kids TAPI rambut Dre sama la pulak macam rambut Kasyah.

Takpe yang penting elemen utama cerita Karate Kids tu ada ---> ala-ala burung, berdiri 1 kaki tu. Wittwit!!

Sunday, June 13, 2010

Nak cuti!!

Seronoknya cuti kan. Tambah pulak tempat aku kerja memang wajibkan pekerja dia amik block leave sebab tak nak kitorang bawak ke tahun depan banyak-banyak. Block leave pulak paling sikit 5 hari dan kena berterusan. Awal tahun memang dorang dah suruh kitorang tanda dalam kalendar.

Aku dah tanda awal-awal dan dah bagitau Ijam awal jugak. Tapi dia susah nak cuti lama macam tu. Aku cakap takpelah, apply je dulu, dapat tak dapat belakang cerita ( 'tolonglah lulus cuti tu').

Aku pun tunggu. Sebulan.

Dua bulan.

Berbulan-bulan.

Akhirnya Ijam punya cuti lulus. Yihuuuuu!!!

Dah boleh start plan booking ticket dan gunakan sepenuhnya cuti yang ada.
Macam kena cancel plan nak shopping bulan ni je. Ahh..tak sabarnya nak cuti.

Saturday, June 12, 2010

Prince of Persia vs Lagenda Budak Setan

Rabu lepas aku tengok wayang cerita Prince of Persia (POP). Saja nak melepas tension sambil bawak adik aku jalan-jalan cuti sekolah. Sebelum nak beli tiket, aku ala-ala dalam dilema samada nak tengok Lagenda Budak Setan (LBS) atau POP. Yelah trailer LBS macam best je lagipun aku memang dah khatam novel tu tapi ingat-ingat lupa cerita dia.

LadyNoe ada cakap pasal pelakon POP ni berlakon jadi gay dalam Brokeback Mountain. Aku tak tengok lagi cerita tu jadi gambaran Jake Gyllenhaal sebagai gay yang bersontotan (haha..tak boleh blah ayat LadyNoe ni) belum memecah kesucian otak aku yang tak berapa nak suci. Adik aku pulak tak nak tengok LBS sebab dia kata cerita melayu taraf DVD je (aiyo..statement kejam jugak tu).

Pendekkan cerita, aku tengok la POP. Aku tak pandai kritik-kritik pasal filem, plot lah, jalan cerita la tapi bagi aku cerita ni best, menghiburkan, ada mesej dan aku tak rasa membazir duit beli tiket walaupun harga tiket murah (every penny counts beb).



Aku cuba la cari komen-komen orang yang dah tengok cerita ni. Ada yang kata best giler tapi banyak jugak yang kecewa dengan filem ni. Dorang cakap filem ni tak sampai dorang punya expectation, tinggi sangat kot harapan peminat-peminat novel Ahadiat Akashah ni. Yelah nama pun baca novel, masing-masing ada imaginasi dan expectation sendiri, termasuk aku.

Antara komen yang aku baca pasal LBS kat sini , sini , sini dan sini .

Tapi macam tak puas hati la asyik baca komen orang tapi tak tengok sendiri.
Aku nak pergi tengok jugak walaupun aku akan masuk dalam geng orang yang kecewa. *mengeluh* (fikiran negatif betul aku ni padahal tak tengok lagi)

Thursday, June 10, 2010

Happy Birthday Ijam

Walaupun dah terlambat beberapa hari tapi buat pertama kalinya sebagai isteri aku nak ucap Selamat Harijadi untuk suami tersayang yang ke 26.


Ijam punya harijadi ni ada pelik sikit sebab ada dua. Kenapa dua?

Secara rasminya dia nguwek-nguwek 7/6 tapi mungkin ada kesilapan masa pendaftaran, I/C dia tunjuk dia lahir 6/7. Yang anehnya surat beranak dia betul tapi I/C pulak boleh terbalik, tak pasal-pasal aku kena sambut sampai dua kali.

Siapa lagi yang paling seronok kalau bukan Ijam, 2 bulan dapat makan kek. Siap boleh bahagi nak celebrate tuh, bulan 6 dengan famili dia, bulan 7 dengan famili aku pulak. Tak aci betul. (but i still luv u hehe).

Happy birthday abang!



Tuesday, June 01, 2010

Oh budak baru ( 2)

Aku malas nak ngumpat orang tapi rasa macam nak sambung pasal budak baru itu. Entry lepas intro je..meh sambung..

A ni ada perangai semacam, macam psiko pun ada jugak. Ada skali kecoh satu ofis yang dia call tanya pasal kad dia padahal dia datang keje pagi tu. Bukannya dia tak boleh masuk sistem check sendiri, tah hapa mimpi nak call jugak. Yang jadi kecoh sebab dia jadi customer yang berlagak tahap gaban. Ayat yang dia pakai memang stok buat sakit hati la.

1st call: Nak cakap dengan manager. Bila tanya kenapa, dia cakap ada hal. Staff cakap manager on the line, tau dia cakap apa? Fine, I'll call her handphone. WTFish?? Kan senang ko call hp je dari awal.

2nd call: Nak check dia punya baki. Mungkin staff baru yang attend so agak slow. Dia sound baik punya 'Lambatnya verify'. WTFlowerhorn??! Ko pun terkial-kial lagi, dah nak berlagak expert. Memang jenis bodoh sombong.

3rd call: Check baki lagi. Kali ni yang jawab memang geng dia, tapi kalau dah perasan bagus tu member pun lupa. Dia sound member tuh 'Boleh tak cepat sikit?' Helllloooo..ko ni memang tak reti nak respek orang lain ke? Dah la member sekerja, jumpa hari2 tapi sound macam tu pulak..cakap bangang kang marah. Hishh.

Aku ada tanya dia kenapa dia sound kawan dia macam tu, dia jawab 'Saya gurau je kak, taktau la pulak kalau dorang serius.' ???!!! memang tak makan saman la dia neh. Perangai dia yang sengal sangat ni la yang buat aku mengelak nak borak2 dengan dia, cakap pun yang formal je. N lagi la, taknak amik port langsung pasal budak baru ni. Berapa lama dia akan bertahan pulak tau la sebab sibuk bagitau aku nak berenti. Amankah nanti?