Monday, July 12, 2010

Pulang Bercuti

Seminggu aku tak ada kat Semenanjung, pulang ke Sarawak kampung halaman Ijam.

Seminggu tak tulis,baca blog..tak online FB..tak fikir pasal kerja.

Seminggu dalam ketenangan, tak ada traffic jam, tak payah bayar tol.

Seminggu menghabiskan masa dengan insan tersayang.

Seminggu menjakunkan diri tengok tempat baru, makan benda pelik-pelik.

Seminggu kenangan indah, kelakar, ganjil dan pahit.

Seminggu rasanya tak cukup. Tapi cukuplah buat masa ni. Esok menghadap hari-hari yang sibuk.

Friday, July 02, 2010

Aku benci cicak


Dalam banyak-banyak binatang, aku teramatlah fobia dengan cicak. Aku pun tak tau kenapa tapi memang dari sejak kecik. Dah la badan dia boleh lentik-lentik, rupa tak berapa nak hensem. Ishh..geli. Kalau lipas ke, tikus ke aku boleh tahan lagi tapi bukan cicak.

Ada jugak la pengalaman yang kurang enak dengan cicak ni.

1) Abang aku pernah main-main nak baling cicak kat aku, punya lah aku menjerit, kalau dah menjerit mestilah menganga kan. Sikit je lagi nak masuk mulut.

2) Cicak melepak dalam kendi basuh tangan, padahal sibuk ni nak kenduri. Buka je penutup nampak benda alah tu, memang keluar suara soprano aku. Terkejut bongok.

3) Masuk bilik air, nak tutup pintu tetiba dengar 'kecepek'. Jatuh pulak dari siling cicak ni, aku termelompat sikit tapi tu ok lagi, jangan jatuh atas kepala aku sudah.

4) Menyampah giler tengok ekor dia menggeletek lepas dah pisah dari badan. Eeee....nak hempuk je dengan batu.

5) Menyampah pulak dengan blog ni sebab ada gambar cicak. Ah sudah..meremang tengkuk aku.