Thursday, December 29, 2011

Monday, December 19, 2011

Kenapa ada tugasan?

Sebulan lepas aku ada buat entri pasal satu tugasan khusus untuk aku. Ni bukan saja-saja punya tugasan sebab aku kena suruh oleh doktor, pastu kena monitor pulak. 

Aku kena turunkan berat badan dalam masa 3 bulan sebanyak 3.6kg
Nampak sikit kan? Tapi payahnya aku je yang tahu.

Kenapa aku kena turunkan berat badan? Mungkin ada yang tanya.

Sebenarnya doktor diagnosis yang aku ada polisistik, yang membuatkan hormon aku jadi tak betul. Klik sini kalau nak tau lebih lanjut pasal polisistik. Disebabkan ni jugak, period aku tak regular. Kalau tak regular,susah nak mengandung sebab susah nak tentukan waktu subur untuk mengajak suami ke bilik tidur. Ok, tu bab lain.

Antara punca polisistik ni sebab badan terlebih hormon lelaki. Kalau rasa macam terlebih bulu kat kaki atau muka, atau terlebih berat badan macam aku, mungkin ada poli kot. Macam kes aku, terlebih berat badan sampai dah masuk obesiti tahap 1. Giler tak terkejut kau. Pinggang still ada cutting pun obes, apa cerita.

Jadi doktor saran aku jumpa dietician. Dari gine ke diet pulak, bedal jelah.
Mula-mula dorang interview aku punya cara makan. Pehh, giler tak sihat aku makan. Semua pun bergoreng, manis. Patutlah aku gemuk. Buat-buat baru perasan pulak kan.

Tanya aku exercise ke tak. Memang la exercise tapi jarang sebab malas. Doktor beramai-ramai (ramai tu sebab doktor student) consult aku untuk ubah apa yang aku makan dari sedap ke tak sedap (makanan menggemukkan tukar ke makanan sihat, tapi selalu yang sihat tu tak sedap). Aku kena ada buku untuk catit apa yang aku makan setiap hari ok. Macam buku log gitu.

Kau tulis la semua yang kau makan kalau jujur, tapi aku jujur :)

Cuma aku ni ada masalah kalau Ijam kat rumah sebab dia makan malam. Aku memang strict ikut jadual aku bila dia outstation sebab aku tau apa aku kena makan tapi kalau dia balik, boleh hancur diet seminggu aku dalam sehari. Ijam suka makan nasi malam-malam. Takkan aku telan air liur je, paling koman kena cuit jugak. Ini cabaran aku paling besar.

Nanti aku share aku punya buku log.

Tuesday, December 13, 2011

Masih berdua

Alhamdulillah, 12.12.2011 genap 2 tahun Nazam bersatu. Banyak jugak turun naik dalam 2 tahun ni tapi segalanya dapat diharungi bersama. Walaupun belum dikurniakan rezeki untuk dapat baby, Nazam tetap bahagia. Tapi bosan sikit la bila Ijam outstation.

Tahun lepas pergi Cameron untuk dating, tahun ni pergi backpacking je. Nak merasa adventure berdua, jalan-jalan tempat orang tanpa bawak beg troli bagai. Plan awal nak ke Langkawi tapi disebabkan perkara tertentu, plan tu tukar ke Terengganu. Beli tiket bas Sani Ekspress, sumbat barang dalam beg galas dan blah. Simple je. Trip ni memang bajet sebab kitorang tak buat bajet pun untuk cuti ni.

Sebelum tu aku dah mintak tolong member UM, Rosma aka Mokma survey hotel bajet kat situ. Dah nama pun bajet, hotel pun bajet gak lah. Bukannya nak beromen 24jam kat dalam bilik, hotel murah-murah sudah. Mokma pun sudi nak jemput kitorang bila dah sampai sana nanti.

5 pagi - dah sampai






Walaupun gelap tapi orang ramai kat stesen bas, takdelah takut sangat. Sejam setengah tunggu baru Mokma datang, terus bawak kitorang breakfast. Awal pagi Ijam dah makan nasi minyak, aku makan laksam & nasi dagang. Memang gila babas hari pertama kat Ganu. Mokma yang tak makan nasi pun ikut join. Habis makan, pergi rumah Mokma untuk rehat jap. Nak check-in awal sangat.


Mokma  & mak dia

Mak Mokma yang dipanggil Cek, comel je.

Posing kat dapur Mokma pun jadilah

Lauk sempoi tapi sedap

Choki - giler comel

Layan blues

Dah kenyang, berasap sambil tengok sungai

Perut dah isi, Mokma bawak pergi Pasar Payang. Lama giler tak pergi sini, semua ada jual kat pasar ni. Dari keropok lekor, kain, ikan, memang bawah satu bumbung la. Ada sorang member pesan kain sutera, perghhh giler buntang mata tengok kain-kain kat sini. Semuanya lawa-lawa, harga paling murah RM200. Aku tak tau la murah ke tak harga tu sebab aku mana reti pasal kain tapi memang cantik sangat.


Ijam siap bawak beg shopping


Cantik kan. Nasib baik aku tak giler kain
Tengah mintak kurang harga

Mokma pulak yang macam pelancong

Sukanya dapat selimut

Macam-macam ada
Keluar Pasar Payang, pergi ambik angin laut kat muara sebelah pasar tu je. Singgah jap beli satay ikan, besar-besar satay ikan kat sini kalau nak compare dengan KL. Walaupun aku tak berapa sihat untuk trip ni sebab batuk, belasah jugak segala benda kat sini. Satay ikan ke, keropok lekor ke semua aku taram lepas tu mula la kungkang kungkang.


Berlakon bakar satay, besar kan satay ikan


Belakang tu ICT (Ikan Celup Tepung)
Angin kuat, tengok jelah rambut aku

Keriangan bersama Mokma
 
 


 

Lepas tu Mokma bawak kitorang pergi Taman Tamadun Islam (TTI). Besar & cantik tempat ni, masjid pun cantik. Kat sini la ada monumen masjid-masjid seluruh dunia tapi kitorang tak pergi pun sebab Ijam segan dia pakai seluar pendek.

Bas bandar, aku jakun tengok bas ni. Terasa nak naik

Kitorang naik cruise keliling pulau tengok Masjid Kristal sambil dengar orang dalam cruise tu membebel. Tak best langsung pegawai tu, kesian pun ada kat dia sebab berusaha nak buat orang lain ketawa.
 





Posing bontot ye

Mokma suruh tunduk supaya nampak masjid





Ready masuk cruise


Cantik masjid ni

Hari kedua kitorang jalan sendiri sebab Mokma ada meeting untuk marking paper Kimia. Pagi tu breakfast dekat Matt cafe, tak jauh dari hotel. Malam sebelum tu kitorang dinner kat Warung Cili Padi, Ijam makan sup tulang, aku amik nasi air aka bubur. Pertama kali aku rasa nasi air yang giler babeng sedap, serius memang sedap. Aku memang suggest siapa-siapa yang pergi K.Terengganu cuba makan kat warung tu.

Kitorang tunggu bas bandar nak jalan-jalan Ganu tapi lambat sangat so kitorang amik kereta sapu je. Dia cas RM10 dari bandar ke Pantai Batu Buruk. Agak mahal jugak sebab bukan jauh mana pun, trafik jem memang takde la tapi sebab malas tunggu, naik je.

Angin kuat & sejuk, tenang fikiran duduk sini

Apa la yang dia tunjuk tuh


Ok, dah nampak apa Ijam tunjuk

Naik ATV pun nak kecoh satu kampung

Drift


Eh, kejar awek pulak
Nasib baik buat muka comel, iyer saya tak marah awak kejar awek tu



Nazam @ Ganu


Kitorang tak tau tempat mana sedap nak makan sotong celup tepung, jadi pergi makan kat gerai tepi pantai, seberang A&W. Biasa-biasa je sotong dia tapi mahal. Sekor sotong dengan 2 keping daging burger RM12. Macam tak berbaloi je, bukan besar sangat sotong tu. Dah makan, bayar jelah.



On the way nak balik hotel, Mokma call cakap dia dah habis meeting. Nak bawak jenjalan lagi, seronoknya! Mokma bawak pergi makan sotong celup tepung yang paling best. Gerai kat tepi laut, sotong besar, murah memang terbaik la.


Inilah gerainya
Mokma beriya order takut sotong dah habis
Memang sold out


Potong dengan rakus..haha

Ijam telan air liur

Gerai ni ada plak JJCM hokeyyy!

Memang nampak gerai bodoh je dari luar tapi kereta tak putus-putus

Lepas tu singgah kat Bukit Tok Beng. Mokma kata sini keropok lekor lagi sedap dari Losong. Ada satu kedai tu siap ada sistem nombor macam dalam bank sebab ramai sangat orang. Walaupun dah beli sikit kat Losong, keropok kat Bukit Tok Beng pun beli jugak. Ijam nak compare sebab dia hantu keropok lekor.


Dah makan sotong sedap, beli keropok lekor, Mokma hantar balik hotel. Hotel yang kitorang duduk tu nama dia Hotel Kenangan. Masa kitorang datang ada promosi RM140 untuk 2 malam. Oklah hotel ni, ada Astro walaupun 3 channel je, ada WiFi yang memang laju sampai Ijam download 2,3 movie. Siap tengok Maharaja Lawak Mega tanpa lagging. Ngahaha. Tapi takde breakfast, nak makan cari sendiri.



Nak balik pun naik bas Sani Ekspress. Masa datang kitorang duduk bawah, memang best giler sebab senyap je. Enjin tak bising, seat empuk, suspension pun best. Balik KL nak cuba duduk atas pulak tapi pening sikit sebab goyang.  Yang  syoknya bas balik ni, setiap seat ada monitor untuk tengok movie atau dengar muzik. Bayar RM40 pun rasa berbaloi.


Tak dapat naik, ambik gambar pun jadi lah
Inilah dia monitor kat seat dalam bas Sani. Movie selection banyak jugak tapi muzik tak berapa best, kena tambah lagi.






Tamat dah perjalanan Nazam ke Terengganu. Selamat ulangtahun yang kedua!