Thursday, January 13, 2011

Kompilasi 2010 - bahagian 3

Entri terakhir untuk kompilasi 2010. Nak mula dengan gambar makanan la hehe. Ini masa sambutan harijadi abang aku. Kitorang je yang ada sebab King & Queen pergi Jepun, Najwa pulak kat kolej.

Ice cream cake from BR - sponsored by Faizah.

Excited dapat kek sedap :) Lawak betul aksi abang aku ni

Konon-konon tiup lilin..fuh fuh

Malu pulak kena suap dengan isteri.

Jom kita suap-suap gak.

Cukuplah drama..apa lagi..SERBU!!

Errmmm..sedapnya..
Begitulah yang terjadi setiap kali birthday..makan je keje.

Bulan November jugak aku ada reunion dengan ex-housemates masa belajar dulu. Susah senang bersama, 2 tahun sebantal, sepinggan, sejamban..memang syahdu kalau ingat balik. Memang lama tak jumpa diorang, last jumpa pun masa aku kahwin itupun sekejap je. Dua hari yang penuh dengan gosip, aktiviti sengal dan seronok.

Berkampung kat rumah Dilla.

Muka ceria sebab tak sabar nak shopping.

Mid Valley - rumah kedua masa study. Giler la dulu boleh pergi sana pakai tracksuit ngan selipar jepun je sebab hari-hari melawat.


Wani, Nazreen, Tim - Menanti 2 orang tu shopping

Alamak...muka dah bosan dan haus

Kitorang pun lepak tunggu dorang

Akhirnya Dilla datang dengan 'jurulatih'nya. Rosma tak pulak beli walaupun belek berjam-jam.

Dah lapar, jom pergi makan. Ehh..tadi bukan baru makan donut ke?Lapar lagi?

Itu donut, ni nak makan lamb..Chilli's jom.


Lepas makan, pergi tempat yang penuh nostalgia.
Mana lagi kalau bukan Universiti Malaya. Tetiba rasa nak nyanyi lagu UM.

Ok..camwhore everybody..





Kolej Bestari ..rindu siot


Inilah fakulti kami...di hujung dunia.


Hari kedua...karok beb! Sila tengok gambar ye.

Sebelum tu kitorang hantar Tim kat Ampang sebab dia ada discussion.
Drop dia kat OldTown lepas tu baru rasa lapar maka kitorang pun makan kat situ tanpa dia sedar..hehe.



Duta OldTown

Perut dah kenyang baru boleh melalak. Jumpa Dilla kat Sogo.

Duet dengan Rosma, memang lari pitching aku..haha


Dilla nyanyi dengan tenang...nak tau kenapa?

Raid ada babysitter..hehe

Teng teng teng...hadiah harijadi dari Rosma & Dilla. Fresh dari oven rumah Dilla (^_^)
Terima kasih korang..sayang korang.


Disember - penutup 2010 bermula dengan pertunangan adik ipar aku, Erin pada 4.12.2010.


Sesi perbincangan

Eh..kalian pun ada.

Bakal mak mertua sarung cincin

Yeay dah ada cincin..jangan ngorat saya,nanti tunang saya pukul.

Mak , Erin & Pak Tam

Dah nak kahwin adik ipar aku ni.


1ST ANNIVERSARY OF OUR WEDDING!!

Lepas je kenduri kahwin officemate aku, kitorang terus shoot pergi Cameron Highlands.
Percutian yang tak dirancang, last minute dan surprise dari Ijam.


Dapat kek strawberry - complimentary from Equatorial. Sedappp!!


Aku suka Cameron Highlands - sejuk & buat muka aku tak berminyak. Boleh ambik gambar banyak-banyak..hehe

Ladang strawberry - teruja tengok merah2 masak ranum..

Strawberry coklat ala-ala CT Nurhaliza tapi sedap yo!
Happy 1st anniversary abang..sayang abang.


Penutup 2010 adalah dengan menyaksikan Piala AFF di Putrajaya yang memang berbaloi walaupun penat. Yelah, balik kerja Ijam dah tunggu siap dengan baju kuning nak tengok bola. Sanggup selongkar almari cari snow cap dengan muffler masa aku kawad merdeka dulu.

Game dah habis. Malaysia menang aggregat 4-2.

Semangat negara..memang bangga habis la.

Ok, kompilasi 2010 dah habis. Jom buka buku baru untuk 2011.

No comments: