Sunday, January 02, 2011

Kompilasi 2010

Sejak aku balik Sarawak kira-kira 6 bulan lepas, aku langsung tak update blog ni. Sekadar log in, jenguk-jenguk sawang yang dah banyak. Aku rasa ni semua sebab Facebook walaupun yang sebenarnya aku kemalasan. Dalam 6 bulan ni, banyak je benda yang berlaku, aktiviti yang aku buat. Nak cerita lanjut memang tak mungkin la, sebab tu aku buat kompilasi ni. Sekurang-kurangnya aku ingat balik apa yang dah jadi tahun lepas. Aku rasa gambar boleh menceritakan segalanya, jom mula dengan bulan Julai.

Sarawak

Bye-bye KL..kami nak terbang pergi balik kampung Ijam
Ye..kami flying happily..!!

Nazam terbang ke Sarawak

Yeay..dah sampai!

Cepat ambil gambar sebelum kena halau..
Eh..yang ni pun sempat jugak

Sampai je Kuching terus pergi pasar, beli ikan terubuk nak bawak balik Sri Aman

Inilah ikan terubuk masin tapi aku tak pandai makan sangat

Zul & Sal - saudara Ijam yang best. Sanggup ambil cuti bawak kitorang jalan-jalan

Restoran SCR - macam Chicken Rice Shop tapi lagi murah. Restoran ni lagi banyak dari KFC kat Kuching..

Macam tak sah je pergi Kuching tapi tak ambil gambar dengan kucing

Naik perahu tambang 50 sen

Teh 3 lapis, sedap sebab bawah tu rasa pandan..slurrpp

Mee kolok...untuk aku ok la tapi takde lah sampai Wow!
Ini dah kat Sri Aman, naik bas pergi sana lebih kurang 4 jam. Simpan barang lepas tu terus jalan-jalan.
Bersiar-siar tepi sungai. Sri Aman ni memang famous masa Pesta Benak tapi masa aku datang pesta dah habis.

Ini umbai , daripada obor-obor. Masin giler beb

Masa ni dah nak balik, 5 hari kat sana memang makan je kerja. Makan pulak yang pelik-pelik je. Bye Usu, Anjang Ajak & Yana, lain kali kitorang datang lagi ye. Kena pergi Kuching balik ni.

Sebelum balik KL, kena la beli buah tangan. Kalau bukan kek lapis, apa lagi..

Kek lapis Dayang Salhah ni kureng laa.. tak kena dengan tekak aku tapi beli jugak la sebab dah makan banyak dia punya tester..hehe

Akhirnya beli kat sini jugak sebab kek sini sedap, moist gitu..nyummy

Habis shopping dah, seminggu cuti pun dah habis..terima kasih korang

Selamat tinggal Sarawak.


Najihah tambah setahun

Birthday girl

Abah & Mama

Nadhrah & Najihah

Hairil & Faizah

Nabila
Haipp..makan Aja punya..


Beg je la jadi wakil tukang ambil gambar ni

Okey, sambung bulan September punya cerita.

Bibik Adedarwati pulang ke Indonesia.

Bibik yang sangat rajin, mulut suka mengomel & kadang-kadang aku tak paham dia cakap apa tapi dia memang best

Lepas 3 tahun berkhidmat, akhirnya pulang untuk bersama keluarga. Dia sanggup extend setahun semata-mata sebab aku kahwin.
Terima kasih banyak-banyak. Rindu pulak kat bibik.

Pemenang Biggest Loser
Masa bulan puasa, buat biggest loser. Konon pemangkin untuk kurus,walaupun turun ratus-ratus gram tapi kalah jugak..hehe. Abang aku yang menang, sungguh jeles.

Raya 2010

Raya pertama sebagai suami isteri...gembira sangat
Minta ampun, minta maaf bang..sob sob

Ardila kahwin

Sepupu aku yang gila-gila kepala otaknya tapi happening
Suka warna tema & pelamin...marvelous


Banyak pulak gambar nak upload, kena buat part 2 la gayanya.
Bersambung...

No comments: