Saturday, February 26, 2011

Sebab itu..

Lokasi, dalam kereta.

Aku dengan Ijam dah ready nak gerak entah pergi mana, naik kereta aku. Tetiba Ijam tanya, "Ada rasa perubahan tak masa bawak kereta ni pagi tadi?"

Dengan selamba aku jawab, "Ada, tayar kereta dah keras".

"Haah, abang bawak kereta ni semalam tayar kempis giler. Macam mana la ayang bawak kereta ni, nasib baik tak bocor. Hee dia ni", balas Ijam.

Sambil makan roti, aku balas selamba jugak "Sebab tu saya kahwin dengan awak".

Selamba sungguh jawapan aku.

Alasan : Perempuan bukan tak pandai berdikari tapi mengada-ngada je. Yelah, kalau semua buat sendiri, tak best la kan. Kengkadang kena tunjuk kebergantungan kepada suami, barulah dorang boleh nak rasa macho. Eceh.

Saturday, February 19, 2011

Aku rasa ini kelakar

Aku saja belek blog ni konon nak mengedit apa-apa yang patut dan baru aku perasan ada function 'Stats'. Punyalah selama ni aku buat donno je dengan benda tu, nak klik apatah lagi. Taktau lah kalau benda ni memang dah lama, aku je yang baru perasan.

Dengan penuh teruja, aku pun check apa yang buat orang tersadai kat blog ni, apa yang dorang cari & jumpa ke kat dalam blog ni. Tak sangka benda ni yang dicari. Haha...ketawa dulu sebelum bagitau.

Klik untuk besarkan gambar

Kenapa la 'engkau'..haha.

Monday, February 14, 2011

Terkenang-kenang

Tahun baru Cina mesti ada bunyi mercun walaupun dah diharamkan. Itu kan tradisi sambutan dorang, nak tak nak mesti ada punya la. Walaupun rasa macam bingit je telinga bila bunyi mercun tu tak habis-habis tapi kekadang seronok jugak.

Bila cakap pasal mercun, aku teringat la kisah antara mercun dan aku. Cewah, macam tajuk drama pulak. Benda ni jadi masa aku darjah tiga, masa Raya Cina dengan Raya Puasa kita panggil GongXi Raya tapi tak ingat tahun bila, malas nak kira. Semangat raya masa tu memang best la. Excited semacam je, orang raya kita nak raya. Orang main mercun, kita pun sibuk main mercun. Orang puasa taknak pulak join puasa.

Mercun ni selalu jadi bahan eksperimen masa perayaan macam ni lagi-lagi mercun buluh. Dan kalau perasan, budak-budak melayu ni agak kreatif bila bereksperimentasi. Yelah, bila orang ada motor , dia pun nak motor tapi sebab kecik lagi kenalah berlakon je konon-konon ada motor. Ambik polisterine yang orang buat papan kenyataan tu, potong kecik-kecik pastu ikat kat tayar. Lepas tu kayuh laju-laju, jadi la basikal berbunyi motor..haha.

Berbalik pada eksperimen mercun, aku ni dulu kasar sebab geng dengan abang aku. Apa dia dengan kawan dia main, aku mesti nak menyibuk. Kali ni dorang main mercun tapi dorang tak terus bakar. Belerang tu dorang keluarkan dulu, kumpul banyak-banyak pastu baru bakar. Kononnya macam best la tapi memang best pun. Dah habis mercun dorang bakar, dorang blah tak tau pergi mana. Tinggal aku dengan kawan abang aku, Hamid (nama sebenar).

Aku tengok dia terkial-kial bakar sumbu mercun dia, naik nyampah pulak aku tengok maka aku pun mengoffer diri untuk tolong bakarkan. Tunjuk heroin la katakan. Kembang kempis hidung aku masa nak bakar tu sekali...pufff...asap menggunung dan aku pun 'huwaaaa'. Hamid kelam kabut, bawak aku masuk rumah terus pergi dapur. Macam-macam dia taruk kat tangan aku, kicap la, ubat gigi la, basuh dengan air la. Dah macam main masak-masak dengan tangan aku pulak. Abang aku pun ada tolong, tolong nyibuk.

Tah macam mana aku boleh reda, aku pun tak ingat tapi yang paling best part nak bagitau mak aku. Aku sengih-sengih sorok tangan kat belakang sambut dia balik, dia dah buat muka pelik. Hehe...tanpa sepatah ayat, aku pun taraaa...Ya Allah..mengucap mak aku tengok. Terus bawak aku pergi klinik.

Raya berbalut tangan, kena bahan bila balik kampung memang best la (banyak la best). MC seminggu beb, pergi sekolah pun tak boleh nak buat apa sebab bukan kidal. Gigih aku belajar tulis guna tangan kiri, kesian kat cikgu nak baca tulisan cantik aku. Kalau buat ulang tayang dengan abang aku, mesti kitorang gelak giler..tah hapa perangai la. Apa pun aku bersyukur tangan aku cukup 5 jari lagi, lepas la nak buat aksi sarung cincin masa kahwin.