Wednesday, March 30, 2011

Sedap la nasi kenduri.

Ahad lepas aku pergi kenduri kahwin kat Seremban. Punyalah panas hari tu, dengan aircond kereta tak berapa nak sejuk memang cepat perut aku mendidih.

Sampai kat kenduri terus aim tempat makan, salam tuan rumah pun ala kadar je. Teruk betul tetamu ni. Destinasi dah tiba tapi aku kaku. Nak angkat pinggan ke tak ni? Nak ke tak? Kenapa...kenapa...


TAKDE LAUK?

'Dik,lauk habis ke?' aku tanya kat budak catering tu. Jam baru pukul 2.10 petang. Dia jenguk dalam bekas lauk 'Ni je lauk yang tinggal' balas budak tu. Alamak, tinggal sayur je tapi kalau dah lapar memang tak kena tempat la aku nak memilih. Belasah!

Amik port tepi meja pengantin. Bapak aku kesian kot tengok pinggan aku takde lauk, selamba dia amik lauk pengantin. Nama pun pengantin, mana makan banyak. Diorang pun dah blah jumpa tetamu. Yang lagi best,budak catering yang tengah kemas meja pengantin pun tolong hantarkan lauk lain kat meja aku.

Kakak ipar aku yang dah siap mengumpat sambil makan rojak boleh bangun balik amik nasi sebab dah ada lauk. Dia lapar gak tuh, mana tahan makan rojak je.

Dah habis makan, sambil tangan seluk beg nak amik sampul duit untuk salam kokot, aku cakap kat Ijam...

'BANG,NANTI ABG BAYAR YE'.

Dia terpinga lepas tu bantai gelak. Bengek, ni kenduri la Nazreen. Apakehal nak bayar pulak.
Nampak sangat selalu makan kat kedai. 

 
Dah gelakkan aku,jeling-jeling pulak

Tuesday, March 29, 2011

Tanned sendiri

Dah lama tak mandi. Erk..dah lama tak mandi kolam.

Aku dengan Ijam pun buat plan nak pergi taman tema air. Memula nak pergi Sunway Lagoon tapi memikirkan hari Sabtu ramai orang,jauh pulak tu kitorang pun decide pergi Desa Waterpark je. Tak sampai 20 minit pun dari Cheras.

Tepat pukul 10 pagi kitorang dah terpacak depan taman tu. Excited punya pasal, gosok gigi je dari rumah. Aih kata nak mandi kolam, buat apa bazir air kat rumah.Hehe.

Datang awal tak ramai orang lagi
Macam lengang je kan


Muka hepi dapat main air
Bolatnya muka..haih


Dari pagi berendam, tak peduli matahari atas kepala. Kat sini yang best Shock Wave dengan Super Tube. Enjoy giler.

Kononnya tanning bak kata Ijam tapi sekali macam udang kena bakar. Dia yelah macam udang, dari putih jadi merah. Aku ni tak tau nak letak kategori apa. Pedih siot muka terbakar, pandai sangat tak pakai sunblock. It's not tan, it's burn.

Monday, March 28, 2011

Buat Pasport

Nazam nak pergi bercuti jadi kena buat pasport.


Disarankan pergi kat Jabaran Imigresen Putrajaya sebab dorang boleh siapkan dalam masa sejam. Tapi aku punya pasport siap dalam 15 minit je. Memang gempak la.

Pasport Ijam siap lambat sikit. Mungkin ada prosedur lain sampaikan dia kena bagi surat beranak sebab lahir kat Sarawak. Aku pun tak faham apa relevan mintak surat beranak bagai, Sarawak tu bukan dalam Malaysia ke?

Malas nak banyak cengkadak, ikut je lah prosedur. Kang tak bercuti pulak.
Sesiapa yang rasa tak boleh nak pergi luar negara atas sebab tertentu (tak bayar PTPTN ler), boleh semak kat Imigresen jugak ye.

Saturday, March 26, 2011

Bulan Mac yang best

Lagi seminggu je Mac nak habis. Alhamdulillah setakat ni tercapai misi bulan Mac aku.Sejak keluar preview cerita Hikayat Merong Mahawangsa, aku memang dah set dalam otak nak tengok cerita ni. Dah ala-ala menghitung hari.


Tayangan hari pertama je aku terus tengok. Booking tiket online lagi, poyo sangat aku rasa tapi tak peduli. Nak tengok sangat kan. Dan yang paling penting, filem ni tak mengecewakan walaupun ada sikit cacat cela. Aku bangga dengan hasil anak melayu, salute KRU.

Akhir minggu, datang pulak Matta Fair. Boleh sawan kalau tengok dia punya promosi. Memang murah dan pandai-pandai la kau pilih.Datang Jumaat, tak decide lagi. Sabtu pergi majlis kahwin kat Johor tapi kepala terbayang Matta Fair. Ah sudah, boleh mengigau ni.


Penat tolak tepi, balik dari Johor terus shoot ke PWTC mencari pakej idaman. Melayang duit aku.
Minggu ni dapat sekeping kertas, cukup untuk tamatkan Mac dengan kesyukuran.

Sunday, March 20, 2011

Bila rasa..

... sakit tumit lepas berdiri

... menggigil setelah berjalan seketika

... berlaga (dan bergeser) kedua-dua paha semasa berjalan

Maknanya
DAH GEMUK!!



Jangan banyak cengkadak, pergi jogging.

Wednesday, March 16, 2011

Macam tak bijak je.


Huh.Menyirap dengan orang macam ni.
Keluar topik ok. Pasal cuti kat Malaysia mahal, compare cuti luar negara. Tapi yang kau dah pergi menyimpang sampai ke laut tu kenapa? Nak kata tak paham bahasa, sama bangsa. Nak kata tak reti membaca, aku rasa ada sijil SPM.

Perangai orang memang memacam tapi jenis macam ni memang tak boleh blah. Tau nak kondem orang jer.Macam dia bagus sangat. Antara komen yang tak berapa semenggah tu, "Buat apa pergi Bali,Phuket..serupa Malaysia jugak.Pegi sana pun muka ala ko juga.Cuba ko lepak negara orang putih, mahal ke tak?...bla bla bla".Banyak lagi komen tapi kalau nak dirumuskan, maksud dia kalau takde duit tak payah bercuti. Siap tanya samada faham ke tak maksud 'holiday'.

Err..
Kejap aku tengok Wikipedia. Ok jumpa.
Sebab kau tanya maksud 'holiday', bukan maksud 'cuti', aku bagi jawapan dalam English jugak la.Copy paste la senang.
A holiday is a day designated as having special significance for which individuals, a government, or a religious group have deemed that observation is warranted. It is generally an official (more common) or unofficial observance of religious, national, or cultural significance, often accompanied by celebrations or festivities.

Aku tak nampak pun dalam definasi ni ada sebut pasal tengok orang. Dan aku bukan bercuti semata-mata nak tengok orang kulit sawo matang macam aku. Nak cuti sebab nak tengok tempat baru, suasana baru. Kalau cuti dalam Malaysia mahal mengalahkan cuti luar negara, baik pergi luar negara.Ini pandangan aku.

Aku bukan tak boleh terima komen tapi kenalah ada fakta atau paling busuk pun komen yang relevan yang boleh diterima akal dan buat orang berfikir balik.

Ini tidak. Cakap ikut suka, tunjukkan ketidakbijaksanaan kat semua orang. Ada hati pulak tu nak mengajar orang. Jangan jadi ketam boleh?

Monday, March 14, 2011

Owh blog

Blog ni asalnya blog peribadi,tulis pun pasal aku je. Bila selak balik arkib lama, tergelak sorang-sorang tengok entri yang kekadang macam mengarut.

Lepas kahwin, aku pun overhaul blog ni dengan wajah baru, nama baru. Tapi macam tak best pulak blog carca marba ni. Nak overhaul balik tapi perlu ke? Ijam pun bukan rajin update blog.

Tukar nama?
Tukar URL?
Tambah blog?

Mengeluh.

Edit : Lepas timbangtara dibuat, blog ni akan maintain.