Friday, April 08, 2011

Bila besan bertemu

Dah lama aku niat nak buat makan-makan melibatkan keluarga aku & Ijam. Walaupun masing-masing kat Kepong-Kajang je tapi kalau dah semua sibuk kalah menteri, macam mana nak satukan semua. Setahun jugak la menunggu masa yang sesuai sampailah semua kata ok untuk 2 April 2011.

Ruang tamu
 

Nak makan seafood, so decided untuk pergi Bagan Lalang. Booking chalet, tempah meja kat restoran. Semua nampak perfect, semua excited nak lupakan diet. Aku pun. Tapi dapat makan lambat.


Happy nak makan seafood
Muka dah bosan tunggu meja

Kitorang tempah meja kat restoran Senandung Malam. Punyalah ramai orang sampaikan meja kitorang yang dah ditempah pukul 8.30 malam pun takde. Orang yang duduk awal kat meja kitorang taknak bangun, dah la makan slow macam makan beradap. Ingatkan dah habis makan, sekali ada sesi potong kek pulak. Adoi..sejuklah lauk aku macam ni. Sabar punya sabar, nak dekat 9.30 baru dapat makan. Lauk memang dah sejuk, taknak banyak cengkadak lagipun semua lapar, apa lagi...serbu!! Nasib baik sedap.



Piranha
 

 Tak banyak gambar makanan, semua melantak. Aku bagitau kitorang makan apa ye. Ikan pari bakar, ikan bawal sweet sour, ikan siakap masak pedas, udang (tak ingat masak apa), ketam , sotong goreng, kepah, lala, pepahat. Semua ni untuk 14 orang makan. Licin.............


Lepas makan, perut dah buncit, pergi jalan-jalan kat pantai ambil angin (padahal nak bagi makanan turun, mana tau boleh sumbat lagi lepas tu). Pasir kat pantai sangatlah halus, macam jalas atas pasir yang halus. Aku tak reti nak describe, pergi la sendiri pijak pasir kat situ.






Balik chalet, ada dessert yang perlu dikopek. D U R I A N. Jangan tanya aku apa jadi kombinasi seafood dengan durian. Selamba sumbat. Mmmmm...sedap.

Abah tunjuk skill
Abah Ijam pun bukak skill

Agenda malam : MAKAN SAJA

No comments: