Tuesday, May 24, 2011

Aku di awangan

Dah lama jiwang tak keluar dari dalam diri seorang bernama Nazreen tapi satu drama ni memang siotlah. Tak pasal-pasal aku dah berangan macam alam remaja dulu.

Aku rasa ramai yang follow cerita ni kat TV3. Member kat ofis pun sama, siap bagi sinopsis pasal cerita ni sebab dia dah baca novel tu. Cerita ni memang adaptasi novel, cuma aku tak pernah baca.

Tapi aku memang sakit hatilah sebab drama ni buat aku terkenang masa novel cintan cintun ni glemer di zaman muda remaja. Sanggup kumpul duit belanja, berlapar nak beli novel. Kalau member dah beli sanggup tunggu dia habis baca sebab nak pinjam (tapi lepas tu tak pulang2).  Tak pulang satu hal, siap buat macam harta sendiri bagi pinjam kat orang lain pulak tuh. Selamba badak je.

Kalau perasan, dulu banyak novel pasal bercinta lepas kahwin. Banyaklah sampai aku pun pasang niat nak bercinta lepas kahwin. Tak pengaruh novel ke tuh. Sebab tu tak heran dulu kalau takde boifren, fokus belajar je. Percaya? :)

Sekarang budak-budak mana nak kesah jiwang-jiwang ni. 'Kahwin' sambil bercinta banyaklah.

Rasa macam nak marah je siapa yang buat drama Nora Elena ni. Aku melekat kat depan tv pasal drama nilah. Dah buai-buai perasaan aku lepas tu suruh aku tunggu esok pulak. Kang tak pasal2 aku pergi cari novel ni kang.

gbr cedok dari google




Selalunya tengok si Aaron ni jadi gangster je, bila berlakon drama ni watak dia sangatlah sweet. Boleh jatuh cinta weh. Siti Saleha pun best.

Ok, cukuplah jiwang hari ni. Sambung esok.