Wednesday, October 26, 2011

Berapa umur?

Tahun ni tahun terakhir aku nak merasa jadi 20-an. Bila memikirkan angka 3 kat depan tu, rasa macam tua je. Tapi aku tak rasa pulak aku dah tua. Aku tak pasti sama ada faktor rupa, fizikal yang tak berapa nak tinggi atau perangai yang tak pernah macam orang dewasa yang buat aku rasa macam tu.

Atau pun aku dalam keadaan denial?

Kebiasaanya kalau orang jumpa aku pertama kali, dorang mesti salah teka umur aku. Salah bukan sikit-sikit, bertahun mudanya. Lagi pulak bila dengan adik aku, selalunya masa raya atau kenduri. Sedara-mara akan ingat dia kakak dan tanya 'Ni ke yang kawen dulu?'. Aku yang kat sebelah dah sengih kambing tengok muncung dia 4 inci tu. Bengang lah tu orang kata dia tua padahal baru 23 tahun.

Ofis pun sama. Dah nak masuk 3 tahun aku kerja situ, masih ada yang ingat aku ni adik-adik siap bahasakan diri kakak walaupun lagi muda. Yang pikir aku tak kawen lagi pun ada. Nora adalah ofismate yang selalu sentap kalau bab umur ni sebab orang akan panggil aku nama je tapi dengan dia panggil Kak Nora. Mana tak sentap, dia muda 2 tahun dari aku. Ahakz..

Tapi aku memang rasa janggal nak bahasakan diri auntie (makcik nampak tua sangat) kalau dengan budak-budak. Kawan-kawan yang sebaya ramai je dah ada anak, memang dah taraf makcik la kan. Entah kenapa aku rasa macam tak bersedia nak jadi makcik. Bermasalah ke aku ni?

Pernah sekali tu, budak-budak main kat depan rumah. Aku yang nak masuk rumah ni senyum lah dengan harapan dorang berganjak, senang aku nak bukak pintu. Alih-alih ada suara berbunyi seperti ini 'Woi tepilah, acik tu nak bukak pintu'.

HUH! Sentap. Serius aku sentap.

Ada pulak suara lain yang berbunyi... 'Bukan acik la, kakak la'.

:)  Owh.Nasib baik ada yang counter balik kawan dia, kalau tak memang aku hempas pintu kuat-kuat walaupun dorang tak paham. Ngahahahaha.

Aku cuba jadi realistik & terima kenyataan. Tak lama lagi dah nak jadi makcik betul bila akak ipar aku bersalin. Nak tak nak memang pangkat tu je ada. Mungkin kena ada baby sendiri. Kalau dah ada baby sendiri baru tak rasa lagi macam tu kot. Ye ke? Ye kot.





Huarghhhh...~

Abang, jom masuk tido.

Thursday, October 20, 2011

Dating lepas bersara.

Jumaat lepas besday abah, macam biasa la pergi makan-makan. Tapi tu pun tunda ke hari Sabtu sebab masing-masing ada hal. Sebelum nak pergi makan, mama ada cakap yang abah tertunggu-tunggu sampai mama naik bosan asik kena remind. Dah macam budak-budak pun ada, nasib baik pagi Jumaat tu aku sms wish besday, kalau tak mesti merajuk.

Kitorang adik-beradik tak dididik bagi hadiah masa besday tapi tak tau kenapa aku rasa macam nak bagi jugak something. Pikir punya pikir, datanglah idea masa tengok Melodi pasal teater The Secret Life of Nora. Macam best je kalau belanja, lagipun mama abah mana pernah tengok teater.

Tiket boleh beli online, bagus sangat ni.

Aku call abah, bagitau nak belanja tengok teater. Dia tanya dapat tiket free ke? Aku jawab aku nak belanja. Sekali mama menyampuk, kalau sponsor tak payahlah.

Erm. Kecik hati. Nak belanja pun taknak. Fine.

















Tak kira, nak beli jugak!
Haha...degil punya anak. Memang.

Balik Menjalara, konon nak bagi surprise. Lagipun aku kena pinjam printer abah print tiket ni. Poyo nak belanja tapi ko pakai printer dia..hik.

Masa tengah makan, tetiba abah bukak mulut pasal teater tu. Eh, aku tak bagi lagi tiket tu. Takkan dah kantoi. Dia cerita pasal video klip teater tu kat tv, siap menari-nari.

Kan...dah teringat-ingat lah tu. Nasib baik beli tiket, kalo tak mesti ada siaran ulangan pasal teater tiap kali aku balik. Malas aku nak simpan lama tiket tu, aku terus bagi je. Muka ala2 terkejut tapi dalam hati sukalah tu. Siap tanya apsal tak beli tiket harga 200. Erk..


Biarlah dorang pergi dating berdua. Memasing dah bersara, gi tengok teater ye. Kalau enjoy, aku pun suka. Kalau tak enjoy, maleh dah aku nak belanja. Adik aku yang bongsu tu biar aku jaga. Dia dah plan nak pau pizza. Hampeh.

Tuesday, October 18, 2011

Bubble,kick,breath

Ini cerita bulan Mei dimana 4 minggu berturut-turut aku tak keje hari minggu. Selama aku keje, mana pernah aku dapat sebulan penuh cuti hujung minggu. Heaven!

Pic from Google

Bila banyak cuti maka kenalah banyak aktiviti jugak. Aku pun sign up kelas berenang, tiap minggu aku turun Putrajaya sebab excited sangat nak berenang. Rupanya ramai je yang masuk kelas berenang walaupun dah makcik2, takdelah aku segan sangat. Yuran berpatutan, trainer pun ok cuma jauh sikit la nak ke Putrajaya tu. Nasiblah Ijam & adik jadi peneman.

Dah agak2 terer sikit berenang, aku ajak Ijam pegi kolam renang awam. Konon nak praktis. Dari kolam renang Putrajaya,  pergi masuk kolam kat Cheras. Owh sangat cuak ye sebab kedalaman paling rendah 1.5 meter. Aku ni dah la 155cm je, 0.05 cm tu untuk nampak rambut je. Terjengket2 aku supaya tak masuk air dalam mulut.

Ramai orang kat kolam ni, terer2 pulak tu. Aku yang tak habis kelas lagi ni nganga je lah tengok dorang. Macam-macam skil boleh tengok kat sini, dah macam pertandingan pun ada.

Tak puas hati sebab boleh jengket2 je, aku ajak Ijam pergi kolam renang Selayang sebab seingat aku kolam ni tak dalam sangat. Sesuai untuk orang yang baru belajar macam aku. :)
Kolam kat Selayang bukak sampai malam so kalau balik kerja lambat masih sempat nak berenang. Kat sini cetek sikit, sesuai nak praktis.
Memang best la berenang, lagi best kalau dapat pergi dari hujung ke hujung. Bila ingat balik masa memula nak cuba berenang sampai hujung, memang tak boleh blah. Menggelabah siot bila kaki tak jejak dasar, aku asik terminum air kolam je. Kalau ada malaun yang kencing dalam tu, memang percuma je aku sedut.

Lepas bulan puasa, terus tak berenang. Rindu pulak kat kolam biru tapi mood pulak tak sampai. Kena pergi jugak berenang kalau tak rugi beli baju renang ratus ringgit.

Sunday, October 16, 2011

Redeem my rewards

Selalunya orang bekerja ni akan reward diri sendiri time dapat gaji. Yelah, dah penat bekerja sebulan kenalah hadiahkan tuan punya badan dulu. Tak kisah dalam bentuk apa pun, beli baju baru ke, tukar style rambut ke atau bercuti, janji reward. Paling koman pun makan sedap2.

Macam tempat aku kerja, kalau staff meet KPI atau attendance memuaskan pun kitorang akan dapat reward tapi dalam bentuk bonus point. Point ni boleh kumpul untuk redeem barang. Selalunya aku redeem voucher shopping Jusco atau Tesco. Jimat duit nak beli barang rumah. Syok beli pakai voucher, main sumbat je dalam troli sebab tak terasa pakai duit sendiri.

Tapi bila dah takde lagi voucher, aku simpan je point tu sampailah tiba hari yang ditunggu.

Hari CIMB Smart Rewards Fiesta. Bukan setakat credit card holder je boleh redeem, staff pun boleh. Gempak tak?

Giler excited tunggu 14hb sebab nak redah Mid Valley. Nak redeem hasil titik peluh setahun. Seminggu sebelum dah buat list barang, survey harga. Giler punya gelabah..haha.

Dua hari pergi sana, memula dengan Ijam. Lepas tu dengan ofismate, Nora. Meh aku tunjuk apa aku redeem ye.
.

.

.

.

.


1. Smart Tag


Aku redeem 2 benda ni. Senang sorang satu, takde nak berebut dengan Ijam. Reload pandai-pandai isi sendirilah.

Smart Tag je? Apalah sangat kalau setakat Smart Tag ni, korang pun boleh beli kan. Ada lagi..

.

.

.

.

.

2. Vacuum
 



Aku sangatlah mengidamkan vakum ni sebab dah tak larat nak menyapu. Walaupun duduk tingkat 13 tapi habuknya memang kalah duduk kat tempat construction. Dapat je vakum hari tu, balik rumah terus test.

Pehhh....memang kagumlah. Kagum sebab habuk giler banyak. Tu baru carpet, belum bawah kerusi, celah2 rak. Kalau orang ada asma duduk rumah aku, mesti tak sempat panas bontot dah cabut.

Dan barang yang paling mahal, paling aku suka & memang tak disangka-sangka sebab langsung takde dalam list...

d

r

u

m



r

o

l

l


Taraa......!!!!



Aku dah lama tak heran pasal gajet2 ni, alih2 redeem pulak Samsung Galaxy Tab 10.1 Ramai yang pelik, aku pun rasa pelik tapi aku juga rasa berbaloi-baloi. Best giler menatang nih, aku teruja sampai nak putus urat. Dan haruslah teruja sebab tak keluar duit...hahaha.

Tapi serius memang best, aku still dalam proses menggodek bendalah ni. Marilah kita kumpulkan teman serumah baru Nazam.

Selamat datang kamu bertiga...jgn nakal hehe
Kerja lebih, habuan pun lebih. Siapa tak setuju, lantak korang.
Esok harus lebih tekun. Untuk tahun depan.

Sunday, October 02, 2011

Kenangan di Phuket

Sebelum kahwin, aku pernah berangan nak honeymoon kat Phuket tapi masa tu tak cukup duit, so pergi Penang jelah. Dah setahun kahwin barulah ada peluang nak pergi. Hati teruja gile masa pergi Matta Fair. Kitorang ambik pakej ground sorang Rm382 untuk 4h3m, memang rasa macam berbaloi.Cuma tiket flight je mahal sikit sebab beli masa takde promo.

4 Julai 2011 -  Hari pertama, flight pukul 7.25 pagi, sampai sana pukul 7.50 pagi. Rupanya Thailand lambat sejam dari Malaysia. Tourguide bawak jenjalan sebab awal sangat kitorang sampai. Nak check-in pun lambat lagi. Jom ronda Phuket.

Walaupun panas tapi kena maintain senyum

Apa tah nama tempat ni tapi view dari atas cantik
Nak amik gambar gambar dengan burung kena bayar ye.

Lama gila nak menunggu untuk check in. Kitorang stay kat Sea,Sun,Sand Resort, tak jauh dari Patong Beach. Bila dapat masuk bilik je, masing-masing bantai tido. Dah petang sikit baru kitorang jalan2 kat Patong Beach. Memang ramai kat pantai tu, semua jenis orang ada, game pun banyak tapi sebab penat kitorang amik angin je.
Pantai cantik. Awek seksi ramai. Pakwe badan ketak2 pun ramai. Kami cuci mata.

Night life kat Patong Beach memang giler. Pole dance open beb, mana nak cari?

5 Julai 2011 - Awal pagi kitorang kena bangun, nak pergi Phi Phi Island. Naik kapal sambil hirup angin laut memang tak boleh cakap la dia punya feeling. Nak-nak duduk dek atas sekali. Adalah dalam sejam perjalanan ke pulau tu. Sampai kat Phi Phi Island, kitorang snorkeling tapi takde gambar sebab takde orang nak amikkan. Dua-dua kecoh nak masuk air.


Jam Ijam ikut waktu Thai, jam aku ikut waktu Malaysia.
Layanlah aksi-aksi terlampau kami.


Ada cerita kelakar masa kitorang snorkeling. Ijam tengah syok2 layan snorkeling, sekali naik atas air cari aku dengan muka kelat. Dia ngadu ada laki Arab kentut dalam air sebab dia nampak buih-buih keluar dari bontot laki tu. Bila dia bangun, laki Arab tu dengan muka selamba cakap 'Hello'. Amik ko, free je dapat kentut Pak Arab.

Perasan tak 2 gambar bawak kiri & tengah - Ijam mandi ditemani awek seksi yang veteran..hehe


6 Julai 2011 - Trip ke James Bond Island, plan tetiba sebab takde dalam pakej. Aku nak bungee jumping, Ijam taknak. Aku ajak pegi Phanta Sea, pun dia taknak. Last2 pegi pulau jugak, kemaruk pulau kot Ijam ni. Nasib dapat pakej murah walaupun last minute.
Kena masuk dalam gua okey. Tak boleh nganga sebab takut kelawar berak..ngap.
Pemandangan yang tenang, cantik.
Memang aku teruja dengan tempat ni. Eh dia pun nak berkanu.
Trip ni memang happening sebab dia punya organizer yang kepala gila dengan tourist yang sama gila. Yang ngam masa trip tu geng dari Singapore, Australia & Russia. Lupa nak bagitau, awek Russia ni suka posing ala model bikini atas kapal. Ijam memang cuti mata, takperlah aku kasi can.
Gambar kiri no 2, tulah awek Russia seksi in bikini.
Unforgettable trip
The best crew
James Bond Island
Aku suka tempat ni!


7 Julai 2011 - Hari terkahir di Phuket. Isi perut penuh2, lepas tu jalan-jalan pergi pantai untuk buat last shopping. Tak beli banyak pun sebab memang tak plan nak shopping. Lagipun harga & barang lebih kurang kat Malaysia.


Kitorang sewa motor untuk habiskan masa sebelum driver datang amik bawak gi airport. Sampai tah kemana-mana kitorang redah tapi best je dapat angin laut walaupun panas.

Merempit di Phuket
Satu-satunya masjid yang aku nampak
Atas kanan - Tak ingat nama tapi bawak je mana kitorang nak pegi. Bawah kiri - May, tour guide yang pondan. Mulut becok.


Sekian Nazam menulis.