Monday, November 28, 2011

Dah hujung tahun dah

Mula-mula aku nak luahkan rasa kecewa bila Malaysia kalah dengan Bahrain semalam. Memang kecewa sangat sebab kita dah leading 2-0, pulak tu lawan dengan 10 orang je.

Tak berbaloi Nazmi sumbat gol cantik.
Bilalah pemain Malaysia ni nak berubah. Cepat sangat puas hati, leka. Game tu 90 minit, mainlah mati-mati 90 minit tu. Ni tak,minit 70 ke atas dah rilek-rilek. Kan dah kena bantai dengan Bahrain. Pengajaran tuh. Lain kali jangan buat macam tu lagi ye, tak kira la team Harimau Malaya ke Harimau Muda ke atau Harimau Comel (team budak sekolah abang aku, comel je nama).

Cukup pasal bola.

Hari ni dah 28hb, lagi 2 hari tutup buku November, masuk Disember pulak. Awal bulan ni rasanya akan sibuk sebab adik ipar nak kahwin Sabtu ni. Sukanya majlis kahwin-kahwin, rasa macam nak bersanding lagi. Aku pun dah lama tak balik Kajang, asyik kerja je. Ijam pun dah dekat 2 minggu tak jumpa dia. Tak sabar nak tunggu dia balik dari Pahang esok. Rindu weh. Gila tak rindu?

Sepupu aku pun bakal kahwin Sabtu ni. Clash la pulak tapi nak buat macam mana, keluarga dekat harus didahulukan. Kat ofis pun ramai yang cuti kahwin. Memang musim sekarang ni - musim kahwin, musim banjir, musim sakit, musim mengawan.

Akhir tahun jugaklah masa untuk appraisal, penilaian kerja sepanjang tahun ni. Kalau perform baguslah. Kalau tak perform? Effect bonus hokay.

Err, confirm ada bonus ke tahun depan? (zip mulut)

Disember jugak penutup chapter ke-2 NAZAM. Buat entri lain la pasal ni.

Cantik tak header baru? Adik aku yang buat pakai polymer clay. Orang kreatif ni memang ada je kan benda dia nak buat. Dia la satu-satunya yang lebih ke arah seni. Kekadang jeles sebab dia ada bakat, aku ni manalah  ada bakat. Kalau tidur sambil vibrate tu kira bakat ke? Ngeh.

2011 takde buat azam yang poyo-poyo. Nak buat ke 2012 ni?

Monday, November 21, 2011

MC akhirnya

Dari awal tahun aku berazam taknak MC. Nak cipta rekod konon sebab berangan nak dapat sijil. Sebelum ni walaupun takde suara,aku datang jugak untuk buat kerja back-end. Kalau rasa macam nak demam, cepat je aku telan panadol. Gigih giler.

Tapi hari ni aku terpaksa akur. Kalau dah sakit tu buatlah cara sakit ye. Selsema aku makin teruk tapi semangat jugak pergi ofis. Dengan mata merah, hidung banjir aku buat kerja macam biasa. Nora ingat aku sakit mata sebab memang merah. Dia dah elak-elak tengok aku takut jangkit la tuh.

Kawan ofis tanya, 'Demam ke?' Aku punya jawapan 'Taklah, selsema je', ayat buat-buat sihat.Sekali Nora mencelah, 'Dia demam tu tapi tak ngaku'. Aku sengih je la. Bila dah tak larat, pergi klinik, amik ubat & MC pastu balik Menjalara, ada mama ngan abah. Boleh makan sedap. Balik Cheras duk sorang, tak best.

Ahad lepas pergi kenduri kahwin kawan ofis, Azura kat PJ. Lama tunggu pengantin, last-last aku yang bergambar terlebih. Layan gambar lah, malas nak taip.

Tolong jaga Anis sebab mak dia nak makan

Suka pelamin Zura...cantik

Ibrizah cuba sorok pipi tembam. Azila kontrol cun

Nora praktis pegang baby sambil amik berkat

Pengantin tinggi lampai dah sampai

Serius tinggi Zura ni, nasib baik laki dia pun tinggi

Aku rasa aku cun masa ni...HA HA HA

Time ni dah tak cun, gemuk sangat ni
* ada gambar aku cilok dari FB Nora *

Sekian dari Nazreen yang sakit &  Selamat Pengantin Baru Azura & Azam

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, November 09, 2011

Geli, Geli ,Geli

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Tahun ni aku beraya macam anak dara sebab Ijam pergi Penang, kerja. Mama pun sama sebab abah kena join surau & masjid untuk korban. Trip balik kampung kali ni semua perempuan dalam satu kereta. Raya takdelah meriah sangat. Dari pagi ke malam berulang makan je, penat mengunyah.

Tapi sekarang aku takde selera nak makan.

Pasal si kenit yang buat aku loya. Uwekkk~

Aku baru balik kerja, tengok pinggan bersepah. Ijam punya kerja la ni. Aku dengan tangkas angkat semua letak kat sinki nak basuh. Sekali nampak ada tumbler atas rak, ada air milo tinggal suku dalam tu. Aku jenguk sikit, dah kerumun semut.

Aku pun tuang la air milo dalam sinki. Sekali..







... malas nak taip. Tengok gambar je la.

Lepas tumbler kena campak
 Aku memang menjerit terkejut. Naik bulu roma aku, buduh punya binatang. Nasib baik la tumbler tu plastik, kalau kaca memang dah berderai. Aku mintak ganti rugi baru tau.

Tu yang kat tengah lubang tu, macam berlakon mati je

Berani-berani takut angkat tumbler tu sebab nak ambik gambar. Poyo jugak aku ni.

Mati lemas dalam air milo.
Ok. Lantak la pinggan mangkuk tu. Aku kena tunggu Ijam balik. Takde makna aku nak angkat sendiri cicak tu. Geli~!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 02, 2011

Profesional la bos

Hari ni kerja macam biasa. Tak stress sangat tapi takdelah langsung tak stress. Tipu la kan.
Cuma bila dah nak abes kerja, datang aura amukan puaka kat tempat aku. Aduh..

Kau tengah senyum girang nak balik ni sekali petir berdentum. Terbantut ko punya girang. Bos tengah mengamuk, dijeritnya depan semua orang. 100m radius dari kawasan aku senyap. Yang aku nampak berpuluh pasang mata jeling-jeling pastu mulut kumat-kamit. Tak pasti dorang mengomel atau baca jampi serapah.

Bos aku ni memanglah. Dia kalau marah takdenya dalam bilik, kat situ jugak dia tabur. Kesian aku tengok staf tu terkebil-kebil. Boleh jadi down siot kena marah depan2. Memanglah staf tu buat salah tapi boleh je ko panggil dia pergi tempat ko, takpun pergi bilik kat belakang tu (sebab tempat dia takde pintu atau cermin). Pastu marah la puas-puas.

Kalau setakat marah je takpe gak, ni menjerit dah macam meroyan. Satu ofis dengar kot. Yang kelakar nya bos aku ni, dia pernah nasihat kalau nak marah staf jangan buat depan2. Pergi tempat tertutup. Sekali ko punya perangai...tak professional langsung.

Ni namanya cakap tak serupa bikin.

Aku tak pahamlah, susah sangat ke nak hormat orang lain. Walaupun dia staf bawah tapi manusia jugak. Ada maruah. Ko main jerit-jerit depan orang lain, ingat dia tak rasa malu ke? Pandai pulak counter balik pastu, cakap elok je. Orang kalau dah bengang, down, takde maknanya nak senyum balik time tu.

Alhamdulillah aku tak pernah kena setakat ni tapi mintak dijauhkan. Colleague aku pernah kena pepagi buta lagi. Dorang kata spoil mood for the whole day. Giler arh...

Tengah bergosip sambil bersiap nak balik, tiba-tiba...

_(*^^%##^@# !!!!!!    

Ada lagi rupanya. Kali ni orang lain pulak, serius kena cabut cepat. Tak sanggup nak dengar orang lain kena marah. Sanggup ikut jalan jauh sebab tak nak lalu depan dia. Kalaulah dia boleh berubah, at least buat apa yang dia suruh staf buat kan bagus. Barulah naik sikit motivasi nak kerja. Bos, please be professional. Thank you.