Monday, December 19, 2011

Kenapa ada tugasan?

Sebulan lepas aku ada buat entri pasal satu tugasan khusus untuk aku. Ni bukan saja-saja punya tugasan sebab aku kena suruh oleh doktor, pastu kena monitor pulak. 

Aku kena turunkan berat badan dalam masa 3 bulan sebanyak 3.6kg
Nampak sikit kan? Tapi payahnya aku je yang tahu.

Kenapa aku kena turunkan berat badan? Mungkin ada yang tanya.

Sebenarnya doktor diagnosis yang aku ada polisistik, yang membuatkan hormon aku jadi tak betul. Klik sini kalau nak tau lebih lanjut pasal polisistik. Disebabkan ni jugak, period aku tak regular. Kalau tak regular,susah nak mengandung sebab susah nak tentukan waktu subur untuk mengajak suami ke bilik tidur. Ok, tu bab lain.

Antara punca polisistik ni sebab badan terlebih hormon lelaki. Kalau rasa macam terlebih bulu kat kaki atau muka, atau terlebih berat badan macam aku, mungkin ada poli kot. Macam kes aku, terlebih berat badan sampai dah masuk obesiti tahap 1. Giler tak terkejut kau. Pinggang still ada cutting pun obes, apa cerita.

Jadi doktor saran aku jumpa dietician. Dari gine ke diet pulak, bedal jelah.
Mula-mula dorang interview aku punya cara makan. Pehh, giler tak sihat aku makan. Semua pun bergoreng, manis. Patutlah aku gemuk. Buat-buat baru perasan pulak kan.

Tanya aku exercise ke tak. Memang la exercise tapi jarang sebab malas. Doktor beramai-ramai (ramai tu sebab doktor student) consult aku untuk ubah apa yang aku makan dari sedap ke tak sedap (makanan menggemukkan tukar ke makanan sihat, tapi selalu yang sihat tu tak sedap). Aku kena ada buku untuk catit apa yang aku makan setiap hari ok. Macam buku log gitu.

Kau tulis la semua yang kau makan kalau jujur, tapi aku jujur :)

Cuma aku ni ada masalah kalau Ijam kat rumah sebab dia makan malam. Aku memang strict ikut jadual aku bila dia outstation sebab aku tau apa aku kena makan tapi kalau dia balik, boleh hancur diet seminggu aku dalam sehari. Ijam suka makan nasi malam-malam. Takkan aku telan air liur je, paling koman kena cuit jugak. Ini cabaran aku paling besar.

Nanti aku share aku punya buku log.

3 comments:

yaNa said...

ohh..inilah tugasan yg ko kena wat ek..
puas aku pikir2..hi3..

moga kita sama2 kuat..sama2 tabah..
hadapi sumer dugaan dariNya..

matlamat ko ngan aku sama..
kita sama2 nak lahirkan buah cinta kita sndr..

gud luck my cyg..aku doakan moga ko cepat sembuh..dan capai matlamat yg ko idamkan tue..amen

nazreen said...

haha..ko pikir ke long? lawak la ko nh. insyaAllah kita sama-sama usaha dpt anak ye.

tq along. aku doakan ko sama, amin.

yaNa said...

amin..
moga dipermudahkan sumernye..
tp matlamat kuruskan badan tue aku x nak join ar..
aku x suka kurus..nnt x cantek..
x sedap peluk..la3..