Saturday, May 05, 2012

Atuk dah takde

02-05-2012

Aku dapat call dari abah, atuk dah meninggal. Kebetulan aku dengan Ijam off, terus kitorang bersiap balik Pilah. Sejak sekian lama aku mengelak untuk menghadiri urusan kematian tapi kali ni aku tak boleh mengelak lagi.

Sedih memang sedih. Bila tatap wajah atuk & cium dia untuk kali terakhir, airmata yang jadi pengantara. Sejuk sangat pipi atuk. Tengok atuk dikebumi kat bawah tu, sayu nak tinggalkan atuk sorang-sorang. Apa pun bersyukur sangat urusan pengebumian berjalan lancar, cuaca pun baik.

Mama,wan,alang,pakngah,pakcik,mak nani masing-masing tunjuk muka biasa tapi dalam hati menahan hiba. Teringat atuk ajar ngaji masa kecik, punyalah garang. Memang takut dengan dia. Mak nani pun pernah kena kejar satu rumah bila atuk jumpa surat cinta dia. Mencicit lari.

Raya tahun ni atuk takde. Ni gambar terakhir raya tahun lepas.
Atuk, semoga atuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya. Amin.



Thursday, March 15, 2012

Vietnam : 2012

29/02 - 04/03 . Lima hari kat Vietnam, giler lama. Ikut pulak orang yang kaki shopping, memang terjebak la aku. Padahal dah cakap dalam entri sebelum ni, bajet 500 je.

 

Kitorang stay kat Hotel Hoang Hai Long 2. Punyalah lama nak cari hotel ni sebab 1) pemandu teksi tu tak paham sangat cakap kitorang walaupun dah tunjuk peta dan nama hotel , 2) hotel ni bukan kat jalan utama, 3) hotel ni ada dua, hotel kitorang cawangan yang kedua. Masa kat airport lagilah blur & takut sebab semua orang pandang pelik. Nasib baik Rosma baca forum, suruh cari warden teksi (pakai kemeja hijau tie maroon) untuk elak kena tipu. Tambang dari airport ke hotel ni USD10 (RM30), kira normal rate campur sesat bagai.


Booked dua bilik tapi sebab Wani tak datang, aku duk sorang je. Tak kisah la janji bilik aku ada bathtub dan boleh bogel suka hati wihuu. Wifi free, channel tv pun banyak. Kebanyakan channel dalam Astro ada tapi subtitle bahasa Vietnam la. Aku layan Starworld dengan MTV je.


Hotel ada sediakan breakfast halal tapi aku tak pasti lunch dengan dinner camner sebab kitorang makan kat luar. Depan hotel ada kedai Basiroh, jual makanan halal. Kecil je kedai ni tapi sedap. Harga boleh tahan mahal, sekali makan dalam VND72,000 (RM10.80) tapi kat tempat orang kan , nak expect apa lagi.


Bihun sup ni orang Vietnam panggil 'pho', rasa dia tak macam sup tapi masam macam laksa. Tak reti nak cakap tapi memang sedap. Daging lembut je, makan dengan ulam, sos. Hari-hari kitorang makan benda ni, pastu minum kopi ais. Perghhh, memang marvelous. Kopi Vietnam sedap siot. Orang-orang tua yang duk melepak tepi jalan semua minum kopi, rileks je. 

Ni namanya Ben Thanh market, dekat je dengan hotel. Kan aku cakap yang aku mengikut orang yang kaki shopping, tah berapa kali ulang alik kat sini pun aku taktau. Beli barang, hantar balik hotel lepas tu datang shopping lagi. Market ni bukak dari 7 pagi sampai 7 malam. Yang bestnya, bila market ni dah tutup, kawasan luar pulak start jadi macam downtown. Shopping lagi.



Kat market ni kena tawar 50% - 70% dari harga asal. Kalau pandai tawar, memang dapat harga murah, lagi murah dari kat Malaysia. Tu yang buat dua kawan aku ni menggila shopping, tempias pun kena kat aku.



Kain kat atas ni kebanyakan Rosma punya. Total 40 pasang, dia dah set 2 pasang sebulan buat baju baru. Cikgu memang banyak baju kan. Penco banyak shopping baju untuk anak dia. Cantik sangat baju budak perempuan, murah pulak tu, nasib baik anak buah aku lelaki.


Baju-baju macam ni yang Penco borong. Geram je tengok baju-baju ni. Sesiapa yang kepala otak nak berniaga boleh pergi An Dong market. Itu memang jual borong, takdelah kitorang nak buat gila, tak cukup kilo nanti.  Cakap pasal kilo, masa datang bawak 1 beg troli kecik je. Bila balik, ada dalam 8 beg kot, siap beli beg baru sebab tak muat.

An Dong market, tempat pemborong. Kat sini lagi murah dari Ben Thanh tapi kena beli banyak la terutama baju budak-budak. Kain pasang cantik-cantik sangat. Mujur aku bajet ciput, tapi tu pun terbabas. Dari hotel naik teksi pergi market ni USD3 (RM9). 

Sebelah market ni ada An Dong Plaza tapi tak best sangat. Barang sama je cuma dia jual mahal sikit dan ada aircond. Setakat masuk nak bagi peluh kering oklah.

Jeruk orang Vietnam. Aku taktau apa rasa tapi Penco cakap sedap. Dia dah biasa makan almaklumlah menantu keluarga melayu champa. Panjang pulak entri ni, aku sambung entri lain la.

Edit : Rajin nak menambah entri

Tempat makan halal yang glemer kat Vietnam ni VN Halal dengan Halal Saigon. VN Halal tu dekat dengan hotel, orang cakap cekik darah so we decided pergi Halal Saigon.

Kopi ais mesti order, macam dah takde air lain je. Disebabkan dah biasa makan pho kat kedai Basiroh, kitorang nak juga rasa pho kat Halal Saigon ni. Presentation memang cantik tapi tak kena tekak la, tak cukup rasa. Makanan gerai jugak menjadi pujaan hatiku.

Pho ayam


Pho daging


Popia. Pembungkus macam plastik tu boleh dimakan ye

Tak ingat apa nama tapi not bad

Kedai makan mahal dah rasa, jom pergi minum kopi ala-ala Starbucks. Feeling foreigner sungguh masa masuk kedai ni. Bau kopi semerbak wangi, walauweh memang syiok. Kalau pilih kopi pelik-pelik, kena la tunggu sikit dalam 5 minit bagi bancuhan kopi tu habis. 


Kopi aku takyah nak tunggu bancuh, slurpp je


Tunggu ye Penco, sikit je lagi. Lentok-lentok Rosma layan kopi dia.

 

Tangki dah penuh, jalan-jalan tengok bandar. Layan gambar je.




 
Banyak gambar aku upload kat FB. Aku nak share gambar-gambar masa aku pergi muzium perang. Sedih tengok kesan perang kat manusia masa kat muzium. Itu aku buat entri lain.

 

Bye Vietnam, ada jodoh kita jumpa lagi.

Macam tak jadi je pergi Vietnam

Plan cuti ke Vietnam ni dibuat dari tahun lepas. Masa tu Rosma si mastermind sms tanya nak join ke tak trip ni, khas untuk perempuan je. Suami, tunang, boyfriend tak boleh ikut. Kira macam reunion housemates masa belajar kat UM dulu. Sembilan orang dalam satu rumah, semua perangai gila tapi boleh blend in. Aku pun tak tahu macam mana kitorang boleh bertahan dua tahun sebumbung tapi memang best. Nanti aku buat entri lain pasal ex-housemates.

Balik cerita, aku serba-salah masa tu sebab sepanjang kahwin dengan Ijam tak pernah lagi aku pergi cuti sorang-sorang, nak mintak izin pun takut-takut .Nasib baik Ijam jenis open, dia kasi pergi. Confirm dengan Rosma dan total yang pergi cuma 4 orang je : Rosma, Wani, Penco dan aku.

Dah nama pun plan tahun lepas, benda ni senyap kejap sebab masing-masing ada komitmen lain. Awal tahun cerita pasal plan ni bukak balik. Masa tu ada yang macam nak cancel trip termasuklah aku. Banyak isu kot tapi kebanyakan pasal duit. Kering beb. Kalau tak takkanlah trip Medan pun aku cancel. Ini jugak antara sebab kenapa aku rasa bersalah sebab trip Medan tu patut pergi dengan Ijam. Tiket burn, malas nak cerita. Agak-agak rajin aku buat entri lain.

Entah macam mana, mungkin rezeki semua pakat pergi jugak trip ni. Penco pun sanggup tinggalkan anak kecik dia walaupun aku tau hati dia berat. Otak aku pulak masa tu cuma set 'Taknak burn tiket lagi'. Bajet aku memang tak banyak, RM500 je untuk makan dan shopping. Flight dah bayar awal-awal, hotel Rosma bayar dulu (sekarang pun masih hutang lagi dengan dia..takpe,dia kaya..haha).

Lagi seminggu nak terbang, duit semua dah tukar, satu perkara yang tak disangka jadi. Wani admitted kat Pusrawi, suspect denggi. Check lagi, bukan denggi tapi allergic. Banyak kali buat blood test tapi still tak tau allergic apa. Masa tu memang agak down sebab Wanilah orang yang paling confirm akan pergi. Rasa tak seronok pergi tak cukup korum. Mesti aku kena tidur sorang. Penco pulak suami dia tak berapa nak bagi pergi kalau 3 orang je. Dipersimpangan dilema.

Tapi, semangat nak pergi masing-masing kuat agaknya, 3 wanita pingitan pergi jugak. Macam best je guna pingitan.  Bila dah ada kat Vietnam, baru tau Wani dah keluar hospital. Punyalah kitorang ni nak dia datang, bagi idea gila suruh dia beli tiket baru. Apakan daya, dia tak cukup sihat. Dia siap pesan jangan ambik gambar banyak-banyak, nanti dia sedih. Ko giler ke Wani, pergi tempat jauh-jauh tak ambik gambar. Aku akan ambik punya, cuma tak tunjuk kat ko je. Aci ye.

Ni baru intro, gambar kat Vietnam aku upload jap lagi.

Tuesday, March 13, 2012

Apa cerita dengan tugasan?

Ingat lagi entri pasal Tugasan 3 bulan?
Sebenarnya tugasan tu patutnya dah habis bulan lepas. Deadline 16 Februari. Aku kena kurangkan 3.6kg dalam masa tiga bulan. Hohoho..merry christmas.

Masa mula-mula, memang aku berkobar-kobar nak turunkan berat. Yakin diri sangat tinggi gitu. Jaga makan, update buku log tiap-tiap hari, rajin exercise. Memang akan kagumlah tengok aku yang poyo. Tapi aku ni hangat-hangat chicken shit. Bila dah turun sikit, mulalah aku lalai. Biasalah, lalai-lalai lama-lama babai.

Berat aku cuma turun 1.2kg JE! dalam tempoh 3 bulan. Hohoho lagi.
Memang tak mencapai matlamat tapi orang kan selalu kata 'Kita harus angankan bulan, kalaupun tak dapat bulan, bintang pun ok jer'. Maka positiflah aku dengan keadaan diri aku yang cuma kehilangan 1.2 kilo itu. Kalau ada geng untuk sama-sama buat tugasan ni mesti result tak macam ni (denial je bunyinya). Ijam awal-awal tersingkir, dia tu supporter air liur je.

Apa pun aku tetap bangga dengan diri aku sebab konsisten untuk breakfast meal. Tak makan minyak-minyak sangat dah. Rasanya boleh teruskan balik tugasan ni walaupun outcome dia ciput je. Jadilah dari langsung takde progress. Takdelah rasa loser sangat..haha.

Tapi kan, aku tak pergi appointment jumpa dietician sebab takut kena marah. Boleh?

Monday, March 12, 2012

Frust

Memang frust hari ni. Dari hari Sabtu aku menahan rasa frust ni, semua gara-gara jadual kerja.

Ijam outstation kat Penang dari 5hb, kiranya dah seminggu aku tak jumpa dia. Bila tau dia off esok dengan Rabu, gigih la aku mencari orang untuk tukar jadual. Setiap orang yang off Selasa dengan Rabu, aku offer diri ambik jadual dorang tapi sorang pun taknak. Masing-masing ada alasan walaupun aku offer jadual aku yang bercuti weekend. Pelik.

Bukan aku tak cuba apply cuti tapi kena reject sebab team Singapore tengah migrate sistem. Scheduler tak boleh release cuti sebab takut tak cukup headcount. Kat situ aku dah frust fasa pertama. Nak tak nak kenalah tukar jadual, tapi itupun tak bernasib baik.

Tak dapat menahan rasa frust, aku bantai tidur je Ahad tu. Macam tak bermakna je cuti aku, hanya dipenuhi mimpi tak berapa nak indah dan makanan yang sedap-sedap. Tetapi aku titipkan dalam hati untuk mencuba nasib lagi sekali. (makin drama je ni)

Pagi Isnin, hari nilah, aku tengok jadual balik. Dalam hati dah berkira-kira, kalau tak dapat tukar Selasa + Rabu, Rabu + Khamis pun jadilah! Aku cari calon yang sesuai, owh si Nora rupanya. Bargain punya bargain, dia ok untuk tukar hari Khamis. Aishah pulak setuju nak tukar jadual hari Rabu. Semua nampak macam berjalan lancar. Hantar request kat scheduler, tunggu respon.

Akan tetapi, macam takde rezeki, ada masalah lain pulak. Kalau nak diolah masalah tu macam panjang berjela, so cut the crap short aku cuma boleh tukar dengan Aishah. Masa deal benda ni, macam nak menangis je aku rasa. Payah betul nak cuti bila aku nak sangat-sangat-sangat-sangat. Bila aku nak sangat-sangat tu yang buat aku lagi frust.

Aku ada sehari lagi untuk deal dengan orang lain. Harap-harap berjaya. Aku sanggup kerja hari minggu asalkan dapat luangkan masa dengan suami. Serius aku sanggup.

Thursday, February 16, 2012

Eh...tertimbang benda lain pulak

Minggu lepas aku buat operasi kemas kertas tak pakai kat rumah. Dapatlah dalam 2 beg penuh kertas. Niat hati memang nak jual kertas tu tapi aku tak tahu tempat kitar semula kat Cheras ni. Akhirnya simpan terperuk dalam kereta.

Hari tu bila aku on the way pergi rumah parents, nampak pusat kitar semula kat Segambut Dalam. Aku singgah la kejap alang-alang kan. Orang tu hangkut semua beg tu terus letak atas penimbang. Besar ye  penimbang itu. Siap timbang, rupanya RM4 je harga kertas tu semua. Nak beli Chatime pun tak lepas. Takpelah, duit jugak. Syukur.

Aku nak pergi ambik duit jualan tapi payah le pulak. Meja brader yang nak bagi duit tu depan penimbang tapi kiri kanan penuh barang. Takde ruang langsung untuk aku lalu. Nak tak nak terpaksa la naik penimbang tu untuk ambik duit.

Sekali brader tu tengok skrin penimbang dia, pastu sebut kuat-kuat berat aku.
Aku dah malu masa tu tapi duit tak dapat lagi, melangkah jugak la sambil sengih. Pusing balik pun kena naik penimbang tu. Dapat je duit takde toleh-toleh, pijak penimbang, masuk kereta dan blah.

Lain kali taknak pergi situ lagi jual kertas walaupun penimbang tu bagus dan takde unsur penipuan. Kalau tak, takkan brader tu boleh bagitau berat aku dengan tepat. Jujur kan penimbang tu.

Monday, February 06, 2012

Tiket free

Adik aku, Nadhrah (Arah) sekarang kerja kat MBO,Tesco Kepong. Aku tak sangka dia dapat kerja situ sebab mula-mula beriya nak kerja kat Mid Valley. Pergi interview kat MPH semua last-last rezeki kat kawasan rumah je.

Aku tengok macam senang je kerja Arah jaga kaunter tiket. Bukan ramai orang pun kat MBO tu. Yang lagi best dia dapat complimentary tiket setiap minggu. Memang tengok wayang free jelah. Tapi dia tak pakai pun tiket tu sebab dia selalu tengok wayang masa break atau lepas kerja.

So,dia belanja la mak bapak aku tengok wayang cerita Jack & Jill. Jeles haku dorang dapat tengok wayang free. Aku ngendeng sikit kat Arah, dia belanja Nazam tiket free 3D lagi, cerita The Journey. Masa masuk hall tu, ekeleh tak sampai 10 orang pun. 


Oklah cerita tu,best jugak. Yang penting free..haha.

Lagi satu benda best, dapat angpau dari Uncle Yong. Tiap tahun memang tak pernah miss dia bagi angpau walaupun kitorang dah kahwin. Abang aku bagi angpau dia kat Hasif.



Aku? Isi minyak kereta guna duit angpau. Heh.

Sunday, February 05, 2012

Selamat datang budak kecik

Cerita dah berkepam, baru sekarang nak update. Tak kisahlah, janji masuk dalam blog Nazam.

Kakak ipar aku selamat lahirkan anak sulung 29 Dec 2011 (betul kot tarikh ni) selepas 5 tahun menunggu. Macam-macam cara dorang usaha dan last resort dorang buat IVF. Mahal beb, risiko pun agak tinggi tapi alhamdulillah semua selamat.

Orang yang paling gembira mak bapak akulah sebab dah dapat title baru. Cucu sulunglah katakan, excitednya tak payah cakap la. Malam kakak ipar aku operate, aku dengan Ijam siap makan sate sambil borak dan tunggu news. Belum apa-apa dah celebrate..haha.

1st day - tembam & tutup mata.
Tak dapat tengok dekat sebab dah malam.

Secara rasminya kitorang dah jadi makcik pakcik. Mestilah ada panggilan khas kan. Kat rumah orang panggil aku anyah tapi adalah sangat tidak cool kalau si kecik tu panggil aku maknyah. Ouch. Kena ajar dia panggil makngah.

Hari tah keberapa. Dah pandai senyum. Tembam & tutup mata lagi.
Geram pulak tengok budak ni.

Masa cuti CNY, buat aqiqah kat Segamat. Sedap giler daging kambing, first time aku berani-berani takut makan kambing sebab banyak sangat cerita pasal daging kambing. Hambik ko,lembut & manis je daging dia. Memang sedap giler lah. Memang tersasar dari tajuk jugak ni. U-turn balik.


Hari kejadian sebelum dicukur jambul. Masih tembam & tutup mata.
Bila nak buka mata daa.

Ijam pegang takut-takut

 
Yeay sudah bukak mata tapi masih tembam.

'Hai semua, nama saya Hasif bin Hairil Ariff. Saya suka minum susu mummy.Bila mummy tukar lampin sebab saya berak,saya kasi hadiah kat mummy.Kesian spek mata mummy kena tembak sebab saya kencing..haha.'

Wednesday, January 18, 2012

Malu ke mengandung?

Ini soalan serius. Kalau mengandung sebab menggatal dengan pakwe, memanglah malu. Bukan setakat yang mengandung, keluarga sekali malu. Ni aku cakap pasal mengandung cara halal. Sah suami isteri.

Aku bukan nak menyinggung perasaan sesiapa tapi aku musykil. Aku ada kenal sorang perempuan ni,dia tengah mengandung tapi cara dia menunjukkan dia tak suka mengandung. Selagi boleh dia akan cover perut dia dengan shawl atau baju longgar supaya orang tak perasan perut dia. Sepanjang hidup aku, tak pernah aku nampak atau dengar perempuan malu bawak perut masa mengandung. Lagi dia main usap-usap perut adalah.

Aku pernah tanya dia kenapa cover perut?
Dia jawab 'Malulah orang tengok perut besar'.
Aku dah macam ..'Aik,apa nak malu? Memang oang mengandung perut besar kan?'
Dia sengih je sambil tarik shawl ke depan. Senyap.

Lagi satu, sejak mengandung dia asyik merungut je. Sakit itulah, sakit inilah. Aku dengar banyak je kawan yang mengandung cerita pasal ketakselesaan masa ngandung tapi takde lah sampai keluar ayat 'Nanti ko pregnant ko tau lah sakit macam mana'.

Sudah. Macam mendoakan aku sakit teruk pulak bila aku mengandung.

Aku ingatkan aku sorang je perasan, rupanya ada jugak kawan lain yang perasan. Dia pun tengah cuba nak mengandung, so dia jadi geram dengan yang mengandung ni sebab macam tak bersyukur.Orang lain beriya berusaha nak dapat anak, dia boleh malu pulak.Huih..sampai sekarang aku musykil.

Malu ke mengandung?
Malu ke bawak perut besar?
Tak rasa gembira ke bawak baby dalam perut?
Yang tengah mengandung atau pernah mengandung, macam tu ke korang rasa?
Arghh....siapa nak tolong clearkan kemusykilan aku ni.