Wednesday, January 18, 2012

Malu ke mengandung?

Ini soalan serius. Kalau mengandung sebab menggatal dengan pakwe, memanglah malu. Bukan setakat yang mengandung, keluarga sekali malu. Ni aku cakap pasal mengandung cara halal. Sah suami isteri.

Aku bukan nak menyinggung perasaan sesiapa tapi aku musykil. Aku ada kenal sorang perempuan ni,dia tengah mengandung tapi cara dia menunjukkan dia tak suka mengandung. Selagi boleh dia akan cover perut dia dengan shawl atau baju longgar supaya orang tak perasan perut dia. Sepanjang hidup aku, tak pernah aku nampak atau dengar perempuan malu bawak perut masa mengandung. Lagi dia main usap-usap perut adalah.

Aku pernah tanya dia kenapa cover perut?
Dia jawab 'Malulah orang tengok perut besar'.
Aku dah macam ..'Aik,apa nak malu? Memang oang mengandung perut besar kan?'
Dia sengih je sambil tarik shawl ke depan. Senyap.

Lagi satu, sejak mengandung dia asyik merungut je. Sakit itulah, sakit inilah. Aku dengar banyak je kawan yang mengandung cerita pasal ketakselesaan masa ngandung tapi takde lah sampai keluar ayat 'Nanti ko pregnant ko tau lah sakit macam mana'.

Sudah. Macam mendoakan aku sakit teruk pulak bila aku mengandung.

Aku ingatkan aku sorang je perasan, rupanya ada jugak kawan lain yang perasan. Dia pun tengah cuba nak mengandung, so dia jadi geram dengan yang mengandung ni sebab macam tak bersyukur.Orang lain beriya berusaha nak dapat anak, dia boleh malu pulak.Huih..sampai sekarang aku musykil.

Malu ke mengandung?
Malu ke bawak perut besar?
Tak rasa gembira ke bawak baby dalam perut?
Yang tengah mengandung atau pernah mengandung, macam tu ke korang rasa?
Arghh....siapa nak tolong clearkan kemusykilan aku ni.